Langkau ke kandungan utama

Kaum Nabi Muhammad kena ikut Nabi Ibrahim

Kaum Nabi Muhammad kena ikut Nabi Ibrahim

(Date written : 17 Jul 2014)
(2nd Update : 28 Jul 2014)
(3rd Update : 30 Oct 2016)
(Last Update : 8 Jan 2017)

Intro
====

Berapa ramai antara kita tahu apa sebab dalam banyak2 Rasul lagi Nabi, di dalam Solat kita BERSELAWAT ke atas Nabi Ibrahim dan tidak kepada Rasul Nabi yang lain ?

Meskipun KITA di suruh BERSELAWAT ke atas semua Nabi-nabi dan kita TIDAK boleh membezakan sesiapa pun di antara Nabi-nabi atau Rasul-rasul yang telah Allah pilih - namun MENGAPA kita berselawat kepada Nabi Ibrahim sahaja  di dalam Tahiyyat Akhir ?

Mari kita ungkai.

=====

Kita wajib mengikut MILLAH Nabi Ibrahim

Perhatikan ayat2 Allah di bawah :

An-Nahl : 120

إِنَّ إِبْرٰهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang UMAT / IKUTAN (UMMATAN) yang TAAT / PATUH (QANITAN) kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan), ●

An-Nahl : 123

ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Kemudian Kami WAHYUKAN kepadamu (Muhammad): "Ikutilah MILLAH Ibrahim seorang yang hanif" dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. ●

Jelas,  dari 2 ayat di atas,  Rasul Nabi Ibrahim adalah seorang IKUTAN (UMMATAN) yang perlu di turuti dan NABI MUHAMMAD di wahyukan oleh Allah Untuk MENGIKUTI MILLAH Rasul Nabi Ibrahim.

Perhatikan lagi UMMATAN bermaksud IKUTAN.

Bila Seseorang itu dijadikan IKUTAN maka orang yang di ikut di panggil IMAM atau PEMIMPIN :-

Al-Baqarah : 124

وَإِذِ ابْتَلٰىٓ إِبْرٰهِۦمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمٰتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِى الظّٰلِمِينَ

● Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu IMAM (IMAMA) bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim". ●

Ayat Allah di atas bermaksud, selain Rasul Nabi Ibrahim adalah IMAM, keturunan Rasul Nabi Ibrahim juga adalam IMAM atau IKUTAN bagi manusia, selagi mereka bukan Orang yang Zalim. Ini termasuk Rasul Nabi Muhammad.

=====

SOLAT itu SEJAK bila di perintah kan ?

Semua orang yang mengaku Islam mengetahui KEWAJIPAN mendirikan SOLAT.

Namun,  tidak RAMAI yang mengetahui hakikat kebenaran bahawa - SOLAT itu BUKANLAH diterima PERINTAH ALLAH kepada Rasul Nabi Muhammad kita TATKALA Mikraj - namun, ianya Adalah Perintah Allah kepada seluruh Nabi2 dan Pengikut mereka sebelum ini.

Perhatikan ayat ini :

Yunus : 87

وَأَوْحَيْنَآ إِلٰى مُوسٰى وَأَخِيهِ أَن تَبَوَّءَا لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

● Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: "Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu tempat solat dan dirikanlah olehmu SOLAT serta gembirakanlah orang-orang yang beriman". ●

Al-Anbiya : 72

وَوَهَبْنَا لَهُۥٓ إِسْحٰقَ وَيَعْقُوبَ نَافِلَةً ۖ وَكُلًّا جَعَلْنَا صٰلِحِينَ

● Dan Kami telah memberikan kepada-nya (Ibrahim) lshak dan Ya'qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang soleh. ●

Al-Anbiya : 73

وَجَعَلْنٰهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرٰتِ وَإِقَامَ الصَّلٰوةِ وَإِيتَآءَ الزَّكٰوةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عٰبِدِينَ

● Kami telah menjadikan mereka itu sebagai PEMIMPIN-PEMIMPIN (A-IMMATAN = IMAM-IMAM) yang memberi bimbingan dengan AMR Kami (AMRINA) dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan SOLAT, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah, ●

Maryam : 54

وَاذْكُرْ فِى الْكِتٰبِ إِسْمٰعِيلَ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا

● Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi. ●

Maryam : 55

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُۥ بِالصَّلٰوةِ وَالزَّكٰوةِ وَكَانَ عِندَ رَبِّهِۦ مَرْضِيًّا

● Dan ia menyuruh ahlinya untuk BERSOLAT dan menunaikan zakat, dan ia adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya. ●

Hud : 87

قَالُوا يٰشُعَيْبُ أَصَلٰوتُكَ تَأْمُرُكَ أَن نَّتْرُكَ مَا يَعْبُدُ ءَابَآؤُنَآ أَوْ أَن نَّفْعَلَ فِىٓ أَمْوٰلِنَا مَا نَشٰٓؤُا ۖ إِنَّكَ لَأَنتَ الْحَلِيمُ الرَّشِيدُ

● Mereka berkata: "Hai Syu'aib, apakah SOLATMU (ASSOLATUKA) menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapak-bapak kami atau melarang kami memperbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal". ●

Jelas dari ayat2 Allah di atas - perintah BERSOLAT itu sudah ADA LAMA sebelum Rasul Nabi Muhammad kita ada di dunia.

=====

Perhatikan Firman Allah ini baik2 :

Al-An'am : 161

قُلْ إِنَّنِى هَدٰىنِى رَبِّىٓ إِلٰى صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus (S°IRATIM-MUSTAQIM), (iaitu) CARA HIDUP (DEENA) yang TEGAK (QIYAMAN), MILLAH Ibrahim yang lurus, dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang musyrik". ●

Al-Baqarah : 124

وَإِذِ ابْتَلٰىٓ إِبْرٰهِۦمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمٰتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِى الظّٰلِمِينَ

● Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu IMAM (IMAMA) bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim". ●

Telas jelas firman Allah,  bahawa Rasul Nabi Ibrahim adalah IMAM kita, iaitu PEMIMPIN yang menjadi IKUTAN kita; begitu juga keturunan Rasul Nabi Ibrahim yang tidak zalim - iaitu Rasul Nabi yang berketurunan Ibrahim, termasuk Rasul Nabi Ismail, Ya'akub, Ishak dan Rasul Nabi Muhammad.

Perhatikan lagi firman Allah :

Al-Baqarah : 127

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرٰهِۦمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

● Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". ●

Al-Baqarah : 125

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِن مَّقَامِ إِبْرٰهِۦمَ مُصَلًّى ۖ وَعَهِدْنَآ إِلٰىٓ إِبْرٰهِۦمَ وَإِسْمٰعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِىَ لِلطَّآئِفِينَ وَالْعٰكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

● Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud". ●

Siapa membina Kaabah ? Sa'i itu asal perbuatan siapa ?

Dah jelas belum maksud MILLAH Ibrahim ?

Ianya bermaksud DEEN atau Tatacara Beribadah Rasul Nabi Ibrahim. Rasul Nabi Ibrahim lah yang pertama membina Baitullah maka itu sebab dia menjadi IMAM iaitu ikutan dalam tatacara atau sistem peraturan beribadah atau pengabdian kepada Allah.


Perhatikan ayat ini baik2 :

Ali 'Imran : 68

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرٰهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهٰذَا النَّبِىُّ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا ۗ وَاللَّهُ وَلِىُّ الْمُؤْمِنِينَ

● Sesungguhnya orang yang paling UTAMA (AULA) kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad), beserta orang-orang yang beriman, dan Allah adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman. ●

JELAS,  kita kaum Rasul Nabi Nabi Muhammad memang wajib mengikut MILLAH Rasul Nabi Ibrahim dan kita jugalah yang paling UTAMA beserta dan menjadi PENGIKUT NABI IBRAHIM.

Ada ayat dari kitab lain kita nak beriman ?

Kita nak berbangga 'sangat' menjadi Kaum Rasul Nabi Muhammad ? Tujuan utama ARTIKEL ini DI TULIS adalah AGAR KITA tidak MERENDAHKAN Rasul-rasul atau Nabi-nabi yang lain. Kita DI LARANG MEMBEZAKAN Rasul2 DAN Nabi2.

Rasul Nabi Muhammad kita DI PERINTAH untuk mengikut MILLAH (Tatacara IBADAH atau Pengabdian kepada Allah) Rasul Nabi Ibrahim.

Kita WAJIB beriman kepada SEMUA RASUL dan NABI yang Allah ceritakan dalam Al - Qur'an.

Maka terimalah kebenaran.

=====

End.

Allah Al-Alim.

=====


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA