Langkau ke kandungan utama

Definasi Kehidupan Dunia

Definasi Kehidupan Dunia

(Date written : 20 Oct 2013 )

Al-Ĥadīd :20 - Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Ayat ini memang biasa kita dengar namun huraian yang bagus dari orang yang faham Al Qur'an jarang kita dengar.

Sebenarnya tersangat indah cara Allah Azza Wajalla menceritakan dengan tepat sekali apa yang berlaku.

1) Perhatikan perkataan pertama Allah gunakan untuk cerita pasal kehidupan dunia adalah permainan. Sesiapa yang ada anak kecil atau kanak2 mesti tau yang kanak2 memang kerja diaorang nak bermain sahaja. Demikianlah kita masa kecil dahulu. Itulah yang dimaksudkan perkataan pertama tersebut - PERMAINAN.

2) Fasa itu berlalu dan lihat bila anak kita atau kita sendiri melalui umur budak2.  Masa ini, anak2 kita sibuk dengan hiburan bermain video games dan kalau kita pulak dulu dulu pergi buat macam2 yang memang berejam-jam dan MELALAIKAN. Ini juga yang dimaksudkan dengan perkataan kedua yang menerangkan kehidupan dunia.

3) Fasa itu juga berlalu dan sekarang kita sudah jadi remaja. Masa remaja yang kita sibuk adalah nak mencantikkan diri bagi perempuan dan bagi lelaki nak kasi cun sikit atau nampak macho dan dalam ayat ini Allah sebut sibuk BERHIAS atau mencantikkan diri.

4) Fasa itu juga berlalu dan bila dah masuk kolej dan dah graduate dan dah bekerja masa ni sibuk pulak megah (kerek) sikit kalau kita graduate overseas atau kita graduate dengan CGPA 3.5 ke atas dan lepas tu kita kerja bagus kat mana saja tempat kerja yang bagus-bagus dan bergaji besar. Masa ni yang tak score atau yang tak kerja bagus segan sikit sebab tak boleh nak megah. Fasa inilah Allah katakan BERRMEGAH-MEGAHAN.

5) Setakat ini patut dah nampak walaupun ayat ini selalu kita nampak kita tak perasan bahawa Kalam Allah ini sangat halus dan seni ertinya dalam menyampaikan sesuatu.

Fasa seterusnya adalah bila dah dapat kerja bagus kemudian nak beli kereta lepas tu berkahwin lepas tu nak beli rumah. Kalau baru beli rumah baru tu mulalah sibuk jemput orang datang rumah nak share kebanggaan kita kalau rumah tu besar sikit. Yang tak mampu dan rumah kecik je selalu tak jemput orang datang rumah - ini biasa kita perasan terutama masa Hari Raya.

Bila rumah dah besar baru jemput orang ramai datang.  Toilet kat rumah semua habis tunjuk. Lepas tu bila anak dah makin besar dan banyak pula berjaya mulalah sibuk cerita sana sini pasal anak kita - kekadang tak tanya pun - anak Pakcik yang pertama Doktor kat Sabah, yang kedua Engineer kat Penang, yang ketiga, Pilot sekarang tak tahu lah kat London kot la ni, yang keempat tak habis belajar lagi kat Australia.

Fasa inilah yang disebut Allah MEMBANGGA-BANGGAKAN harta dan anak pinak. SEMUA bangsa manusia tak kira orang Islam atau tidak, di Malaysia atau di Korea - semuanya melalui Fasa yang serupa, amazingly,  dari zaman dulu sampai sekarang.

6) Kemudian Allah umpamakan seperti hujan yang memang Petani memang suka dan kagum akan hujan tersebut dan membuat tanaman cantik menghijau. Fasa itu berlalu dan tanaman nya sudah betul masak TETAPI tidak dituai atau tidak di petik buahnya. Tanaman itu menjadi kering dan kemudian menjadi KUNING dan kemudian jadi hancur tanpa Petani itu mendapat hasilnya.

7) Perumpamaan yang Allah tunjukkan di sini amat lah tepat sekali. Contoh masa kita beli barang permainan kanak2 - mula2 kanak2 memanglah kagum; tapi tahanlah 3 jam je. Lepas tu tak tengok dah - nak permainan lain pulak - inilah maksudnya menjadi KUNING (layu) dan akhirnya permainan tu rosak seperti perumpamaan Allah - hancur.  Begitu juga lepas
kita dah jemput orang datang rumah kita; tahun depan pulak kawan baik kita pulak jemput datang rumah mereka dan kita perhatikan rumah kawan kita tu lagi besar dan toilet dia lagi besar.

Masa nilah kita tengok rumah kita jadi KUNING/LAYU. Begitulah juga dengan harta benda atau kebanggaan kita yang lain. Bila dah lama atau bila ada orang lain lagi lebih pada kita, mulalah rasa LAYU. Inilah hakikat kehidupan dunia yang ALLAH cerita kan dengan tepat sekali.

8) Fasa seterusnya adalah setelah kita mati samada kita dapat Siksa Azab atau Ampunan atau Keridhaan Nya bergantung kepada samada kita beriman atau kufur,  beramal soleh atau amal fasik. Yang inilah yang Kehidupan Sebenarnya yang kena kita tumpukan perhatian.

9) Allah akhiri dengan konklusi bahawasanya Kehidupan Dunia adalah Kehidupan yang Menipu semata-mata. Maka kita nak mengejar kebanggaan dunia atau akhirat?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA