Langkau ke kandungan utama

Apa ada Dalam Diri

Apa ada Dalam Diri

(Date written : 12 Jan 2015)
(Second Update : 17 Jan 2015)
(Last Update : 25 Jun 2017)


Fokuskan ke dalam diri kita.

Apa yang kita sedang buat ?

Aku sedang membaca.

Aku sedang melihat.

Aku sedang mendengar.

Aku sedang merasa kecewa, gembira, bengang, tenang, bersemangat, teruja, bosan atau 'biasa-biasa' saje.

Kekadang kita mengelamun. Teringat kisah lama, kisah suka duka masa silam. Memori dalam Minda kita mula di keluarkan satu-satu - dan ianya memberi kesan kepada RASA dalam diri kita - sama jugak - syok, gembira,  bengang,  dan lain2.

Kekadang kita RISAU tentang esok atau minggu depan atau tahun depan atau beberapa tahun di hadapan kita.

Kekadang kita BERANGAN-ANGAN - 1 tahun lagi - aku akan beli kereta tu, 5 tahun lagi akan duduk rumah besar sikit, 3 tahun lagi akan kahwin dan bermacam Angan2 dan ini juga mengelamun.

Sesekejap kita rasa - oh - nak gi jumpa member borak jap, nak gi tengok bola, nak main golf,  nak gi keluar dengan anak-anak, nak membaca, dan pelbagai Keinginan-Keinginan BIASA. Kekadang ada juga Keinginan Nakal atau Mungkar dan kekadang ada Keinginan hendak berbuat kebajikan.

Kekadang kita tengok orang jalan dengan isterinya yang lawa sikit - mulut kita nganga atau tengok orang pakai kereta sport yang mahal - kita rasa jealous - atau rasa bersemangat nak dapat benda yang sama. Kekadang kita Rasa - berlagak betul mamat ni - kekadang kita kecewa - apsal la.. aku tak dapat macam dia..apa la malang nasib aku.


====
Itu lah yang berlaku dalam diri kita dan berjuta-juta macam lagi yang sebenarnya berlaku DALAM diri kita semenjak kita kecil.

====

Lagi kekadang kita rasa KESAL. Tentang kesalahan yang kita lakukan.

Kekadang kita boleh TAHAN apa sahaja yang berlaku dan sedar akan kelemahan diri maka kita SABAR.

Kekadang bila ada orang berkata sesuatu yang tak sesuai dengan kemahuan dan Kehendak dan harapan kita - kita jadi MARAH.

Kekadang bila orang yang kita Marah tu Marah kita balik dan memburuk-burukkan kita lagi - maka kita jadi BENCI.

Kekadang orang tu tak puas hati lagi dan sengaja nak Kenakan kita lagi - maka kita jadi DENDAM.

====

Kekadang kita tengok anak kecil tak de sedara mara dan hidup dalam keadaan sangat daif dan kita merasa sangat KASIHAN.

Kekadang kita dah susah payah kumpul duit kerja kuat2 siang malam tetiba orang datang pakai kopiah minta derma anak yatim. Kita rasa KEDEKUT pulak atau sayang duit dan harta yang sudah kita kumpulkan. Kekadang makin banyak duit kita lagi kita rasa nak tambah lagi kekayaan kita sehingga kita jadi BAKHIL.


Kekadang bila kita dah ada anak, anak dah berjaya  masuk Universiti dan dapat kerja bagus - kita rasa BANGGA.

Kekadang bila orang merendahkan kita atau berkata sesuatu yang menghina kedudukan kita kita rasa SOMBONG dan mula kita MEMBESARKAN Diri kita - kau ingat aku siapa...aku bla bla bla tau.... kau tu orang hina, aku lebih pandai, lebih mulia, lebih baik, lebih berugama dari kau tau ?

====
dan berbagai lagi. ..
Dan berbagai lagi. ..

====

Siapa yang ada dalam diri kita ni ?


Berdasarkan firman Allah - di Dalam Diri kita Ada 3 DIRI :

1) RUH dari Allah. Ini saya panggil DIRI PENERIMA ('Receive')
2) NAFS atau Jiwa yang di beri pendengaran, penglihatan dan RASA. Ini yang saya panggil DIRI PERSEPSI ('Perceive')
3) TUBUH atau JASAD fizikal yang kita nampak. Ini gelarannya adalah DIRI ZAHIR (BASYAR).

====
Ruh dari Allah

Inilah yang di panggil 'Spirit' dalam English atau DIRI Batin kita.

Ruh dalam Diri kita ini lah yang menjadikan kita boleh hidup dan bertenaga dan berkuasa melakukan segala-gala aktiviti seharian kita.

Ruh ini ada TUGAS.  Ruh ini Menyaksikan NAFS atau JIWA kita. Ruh ini boleh di rasa Kehadirannya BILA kita FOKUS atau tidak MELAYAN NAFS atau JIWA kita.

Jika RUH ini keluar atau di keluarkan - kita akan mati.

Ruh ini adalah AMR ALLAH. AMR bermaksud PELAKSANA ARAHAN. Amr Allah bermakna Pelaksana Arahan Allah tanpa soal.


Melalui RUH inilah KEHENDAK ALLAH berlaku dan HANYA KEHENDAK ALLAH lah berlaku semata-mata.

MESKIPUN kita rasa macam BERBUAT sesuatu, sebenarnya yang membuat sesuatu itu adalah RUH dari Allah yang ada dalam diri kita ini.

Samada kita berbuat baik atau jahat, bermanfaat atau memberi mudharat.

Ruh dari Allah ini MENERIMA apa sahaja Arahan Allah dan menyalurkan kepada unsur diri yang lain; makanya saya gelar diri ini sebagai DIRI PENERIMA.


=====
NAFS atau JIWA atau DIRI PERSEPSI

NAFS mempunyai 3 unsur yang diberi kepada kita iaitu Pendengaran,  Penglihatan dan RASA SEDAR.

Dalam bahasa Arab, RASA SEDAR di panggil FUAD.


RASA SEDAR inilah yang ada pelbagai lagi unsur di dalam nya iaitu :

1) Keinginan atau SYAHWAT.
2) KeEGOAN atau HAWA.
3) Perasaan atau 'FEELING' atau EMOSI.
4) Keupayaan BERFIKIR.
5) MINDA tempat simpan MEMORI dan pelbagai LINTASAN FIKIRAN berlalu-lintas.
6) Kepercayaan Diri atau 'Self-Belief System' atau apa yang kita RUMUSKAN samada berdasarkan Sangkaan atau ILMU dan Pengalaman. Inilah yang membentuk PERSEPSI DIRI.

Maka itu sebab saya gelar NAFS ini sebagai DIRI PERSEPSI.

SUDUR adalah bahasa Arab kepada MINDA kita. Di dalam MINDA kita ini lah terbit nya HAWA dan Syahwat atau Keegoan dan Keinginan. ('Aku nak buat tu, aku nak buat ni, aku la yang buat tu').

QALBU adalah bahasa Arab kepada Hati kita.    Perlu difahami bahawa MINDA dan HATI ini adalah bukan benda FIZIKAL tetapi ianya adalah unsur RASA SEDAR DIRI PERSEPSI kita.

Qalbu inilah yang RASA pelbagai RASA atau EMOSI - SEDIH,  Gembira dan sebagai nya.

Qalbu jugalah yang BERFIKIR dan bertanya pelbagai Persoalan di MINDA. Qalbu berada di dalam MINDA.

Qalbu tidak boleh NAMPAK atau TIDAK boleh berfikir jika MINDA kita dikotori dengan LINTASAN FIKIRAN bukan2 dan juga SANGKAAN bukan2 yang bukan berdasarkan kepada Ilmu pengetahuan.


Pada QALBU lah ada Sistem Kepercayaan Diri kita. Kekadang dia yakin, kekadang dia teragak-agak. Itu sifat Qalbu - selalu berbolak balik atau silih berganti. Qalbu akan jadi konstan atau TENANG bila MINDA itu DI KOSONG kan atau KOSONG dari Lintasan FIKIRAN dan juga Sangkaan TETAPI penuh dengan ILMU terutama ILMU dari KITABULLAH atau ayat2 Allah.

Bila QALBU itu tidak ditutupi KEKOTORAN MINDA yang meliputi nya - maka QALBU itu bersama Allah atau MERASA SEDAR tentang Allah.



=====
TUBUH Fizikal

Diri yang ini adalah sangat jelas dan tak payah kita cerita lanjut. NAMUN,  kajian Kuantum Fizik membuktikan bahawa apa sahaja Benda Fizikal atau 'Solid Matter' yang kita NAMPAK pada DIRI PERSEPSI - sebenarnya tidak wujud melainkan jika kita 'melihat' dengan RASA SEDAR atau CONCIUS Kita. Jika tidak - tiada benda fizikal yang ada melainkan GELOMBANG.

Makanya TUBUH FIZIKAL atau DIRI ZAHIR itu terjadi atau terbentuk setelah DIRI PERSEPSI kita MELIHAT NYA. Jika DIRI PERSEPSI kita tidak melihat nya segala yang kita lihat itu berbentuk GELOMBANG yang Penuh dengan Informasi atau DATA dan ianya sebenarnya adalah AMR Allah yang memenuhi seluruh Alam.

AMR Allah terdiri dari 2 Unsur yang ISTIMEWA pula iaitu RUH dan Malaikat.

Ruh dan Malaikat mempunyai TUGAS yang lebih spesifik dari AMR atau Pelaksana Arahan Allah yang lain.

Mereka semua adalah PEMBUAT-PEMBUAT Kerja atau Tugasan dari Allah dan selalu menemui Allah dengan kelajuan yang sangat laju merentasi lapisan-lapisan Alam (Parallel bertindih-tindih secara volumetrik) meskipun sebenarnya Allah berada dekat dengan kita (Allah Al-Qarib), namun AMR terpaksa merentasi 'ARASY sebelum menemui Allah.

Kalimat Allah pada semua AMR adalah KUN  - dan AMR pun melaksanakan perintah KUN itu serta-merta.

=====

Persoalan yang sangat perlu di jawab - SIAPA DIRI sebenar DIRI kita ?

Kekadang kita rasa ada Diri 1 kita bercakap dengan Diri 2 kita - terutama sekali bila kita menyesali apa yang telah kita lakukan. 'Apsal kau buat macam tu ??? Kalau kau tak kata macam tu, tak lah terjadi macam ni!.' Diri 1 memarahi Diri 2 kita.

Ketahuilah SEKARANG yang baik iaitu DIRI 1 itu lah Ruh dari Allah yang memarahi DIRI 2 iaitu NAFS atau JIWA atau DIRI PERSEPSI kita.

Di akhirat nanti, DIRI 1 kita akan Menyaksikan DIRI 2 kita. Bukan sahaja DIRI 1 Menyaksikan malah DIRI 1 atau RUH ini MENJADI SAKSI akan apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan oleh DIRI 2 atau NAFS ini.

Juga, Di akhirat nanti, DIRI ZAHIR kita juga akan menjadi SAKSI pula kepada DIRI 2 atau NAFS atau DIRI PERSEPSI kita.


====
Terjawabkah persoalan - Siapa Diri Sebenar Diri kita ?


Jika QALBU kita CENDERUNG kepada LINTASAN FIKIRAN  pada MINDA atau SUDUR maka DIRI SEBENAR DIRI kita itu BUTA - dan KITA masa itu adalah DIRI PERSEPSI atau NAFS yang Menyuruh Kejahatan (NAFS AMMARAH). KITA yang duduk dalam DIRI PERSEPSI tidak akan tenang tenteram malah penuh permasalahan di sini.

Jika QALBU kita CENDERUNG kepada MERASA SEDAR akan kewujudan Allah,  tanpa menghiraukan LINTASAN FIKIRAN di MINDA,  maka kita adalah DIRI PERSEPSI yang TENANG  atau NAFS MUTMA`INNAH. Ketenangan dan Ketenteraman dapat di rasakan bila kita di dalam keadaan ini.

Diri Sebenar Diri kita adalah NAFS; yang sebenarnya adalah DIRI PERSEPSI yang sudah BERSYAHADAH atau Menyaksikan Tiada Ilah Melainkan Allah dan di 'sempurnakan' (SAWWAHA) sebelum Ruh memasuki Jasad.

Selepas Jasad di bentuk, NAFS di sempurnakan, baru Ruh di tiupkan masuk.

As-Sajdah : 8

ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُۥ مِن سُلٰلَةٍ مِّن مَّآءٍ مَّهِينٍ

● Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina. ●

As-Sajdah : 9

ثُمَّ سَوّٰىهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦ ۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَالْأَفْـِٔدَةَ ۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

● Kemudian Dia 'MENYEMPURNAKAN' (SAWWAAHU) dan meniupkan ke dalamnya RUH-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. ●

Asy-Syams : 7

وَنَفْسٍ وَمَا سَوّٰىهَا

● dan JIWA (NAFS) serta penyempurnaannya (SAWWAAHA), ●


Al-A'raf : 172

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلٰىٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلٰى ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هٰذَا غٰفِلِينَ

● Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap JIWA (NAFS) mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)", ●

Diri Sebenar Diri kita ini iaitu Diri Persepsi ini sentiasa kena buat Pilihan :

Asy-Syams : 8

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوٰىهَا

● maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. ●


Jika Diri Persepsi ini dihilangkan atau dimatikan atau ditiadakan dirinya, maka ternyatalah bahawa Diri ini HAKIKATNYA tidak wujud dan Orang MUKHLIS (MUKHLISIN) memahami ini dengan sebenarnya - sebab sudah BINASA (FANA`) diri dan sentiasa merasakan WUJUD ALLAH semata-mata Yang Tunggal :-

Al-Ikhlas : 1

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

● Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Esa." ●


====
End.

Allah Al-Khabir.

====







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA