Langkau ke kandungan utama

Takkan kedekut nak bagi UPAH kat Ustaz

Takkan Kedekut nak bagi UPAH kat Ustaz

(Date written : 13 Jun 2014)
(Last update : 01 Feb 2016)


=======
TULISAN 1 - Tulisan Orang Lain
(maaf penulis saya mengambil tanpa meminta izin KERANA hanya semata-mata MENYAMPAIKAN yang Haq.

-----

Hukum Mengambil Upah Membaca Al Quran


Soalan : 

 Apakah hukum mengambil upah dengan membaca al Quran ? Begitu juga dengan sesetengah tempat selepas kematian tuan rumah akan memanggil sekumpulan Huffaz al Quran untuk membaca al Quran. Setelah itu mereka akan dihidangkan makanan dan diberi sagu hati berupa wang. Tujuannya ialah untuk bersedekah bagi pihak roh simati dengan harapan agar Allah memberi keringanan kepadanya. Apakah hukum perkara tersebut ?

 Jawapan 1 : 

 Jawapan diberikan oleh Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi (bekas Mufti Iraq) dalam bukunya : Al Bid'ah fi al Mafhum al Islamy ad Daqiq - Salah faham terhadap Bid'ah menyebutkan :

 Membaca al Quran adalah ibadah. Para ulama berselisih pendapat, adakah dibolehkan mengambil upah atau imbalan ke atas ibadah yang dilakukan termasuk di antaranya ialah membaca al quran dan mengajarnya. Sebahagian fuqaha' berpendapat mengambil upah hasil pembacaan al Quran adalah tidak harus.

Ini adalah salah satu pendapat yang dikemukakan oleh Imam Ahmad, para ulama bermazhab Hanafi yang terawal dan Ishaq bin Rahawaih. Manakala para ulama Hanafiyyah yang terkemudian mengharuskan pengambilan upah hasil menjadi imam, mengajar dan muazzin. Alasan mereka ialah sekiranya dipegang pendapat yang melarang pengambilan upah maka ia akan menyebabkan tugas-tugas tersebut terabai kerana mereka yang layak untuk melaksanakan tugas tersebut terpaksa meninggalkannya untuk mencari sara hidup, seterusnya menyebabkan tugas tersebut terabai atau berlaku kepincangan.

 Manakala sebahagian ulama yang lain seperti Imam Malik, Asy Syafie, Ibnu Al Munzir dan Ahmad pada satu riwayat yang lain mengharuskan pengambilan upah hasil membaca al Quran. Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh AlBukhari bahawa Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda (yang bererti) :

 Yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya adalah Kitab Allah (Al Quran) 

 kerana Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak membantah ke atas para sahabat yang mengambil upah hasil jampian dengan al Quran. Namun bagi para ulama yang mengharuskannya kesemua mereka bersepakat bahawa sekiranya seorang qari (yang membaca al Quran) membaca dengan niat untuk mendapat upah dan mengaut harta, maka dia tidak akan mendapat pahala dan berkemungkinan dia berdosa kerana dia membaca Al Quran bukan kerana Allah subahanahu wa ta'ala (ikhlas kerana Allah).

 Mereka juga berpendapat sekiranya pembacaan Al Quran dijadikan sebagai kerja untuk mengaut keuntungan dan harta yang banyak maka hukumnya adalah haram yang tidak diakui oleh syarak.

 Jawapan 2 : 

 Membaca al Quran adalah sangat dianjurkan. Begitu juga bersedekah. Mengambil upah untuk tugas-tugas keagamaan seperti membaca al Quran , menjadi imam, membaca khutbah jumaat, azan, mengajar ilmu-ilmu syariah, telah menjadi kebiasaan diamalkan umat Islam di negara-negara Islam sejak zaman berzaman. Adapun mengambil upah membaca alQuran ia termasuk dalam keumuman hadith RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallan (yang bererti) :

 Yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya adalah Kitab Allah (Al Quran)

 (Riwayat Bukhari)

 Hadith ini adalah bahagian akhir hadith yang panjang riwayat Al Bukhari dari Ibn Abbas iaitu :

Bahawasanya satu jama'ah para sahabat Nabi melalui di tempat yang ada air yang ada di sana seseorang bernama Ladigh atau Salim (perawi tidak pasti antara keduanya yang kena sengat binatang ), Datanglah seorang lelaki dari tempat air itu lalu berkata : Adakah di antara kamu yang pandai menjampi kerana sesungguhnya di tempat air itu ada seorang lelaki yang disengat binatang bisa. Lalu ada seorang dari mereka lalu membaca Surah al fatihah dengan pembayaran beberapa ekor kambing. Lalu (selepas menjampi) dia membawa kambing tersebut kepada kawan-kawannya. Kawan-kawannya tidak suka dengan perkara tersebut. Mereka berkata : Apakah kamu mengambil upah dengan membaca kitab Allah? (perkara ini berlarutan) sehinggalah mereka sampai di Madinah, lalu mereka berkata : Ya Rasulullah, dia telah mengambil upah melalui kitab Allah. Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam lalu mengatakan : Sesungguhnya yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya ialah kitab Allah (Al Quran) 

Imam Nawawi berkata dalam Raudhah ath Tholibin : Dari al Qadhi Husain di dalam Al Fatawa, menyebutkan :

Sesungguhnya mengupah membaca al Quran di atas kubur pada tempoh tertentu adalah dibolehkan sebagaimana (dibolehkan) mengupah orang untuk azan dan mengajar al Quran 

 (lihat Fath al Mu'in m/s 84, Lihat Minhaj al Wadhih (Soal Jawab Agama membahaskan Masalah Terkini dalam Feqah)

Mengikut Bughyah al Mustarsyidin, sah (boleh) upah membaca al Quran di atas kubur dan mendoakannya kerana bacaan itu boleh memberi manfaat dan dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Dalil dari hadith dan pendapat-pendapat para ulama' mu'tabar di atas memberi penjelasan bahawa tidak mengapa mengambil upah membaca al Quran kepada si mati.

 Rujukan : 

 1. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Al Bid'ah fi al Mafhum al Islamy ad Daqiq - Salah faham terhadap Bid'ah

 2. Muhadir bin Hj Joll, Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama, Inilah Jawapannya, m/s 660-661, Cet Pertama 2011, Mawleed Publishing, Selangor

-----

======

TULISAN 2 - dari orang lain juga


Dr Yusuf Al-Qardhawi: Hukum Pengambilan Upah Dalam Mengajar Al-Quran



Assalamualaikum wbt...

Para ulama berselisih pendapat tentang boleh atau tidak mengambil upah dari mengajar Al-Quran. Sebahagian ulama berpendapat boleh mengambil upah dari mengajarkan Al Quran berdasarkan dalam sahih Bukhari: 

“Yang paling berhak untuk kalian ambil upahnya adalah mengajar Kitab Allah”[1] 

Para ulama berselisih pendapat tentang boleh atau tidak mengambil upah dari mengajar Al-Quran. Sebahagian ulama berpendapat boleh mengambil upah dari mengajarkan Al Quran berdasarkan dalam sahih Bukhari: 

“Yang paling berhak untuk kalian ambil upahnya adalah mengajar Kitab Allah”[1]

Dan ada yang mengatakan: jika ditentukan jumlahnya, maka tidak boleh. Pendapat ini dipilih oleh Al Halimi. Abu Laits berkata dalam kitab “Al Bustan”[2] 

Mengajar dilakukan dengan tiga bentuk: Pertama: dengan tujuan untuk beribadah saja, dan tidak mengambil upah. Kedua: mengajar dengan mengambil upah. Ketiga: mengajar tanpa syarat, dan jika ia diberikan hadiah ia menerimanya. 

Yang pertama mendapatkan pahala dari Allah SWT, kerena itu adalah amal para Nabi a.s. 

Kedua diperselisihkan. Sebahagian ulama mengatakan: tidak boleh, dengan dalil sabda Rasulullah SAW:“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [3].Sementara sebahagian ulama lain berkata: Boleh. Mereka berkata: yang paling utama bagi seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan jikapun ia menentukan bayaran itu maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia memerlukanya [kemaslahatan]. 

Sedangkan yang ketiga: dibolehkan oleh seluruh ulama kerana Nabi Saw adalah pengajar manusia, dan beliau menerima hadiah mereka. Dan dengan dalil tentang seseorang yang tersengat haiwan berbisa, kemudian dibacakan surah Al Fatihah oleh sebahagian sahabat, dan orang itu selanjutnya memberikan hadiah beberapa ekor kambing atas perbuatan sahabat itu, dan setelah mengetahui itu Nabi Muhammad Saw bersabda: 

“Berikanlah aku bahagian dari hadiah itu “ [4] Tamat.[5] 

Dalam hadith lain Rasulullah SAW membolehkan pengajaran itu dijadikan sebagai mas kahwin bagi seorang wanita. Iaitu saat Nabi Muhammad Saw memerintahkan sahabat itu untuk mencari sesuatu yang dapat dijadikan mas kahwin bagi sahabat itu, hingga sebentuk cincin dari besi sekalipun. Kemudian Rasulullah SAW menanyakan surah apa yang ia boleh dibaca. Ia memberitahukan beberapa surah yang ia hafaz. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat itu: 

“Pergilah, aku telah sahkan perkawinanmu dengan mas kawin mengajar Al Quran yang engkau hafaz” [6] 

Ertinya dengan pengajaran Al Quran yang engkau lakukan kepada wanita itu. 

Ini semua adalah dalam masalah pengajaran Al Quran. Sedangkan membacanya tidak boleh menarik upah, kerana hukum asal dalam membacanya adalah ibadah, dan dasar bagi seorang yang beribadah adalah agar ia beribadah bagi dirinya, maka bagaimana mungkin ia kemudian mengambil upah kepada orang lain dari ibadah yang ia lakukan kepada Rabb-nya, sementara ia mengerjakan itu semata untuk mendapatkan pahala dari Allah SWT?! 

Abdurrahman bin Syibl meriwayatkan dari Nabi Saw, bahwa beliau bersabda: 

“Bacalah Al Quran, amalkanlah isinya, jangan kalian menjauh darinya, jangan berlaku khianat padanya, jangan makan dengannya, dan jangan mencari kekayaan dengannya” [7] 

Imran bin Husain meriwayatkan dari Nabi Muhammad Saw beliau bersabda: 

“Bacalah Al Quran dan mintalah kepada Allah SWT dengan Al Quran itu, sebelum datang kelompok manusia yang membaca Al Quran, kemudian meminta [upah] kepada manusia dengan Al Quran”[8] 

Sedangkan jika pembaca Al Quran diberikan sesuatu sedeqah, atau pemberian, maka tidak mengapa jika ia menerimanya, insya Allah. 

Tamat petikan. 

Bagi penulis lebih cenderung dengan pendapat kedua dan ketiga. Ia bukan sahaja boleh merujuk upah mengajar al-Quran tetapi kepada semua pengambilan upah seperti mengajar al-Quran, Ilmu agama, Imam, Muazzin dan sebagainya. Ini berdasarkan apa yang difatwakan oleh “Majma’ al-Fiqh al-Islami ” [9] iaitu: 

Jika tidak mengambil upah, nescaya meraka tidak akan mempunyai sumber untuk menyara kehidupan mereka. Jika perkara itu berlaku, agama Islam akan semakin dilupakan. Oleh itu, untuk menjaga kesinambunagn agama Islam, para ulama Mazhab Hanafi telah membenarkan golongan ini mengambil upah. Para ulamak dari pada pelbagai mazhab juga telah mengambil pendapat ini demi menjaga kemaslahatan agama. 

Ustaz Maszlee Malik mengatakan ulamak yang mengharamkan perbuatan itu kerana ia termasuk dalam amal ibadah dan tidak boleh diberikan upah. Pendapat ini disokong oleh polisi negara islam terdahulu yang menyara para pengajar al-Quran, fardu ‘ain, fardu kifayah, imam, muazzin dan sebagainya. Namun begitu, pendapat ini tidak lagi relevan apabila negara-negara Islam moden sudah tidak lagi menanggung mereka. [10] 

Wallahua'lam


==========

TULISAN 3 - dari forum 

Assalamualaikum ummi Munaliza,

Sebenarnya anak ummi tu sama dengan saya. Saya pun mengajar dari rumah ke rumah secara sepenuh masa. Jadi, saya hanya mengharapkan sumber kewangan dari situ jer. Bukan aper, kadang-kadang orang salah anggap dengan mengatakan guru-guru al-Quran ni cara duit dengan agama. Mereka tak pulak memikirkan sebaliknya. Bagaimana kalau tiada orang yang mengambil tugas mengajar. Dalam ada yang mengajar pun masih ramai yang buta al-Quran, apatah lagi kalau tiada yang mengajar.

Terima kasih ummi atas perkongsian pendapat ni.

--------
sy mengajar ngaji juga tapi tanpa upah paper....
ada hadiah yang diorang bagi sy trima ............makanan,pakaian,barang2 kadang2 buku2 agama.
sy belajar dulu guru sy tak kenakan sebarang upah coz katanya kalau dikenakan bayaran pasti ramai yang tak nak belajar,maka makin hilang lah ilmu itu.ramai yang berfikiran lebih baik duit tu buat benda lain yang lebih berfaedah bg mereka.tapi apa2 pun terpulang pada individu.
wassalam

------

=========

Ini Tulisan SAYA - moga Allah merahmati. 

Dari tulisan 2 di atas - JELAS Ulama Berselisih PENDAPAT. 

Period. 

Kalau dah berselisih apa buat ?

An-Nisa' : 59

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِى الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ ۚ ذٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

● Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. ●


======

Sekarang mari kita lihat ayat2 Allah tentang mengambil UPAH ketika menyampaikan KEBENARAN dari Al-Qur'an. 


Al-An'am : 90

أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۖ فَبِهُدٰىهُمُ اقْتَدِهْ ۗ قُل لَّآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا ۖ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٰى لِلْعٰلَمِينَ

Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Quran)". Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat. 

Yunus : 72

فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikitpun dari padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya)".

Hud : 29

وَيٰقَوْمِ لَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مَالًا ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ ۚ وَمَآ أَنَا۠ بِطَارِدِ الَّذِينَ ءَامَنُوٓا ۚ إِنَّهُم مُّلٰقُوا رَبِّهِمْ وَلٰكِنِّىٓ أَرٰىكُمْ قَوْمًا تَجْهَلُونَ

Dan (dia berkata): "Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui".


Hud : 51

يٰقَوْمِ لَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَى الَّذِى فَطَرَنِىٓ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkan(nya)?"

Yusuf : 104

وَمَا تَسْـَٔلُهُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعٰلَمِينَ

Dan kamu sekali-kali tidak meminta upah kepada mereka (terhadap seruanmu ini), itu tidak lain hanyalah pengajaran bagi semesta alam.


Al-Mu'minun : 72

أَمْ تَسْـَٔلُهُمْ خَرْجًا فَخَرَاجُ رَبِّكَ خَيْرٌ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرّٰزِقِينَ

Atau kamu meminta upah kepada mereka?", maka upah dari Tuhanmu adalah lebih baik, dan Dia adalah Pemberi rezeki Yang Paling Baik.


Sad : 86

قُلْ مَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ

Katakanlah (hai Muhammad): "Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas dakwahku dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan.

At-Tur : 40

أَمْ تَسْـَٔلُهُمْ أَجْرًا فَهُم مِّن مَّغْرَمٍ مُّثْقَلُونَ

Ataukah kamu meminta upah kepada mereka sehingga mereka dibebani dengan hutang?

Asy-Syu'ara' : 109

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلٰى رَبِّ الْعٰلَمِينَ

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Asy-Syu'ara' : 127

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلٰى رَبِّ الْعٰلَمِينَ

Dan sekali-kali aku tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Asy-Syu'ara' : 145

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلٰى رَبِّ الْعٰلَمِينَ

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.


Asy-Syu'ara' : 164

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلٰى رَبِّ الْعٰلَمِينَ

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semeta alam.

Asy-Syu'ara' : 180

وَمَآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلٰى رَبِّ الْعٰلَمِينَ

dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

======

Kesimpulan
=========

1) Jika 'Ulama' Berselisih kerana banyak2 hadis2 dan pemahaman yang berlainan maka perkara pertama KITA yang juga KENA JADI ULAMA dan bukan TAQLID buta, kena buat adalah RUJUK KEPADA SUMBER ASAL iaitu Al-Qur'an. 

2) Berdasarkan semua ayat2 Allah tentang mengambil UPAH di atas (Allah lebih mengetahui), KESEMUA NABI- NABI dan RASUL-RASUL di LARANG sama SEKALI mengambil UPAH tatkala
MENYAMPAIKAN apa yang HAQ dari Allah.

3) Perbuatan NABI-nabi, kita KENA IKUT dan TURUT,  dan TAAT,  maka semua ORANG yang menyampaikan kebenaran dari Al-Qur'an TIDAK BOLEH mengambil UPAH.

4) Menyampaikan Al-Qur'an tidak boleh mengambil UPAH. Itu adalah DEDUKSI dari Ayat2 Al - Qur'an. Sebab ? Bila dah di bayar UPAH, 'guru' ini tidak boleh menyampaikan KEBENARAN SEBENAR sebab nanti si PEMBERI upah tak suka maka tak dapat UPAH.

5) Sumber Al-Qur'an di jamin Allah dan tidak Bengkok dan TIADA BERTENTANGAN LANGSUNG!

6) Orang nak sedeqah,  itu cerita lain. Namun, jangan minta UPAH sebab dia buat servis menyampaikan kebenaran Al-Qur'an. 

7) Ayat pasal Minta UPAH ni adalah ayat MUHKAMAT yang sangat MUDAH di fahami.

8) Takutlah jika kita menjadikan 'Ulama' ikutan kita sebagai tuhan - iaitu YANG DI TURUTI sedangkan SYARIAT ALLAH dah jelas DI SEBUT dalam Al-Qur'an. 

9) Lagi sekali, menyampaikan KEBENARAN iaitu ayat-ayat Allah bukanlah SATU PROFESYEN untuk setengah2 orang sahaja. Menyampaikan kebenaran itu tamggungjawab semua orang Islam dan beriman. 

Kita semua juga WAJIB menjadi ULAMA sebab ULAMA bermaksud berilmu. Kita wajib mencari ILMU. 

10) Zakir Naik - 'everytime you hear some words from anyone or any so called Ulama, including me, ask for DALIL QUR'AN first. Don't blindly FOLLOW. 

11) SATU benda yang TERSANGAT PELIK - hujah2 yang mengatakan boleh MENGAMBIL upah dari Tulisan 1 dan 2 di atas - TIDAK satu pun MENGGUNAKAN DALIL AL-QUR'AN. 

NAK cari Dalil - Qur'an dulu ke Hadis dulu ? 

Janganlah MENYEKUTUKAN ALLAH. Carilah Al-Qur'an FIRMAN ALLAH dulu. 

Allah berfirman Nabi dan Rasul TIDAK MINTA UPAH dan kita di suruh IKUT Nabi dan Rasul bermakna TIDAK boleh ambik Upah.


-------


Ini dari seorang Ustaz terkenal :

"Guru tuisyen sanggup dibayar beratus-ratus sebulan, tetapi guru Quran nak kasi Rm10 pun berkira (walhal guru Quran kerja paling mulia).

-------

JAWAPAN :

Bezakan - mengajar MENYEBUT AL-QUR'AN itu LAIN dari MENYAMPAIKAN KEBENARAN dari Al-Qur'an dan menyeru kepada KEBENARAN dari Al-Qur'an. . 

Fikirkan.

Kita kena belajar SEBUTAN ayat-ayat Al-Quran dengan BETUL. Bahasa itu Bermula dengan SEBUTAN yang betul. Namun, Menyebut Al-Qur'an tanpa PAHAM makna itu BATIL TURUN TEMURUN. 


Step 1 : Belajar Arab supaya boleh BACA dan FAHAM AL-QURAN.

Step 2 - Baca Al-Qur'an dan PAHAMKAN tanpa TAKWIL. DAN tak PAHAM - TANYA! Cari jawapan dan jangan TAKWIL SENDIRI. Tanya RAMAI Guru dan belajarlah dengan RAMAI GURU. Namun, kita WAJIB membaca Al-Qur'an. 

3) Dah Paham dan Dah MENGIKUT Hikmah (Hukum-Hakam, Perintah dan Larangan) - SAMPAIKAN KEBENARAN itu. Jangan SEMBUNYI kebenaran. Nanti KUMAN kalau boleh laknat pun kita boleh dapat laknat.

Moga Allah membimbing kita ke jalan yang lurus.

Moga kita dapat jadi MUKHLISIN.


=====

End 

Allah Al-'Alim.

======





























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA