Langkau ke kandungan utama

Melepasi Kulit Alam

Melepasi Kulit Alam

Dari tepian tingkap batu
Alam kulihat tidak serupa dulu
Badai taufan tsunami datang dan pergi
Menggamit datang nya kehancuran alami

Diri terdiri vs diri yang sebenar diri
Relakah cahaya itu di benam zulmatnya syahwat rupawi
Di balik indah nya nyata yang tidak pernah ada
Mengapa masih tertipu mainan dunia

Allah, CahayaNya dan KeberadaanNya
Limpahi hati ini dengan Cahaya atas Cahaya
Moga basirah ini mengenal mana manikam mana kaca
Agar menyusuri jalan bersamaNya kepadaNya
Pimpinlah jiwa ini agar ketenangan kurniaanMu di rasa
Supaya mulut kurang bicara
Hati terpinga pinga
Kehairanan bila di angkat ke Hadrat Mulia
Kerana yang banyak tiada: Hanya Yang Esa

~KAS~ 1:08 am 27 Jul 2013

Ulasan

  1. Syarahan Sajak Melepasi Kulit Alam

    Tatkala penulis melihat dari jendela tingkap rumahnya, di sebuah kota terbesar di Malaya,
    kelihatan hutan batu rumah2 dan pembangunan di kelilingnya dan bukan lagi pokok2 dan taman2 seperti di kampung,
    maka ianya tidak seperti dahulu sewaktu penulis masih kecil,
    dan semasa itu adalah di penuhi kabut asap atau berjerebu, mengingatkan penulis tentang dukhan yang akan berlaku,
    dan gempa bumi baru melanda di negeri Jepun,
    kedatangan banyak malapetaka musibah ini menandakan SA'AH atau Kiamat atau kehancuran seluruh alam ini makin menjelang.

    Kita ini ada 3 diri, namun yang boleh di kawal hanya 2 iaitu diri terdiri yang bermaksud diri jasmani, dan diri sebenar diri iaitu Nafs atau Jiwa, manakala Roh di dalam diri adalah Pelaksana Arahan Ilahi yang menghidupkan dan menggerakkan,

    asalnya jiwa ini berada dalam kegelapan
    bila bertambah ilmu yang benar maka terang jalannya
    namun manusia selalu kalah dengan aktiviti yang menggelapkan jiwanya kembali, merelakan diri itu lalai mengingat Yang Kekal, terbuai dek keindahan dan kelazatan dunia yang bersifat sementara dan tipuan atau ujian dan sebenarnya wujudnya hanya pada persepsi semata-mata, wujudnya tidak mutlak seperti wujudnya DIA yang qidam dan baqa,
    mengapa kita ini termasuk penulis masih lalai mengingati dan mengagungi Dia yang sebenarnya sangat NYATA pada tanda-tanda di alam semesta ini.

    Dia Ilah yang satu ini, cahayaNya ada pada Al-Quran, kewujudanNya tidak di capai penglihatan mata, namun wujudnya NYATA jika kita ini mendapat cahaya yang menerangi Qalbu sehingga dapat melihat, makin lama mentadabbur dan mentadarrus Al Kitab Al Quran, makin di limpahi cahaya yang semakin terang, cahaya atas cahaya, adalah penambahan petunjuk kepada insan yang mahu di beri petunjuk dengan mengkaji dasar2 atau asal usul mengapa kita ini di adakan dan sifat2 alami yang sentiasa menunjukkan kebenaran wahyuNya dan penulis memohon pipminan Ilahi menerusi Ihdinass°irotol mustaqim setiap hari dalam Solat agar di tunjuki selalu di atas jalan lurus yang tidak mensyarikatkan Dia dgn suatu apa dan sesiapa jua.

    sehingga sampai ke suatu tingkatan yang TIDAK MUNGKIN terjangkau olehnya, iaitu melepasi 7 lapisan langit juga di bumi, melepasi Arasy = melepasi kulit alam, di hardat mulia, pasti terdiam apa yang di dalam minda juga jiwa, tak terkata-kata, terpinga-pinga dek KEBESARAN dan KEMULIAAN Dia semata-mata sehingga dirinya fana atau musnah dan hanya Dia yang wujud semata-mata dan hanya itulah yang di lihat pada basirahnya... Allah, Allah, Allah...Ahad, Ahad, Ahad..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA