Langkau ke kandungan utama

Bagaimana ZIKIR (part 7) - S°UDUR dan QALBU

Bagaimana ZIKIR kepada Allah (part 7)
S°UDUR dan QALBU

(Date written : 03 Jan 2015)
(Second Update : 04 Jan 2015)
(Last update : 07 Jan 2018)

1) Erti S°UDUR

Kebanyakan terjemahan Al-Qur'an, apabila S°UDUR di jumpai - terjemahan nya pasti kepada DADA. Bila dikatakan DADA maka terbayanglah kita akan DADA kita. Persoalannya, benarkah pemahaman seperti ini.  S°UDUR adalah ayat al-Qur'an manakala DADA hanyalah TERJEMAHAN.

Persoalannya adakah S°UDUR benda fizikal ? Ataukah ianya sesuatu yang bukan fizikal ?

Firman Allah :


An-Nur : 31

وَقُل لِّلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصٰرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلٰى جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ ءَابَآئِهِنَّ أَوْ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَآئِهِنَّ أَوْ أَبْنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوٰنِهِنَّ أَوْ بَنِىٓ إِخْوٰنِهِنَّ أَوْ بَنِىٓ أَخَوٰتِهِنَّ أَوْ نِسَآئِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمٰنُهُنَّ أَوِ التّٰبِعِينَ غَيْرِ أُولِى الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلٰى عَوْرٰتِ النِّسَآءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوٓا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

● ... dan hendaklah mereka menutupkan kain TUDUNG ke DADA (JUYUB) nya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,.. ●

Jelas dari ayat di atas bahawa S°UDUR adalah bukan fizikal dan Allah menggunakan perkataan yang lain dari S°UDUR untuk menunjukkan benda fizikal.


Al-Qasas : 69

وَرَبُّكَ يَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ

● Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan (dalam) 'DADA' mereka (S°UDURUHUM) dan apa yang mereka nyatakan. ●

Jelas dari ayat di atas - S°UDUR bukanlah bermaksud DADA FIZIKAL.

Ianya suatu TEMPAT di alam tidak nyata sebab BOLEH DI SEMBUNYIKAN isinya dari manusia lain tetapi TIDAK kepada Allah.


2) S°UDUR tempat ujian dan ada 'sesuatu' di dalamnya.


Ali 'Imran : 154

ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنۢ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاسًا يَغْشٰى طَآئِفَةً مِّنكُمْ ۖ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجٰهِلِيَّةِ ۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ الْأَمْرِ مِن شَىْءٍ ۗ قُلْ إِنَّ الْأَمْرَ كُلَّهُۥ لِلَّهِ ۗ يُخْفُونَ فِىٓ أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَىْءٌ مَّا قُتِلْنَا هٰهُنَا ۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِى بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلٰى مَضَاجِعِهِمْ ۖ وَلِيَبْتَلِىَ اللَّهُ مَا فِى صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ الصُّدُورِ

● ... Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam S°UDUR  MU (S°UDURIKUM)  dan untuk MEMBERSIHKAN apa yang ada dalam QALBU mu. Allah Maha Mengetahui isi S°UDUR. ●



3) Apa yang ada di dalam S°UDUR ?


An-Nas : 5

الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ النَّاسِ

● yang membisikkan (kejahatan) ke dalam S°UDUR manusia, ●

Nyatalah S°UDUR adalah suatu tempat di Alam bukan Nyata yang TERDAPAT pelbagai bisikan Syaitan atau yang kita GELAR - LINTASAN FIKIRAN.

Di mana LINTASAN FIKIRAN berlaku ? Ianya BERLAKU di MINDA kita. In our mind.

Maka, jelas S°UDUR adalah MINDA kita.

Jelas jugalah bahawa LINTASAN FIKIRAN tersebut adalah UJIAN kepada kita.

APA yang ada dalam MINDA kita - boleh kita SEMBUNYIKAN dari manusia lain.

4) Dalam S°UDUR ada ayat-ayat Al-Qur'an


Al-'Ankabut : 49

بَلْ هُوَ ءَايٰتٌۢ بَيِّنٰتٌ فِى صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايٰتِنَآ إِلَّا الظّٰلِمُونَ

● Sebenarnya, AYATUN (Al Quran) itu adalah ayat-ayat yang NYATA (BAYYINAT) di dalam S°UDUR orang-orang yang DIBERI ILMU (UTUL 'ILMA). Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. ●

Besar maksud ayat Allah di atas. Ayat-ayat Al-Qur'an ALLAH pelihara sehingga kiamat. Dari ayat di atas JELAS tempat Ayat-ayat Al-QUR'AN tersimpan dan terpelihara dari kebengkokan adalah TERDAPAT di DALAM MINDA orang HAFIZ QUR'AN dan PAHAM Al-Qur'an - iaitu Al-Qur'an itu di HAFAL seluruhnya.

Jelas MINDA kita ada MEMORI untuk BERFUNGSI MENYIMPAN data-data dan Informasi yang LALU yang telah kita pelajari dan FAHAMI dan HAFAL.


5) Dada sempit ke atau fikiran/MINDA sempit ? Lapang dada ke lapang fikiran/MINDA ?


Al-A'raf : 2

كِتٰبٌ أُنزِلَ إِلَيْكَ فَلَا يَكُن فِى صَدْرِكَ حَرَجٌ مِّنْهُ لِتُنذِرَ بِهِۦ وَذِكْرٰى لِلْمُؤْمِنِينَ

● Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada KESESAKAN / STRESS (hARAJUN) di dalam S°UDUR mu kerananya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir), dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman. ●

S°UDUR atau MINDA kita memang boleh STRESS.


Al-Insyirah : 1

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

● Bukankah Kami telah melapangkan untukmu S°UDUR mu (S°ADRAKA)?, ●


Apa maksud DADA kita LAPANG atau selalu dikatakan BERLAPANG DADA ?

Ianya BERMAKSUD ketika MINDA kita TERASA LAPANG dan LUAS.

Ianya BERLAKU apabila MINDA kita di Bebaskan DARI kerisauan atau khuatir bukan2 tentang MASA DEPAN dan juga RASA SEDIH akan MEMORI lama (MASA LAMPAU ) yang TERDAPAT atau TERSIMPAN dalam MINDA.

Namun, kesan kepada LAPANGNYA MINDA kita ternyata kepada RASA di dalam DADA.


Al-Hijr : 97

وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ

● Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahawa S°UDUR mu (S°ADRUKA) menjadi SEMPIT (straitened/distressed) (YAD°UQU) disebabkan apa yang mereka UCAPKAN, ●

S°UDUR juga boleh menjadi SEMPIT.

Apakah DADA kita TERASA SEMPIT / DISTRESSED ?
Atau MINDA kita TERASA SEMPIT / Stress?

YAD°UQU bermaksud SEMPIT atau STRAITENED in English,  DISTRESSED or become NARROW or become TIGHT.

Di dalam hal ini MEMANG ada kaitan definasi S°UDUR kepada MINDA dan juga kepada RASA di dalam DADA kita.

Dari ayat di atas JELAS memang bila kita dengar ada orang mengatakan sesuatu tentang KITA menjadikan MINDA tau FIKIRAN kita berkecamuk - apasal mamat tu kata aku berlagak pulak hah ?? Masa bila pulak aku menunjuk-nunjuk ?? Masa ni PELABAGAI LINTASAN FIKIRAN bermain di MINDA kita yang datangnya dari SYAITAN yang akhirnya menjadikan RASA DI DALAM DADA  kita terasa SEMPIT.

Memang ada kaitan antara MINDA dan DADA. MINDA tempat MEMORI dan tempat LINTASAN FIKIRAN namun kesannya TERASA di dalam DADA.

Firman Allah di bawah menceritakan dengan TEPAT :

Al-An'am : 125

فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُۥ يَشْرَحْ صَدْرَهُۥ لِلْإِسْلٰمِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُۥ يَجْعَلْ صَدْرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى السَّمَآءِ ۚ كَذٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

● Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya bimbingan, nescaya Dia MELAPANGKAN (YASHRAH) S°UDUR nya untuk Islam (Submission to Allah). Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan S°UDUR nya SEMPIT (D°AIYYIQA) lagi SESAK (hARAJA), seolah-olah ia sedang MENDAKI LANGIT. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman. ●

Kepada sesiapa yang biasa mendaki gunung tinggi,  mereka akan tahu bahawa makin tinggi kandungan OKSIGEN di udara semakin rendah maka DADA terasa semakin SESAK dan SEMPIT.


6) S°UDUR ada PENYEMBUH.


Yunus : 57

يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PENYEMBUH bagi APA Yang di DALAM S°UDUR dan bimbingan serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. ●

Al-Qur'an adalah PENYEMBUH bagi apa-apa yang ada di DALAM MINDA kita. Ini adalah Lintasan FIKIRAN di Minda kita adalah dari Syaitan - penuh dengan SANGKAAN yang memberi PERSEPSI DIRI yang Batil,  manakala Al-Qur'an adalah KEBENARAN yang MEMBERI ILMU kepada MINDA dan MEMBERI KEYAKINAN kepada DIRI PERSEPSI.



7) Kesimpulan pasal S°UDUR

A. S°UDUR adalah Minda kita yang ada kaitan tentang RASA di dalam DADA.
B. Minda kita ada MEMORI tempat simpan Pengalaman,  Pemahaman,  Gambaran, Suara, Peristiwa dan HAFALAN kita.
C. Minda kita ada Banyak LINTASAN FIKIRAN yang datang dari BISIKAN SYAITAN.


8) Erti QALBU. Di mana QALBU.


Al-Baqarah : 284

لِّلَّهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ ۗ وَإِن تُبْدُوا مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللَّهُ ۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ ۗ وَاللَّهُ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

● Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu MELAHIRKAN apa yang ada di dalam DIRIMU (ANFUSIKUM) atau kamu MENYEMBUNYIKANNYA, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. .. ●

Allah mengatakan kita boleh melahirkan dan menyembunyikan dari orang lain apa yang ada dalam DIRI / NAFS / JIWA / SOUL kita.

Di dalam surah Al-Qasas :69 di atas, Allah menerangkan yang Allah mengetahui Apa yang MINDA kita SEMBUNYIKAN.

JELAS , bahawa S°UDUR atau MINDA adalah satu UNSUR DIRI.

Berdasarkan siri artikel yang lepas, mari kita rujuk kembali firman Allah :

As-Sajdah : 9

ثُمَّ سَوّٰىهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦ ۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَالْأَفْـِٔدَةَ ۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

● Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya ROH - Nya dan Dia menjadikan bagi kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan FUAD / RASA SEDAR (AF`IDAH jamaknya); (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. ●

Tiga Alat iaitu Dengar,  Lihat dan Rasa Sedar / FUAD itu di beri kepada NAFS kita atau DIRI PERSEPSI kita atau PERSEPSI DIRI kita.

FUAD atau CONCIUSNESS atau RASA SEDAR pula terbahagi kepada 2 Unsur pula iaitu :

a. S°UDUR atau MINDA kita
b. QALBU.

Dan QALBU letaknya di DALAM MINDA :


Al-Hajj : 46

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِى الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصٰرُ وَلٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِى فِى الصُّدُورِ

● maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai QALBU yang dengan itu mereka dapat BERFIKIR (QULUBUN YA'QILUN) atau mempunyai TELINGA yang dengan itu mereka dapat MENDENGAR? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang BUTA, ialah QALBU yang di dalam MINDA (S°UDUR) ●

JELAS, QALBU yang terlindung atau TENGGELAM dengan PELBAGAI LINTASAN FIKIRAN atau BISIKAN SYAITAN itu adalah BUTA.

9) QALBU ialah ALAT BERFIKIR dan MEMAHAMI.


Al-A'raf : 179

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُولٰٓئِكَ كَالْأَنْعٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ

● ... mereka mempunyai QALBU, tetapi tidak dipergunakannya untuk MEMAHAMI (YAFQAHUN) ... ●


Jelas juga dari ayat di atas (dan Al-Hajj:46) bahawa Proses BERFIKIR dan MEMAHAMI adalah kerja QALBU - ianya di sebut sebagai QULUBUN  YA'QILUN atau QULUBUN YAFQAHUN.


Makanya SEGALA perkataan yang kita jumpa di dalam Al-Qur'an tentang YA'QILUN atau YAFQAHUN, perlu kita fahami bahawa itu ditujukan kepada QALBU.

MINDA kita adalah tempat MEMORI yang penuh data-data juga tempat LINTASAN FIKIRAN.

QALBU lah alat PEMPROSES atau PROCESSOR utama dalam MEMAHAMI sesuatu perkara dengan MEMBUAT perbandingan tentang apa yang sudah di INGAT di dalam MINDA dengan apa yang di pelajari sekarang DAN kemudian MENDATANGKAN PERASAAN atau FEELING pada QALBU.

Contohnya PERASAAN SABAR. Sabar adalah satu KERJA QALBU. Ianya adalah RASA :


Al-Kahf : 68

وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلٰى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِۦ خُبْرًا

● Dan bagaimana kamu dapat SABAR atas sesuatu, sedangkan BELUM MELIPUTI (TUHIT°) pengetahuan kamu tentang hal itu?" ●

Untuk Dapat RASA SABAR - sebenarnya memerlukan ILMU. Qalbu perlu MEMPROSES data dan informasi menjadi ILMU dan di simpan di MINDA barulah datang RASA SABAR pada QALBU kemudian FUAD dan kemudian DIRI PERSEPSI kita atau NAFS.


APA yang ada dalam MINDA (S°UDUR) + PERASAAN dalam QALBU = RASA SEDAR atau FUAD.

Maka Erti QALBU atau FUNGSI QALBU  setakat ini adalah :

a. Alat BERFIKIR dan MEMAHAHAMI dan sesudah itu
b. Mempunyai FEELING atau RASA DIRI atau PERASAAN.

Qalbu lah yang MERASA bermacam-macam PERASAAN.



10)  QALBU yang Keras seperti Batu.


Al-Baqarah : 74

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِىَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهٰرُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَآءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

● Kemudian setelah itu QALBU MU menjadi KERAS (QASAT)  seperti BATU (hIJARAH), bahkan LEBIH KERAS (QASWATAN) lagi. ..●


Selalu orang berkata 'KERAS KEPALA' yang sebenarnya bermaksud 'KERAS HATI'.

Inilah yang dinamakan 'HATI KERAS' atau DEGIL atau 'KERAS HATI'. Ianya satu keadaan di mana KEDEGILAN TAK MAU BUAT APA yang DISURUH tentang sesuatu itu adalah TERLALU BESAR sehingga Jadi MACAM BATU - QALBU orang tersebut.

Dan SEBENARNYA - yang Allah MAKSUDKAN QALBU yang KERAS seperti batu adalah :


Az-Zumar : 22

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُۥ لِلْإِسْلٰمِ فَهُوَ عَلٰى نُورٍ مِّن رَّبِّهِۦ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقٰسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولٰٓئِكَ فِى ضَلٰلٍ مُّبِينٍ

● ... Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah MENGERAS / MEMBATU (QASIATI) QALBU nya untuk MENGINGAT ALLAH. Mereka itu dalam KESESATAN yang NYATA. ●

QALBU yang KERAS seperti BATU adalah QALBU yang tidak MENGINGAT ALLAH.

11) QALBU adalah alat atau Unsur Dalam FUAD yang sepatutnya BERZIKIR kepada Allah

JELAS, dari ayat Az-Zumar: 22 di atas bahawa :-

QALBU lah ALAT dalam FUAD dan FUAD unsur DIRI PERSEPSI /NAFS yang ada TUGAS untuk INGAT atau RASA SEDAR kepada WUJUD ALLAH yang Menguasai dan Meliputi Sekalian Alam.



12) QALBU yang berbolak-balik - tidak TETAP  PENDIRIAN atau PEGANGAN


Al-An'am : 110

وَنُقَلِّبُ أَفْـِٔدَتَهُمْ وَأَبْصٰرَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِۦٓ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِى طُغْيٰنِهِمْ يَعْمَهُونَ

● Dan Kami MEMBOLAK-BALIKKAN (NUQALLIBU) FUAD (AF`IDAH Jamaknya) dan PENGLIHATAN mereka ... ●

NUQALLIBU bermaksud KAMI membolak-balikkan.

QALBU adalah Unsur di dalam FUAD (CONCIUSNESS = RASA SEDAR). SIFAT asal QALBU adalah berbolak-balik atau SILIH BERGANTI :


An-Nur : 44

يُقَلِّبُ اللَّهُ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَعِبْرَةً لِّأُولِى الْأَبْصٰرِ

● Allah MENYILIH-GANTI (YUQALLIBU) kan malam dan siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan (ULIL ABSAR). ●

YUQALLIBU adalah VERB atau kata kerja atau kata buat. Ianya bermaksud membolak-balik atau silih berganti.


QALBU, selain ianya alat BERFIKIR, ianya juga ada pelbagai PERASAAN - di sinilah SEGALA PERASAAN kita terbentuk - iaitu Sayang, Marah, Kasihan, Benci, Memaafi, Berdendam, Merendah diri, Angkuh dan sebagainya.

Kerana sifat QALBU yang berbolak-balik maka kita disuruh BERDOA :


Ali 'Imran : 8

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

● (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan QALBU kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri bimbingan kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi". ●


13) QALBU yang ada Penyakit


Al-Baqarah : 10

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

● Dalam QALBU mereka ada PENYAKIT (MARAD°UN), lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka MENDUSTAKAN (YAKZIBUN) ●



14) QALBU yang Menolak / Engkar


An-Nahl : 22

إِلٰهُكُمْ إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۚ فَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْءَاخِرَةِ قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٌ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ

● Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Maka orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, QALBU mereka MENGINGKARI / MENOLAK / REFUSE (MUNKIRAH) (keesaaan Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang sombong. ●


15) QALBU yang tertutup.


Al-An'am : 25

وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ ۖ وَجَعَلْنَا عَلٰى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرًا ۚ وَإِن يَرَوْا كُلَّ ءَايَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا ۚ حَتّٰىٓ إِذَا جَآءُوكَ يُجٰدِلُونَكَ يَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوٓا إِنْ هٰذَآ إِلَّآ أَسٰطِيرُ الْأَوَّلِينَ

● Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkani (bacaan)mu, padahal Kami telah meletakkan TUTUPAN di atas QALBU mereka (sehingga mereka tidak) MEMAHAMINYA (YAFQAHU) dan (Kami letakkan) sumbatan di telinganya. Dan jikapun mereka melihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mau beriman kepadanya. .. ●



Al-An'am : 46

قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَخَذَ اللَّهُ سَمْعَكُمْ وَأَبْصٰرَكُمْ وَخَتَمَ عَلٰى قُلُوبِكُم مَّنْ إِلٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُم بِهِ ۗ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْءَايٰتِ ثُمَّ هُمْ يَصْدِفُونَ

● Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta MENUTUP QALBU MU, siapakah tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu?" Perhatikanlah bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga). ●


Al-Baqarah : 7

خَتَمَ اللَّهُ عَلٰى قُلُوبِهِمْ وَعَلٰى سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلٰىٓ أَبْصٰرِهِمْ غِشٰوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Allah telah MENGUNCI-MATI (KHATAM) QALBU dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. ●

16) QALBU yang KOTOR / di tutupi KOTORAN


Al-Tatfif : 14

كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلٰى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

● Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa hasil usaha mereka (YAKSIBUN) itu MENGOTORI (RANA = stain has covered) QALBU mereka. ●

MELAYAN Lintasan Fikiran tak habis-habis itu LALAI. IANYA menjadi QALBU tenggelam dalam KOTORAN.


17) QALBU yang BERSIH.


Al-Ma'idah : 41

يٰٓأَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنكَ الَّذِينَ يُسٰرِعُونَ فِى الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُوٓا ءَامَنَّا بِأَفْوٰهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْ ۛ وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا ۛ سَمّٰعُونَ لِلْكَذِبِ سَمّٰعُونَ لِقَوْمٍ ءَاخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ ۖ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِنۢ بَعْدِ مَوَاضِعِهِۦ ۖ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هٰذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا ۚ وَمَن يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُۥ فَلَن تَمْلِكَ لَهُۥ مِنَ اللَّهِ شَيْـًٔا ۚ أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللَّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ ۚ لَهُمْ فِى الدُّنْيَا خِزْىٌ ۖ وَلَهُمْ فِى الْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● ... Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak MEMBERSIHKAN QALBU mereka (YUT°OHHIRA QULUBAHUM). Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar. ●


Asy-Syams : 9

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكّٰىهَا

● sesungguhnya beruntunglah orang yang MENSUCIKAN (ZAKKA) (JIWA / NAFS) itu, ●

Membersihkan atau MENYUCIKAN JIWA / NAFS / DIRI PERSEPSI sebenarnya adalah MEMBERSIHKAN atau MENYUCIKAN QALBU.


18) QALBU yang BERIMAN.


Yunus : 100

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَن تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

● Dan tidak ada seorangpun akan BERIMAN kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak BERFIKIR (YA'QILUN). ●

Jelas, QALBU sebagai alat BERFIKIR jika tidak digunakan, maka IMAN tak akan dapat masuk.


Al-Ma'idah : 41

يٰٓأَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنكَ الَّذِينَ يُسٰرِعُونَ فِى الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُوٓا ءَامَنَّا بِأَفْوٰهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْ ۛ وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا ۛ سَمّٰعُونَ لِلْكَذِبِ سَمّٰعُونَ لِقَوْمٍ ءَاخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ ۖ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِنۢ بَعْدِ مَوَاضِعِهِۦ ۖ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هٰذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا ۚ وَمَن يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُۥ فَلَن تَمْلِكَ لَهُۥ مِنَ اللَّهِ شَيْـًٔا ۚ أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللَّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ ۚ لَهُمْ فِى الدُّنْيَا خِزْىٌ ۖ وَلَهُمْ فِى الْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Wahai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu diantara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: "Kami telah BERIMAN", padahal QALBU mereka belum BERIMAN; .. ●


Al-Hujurat : 14

قَالَتِ الْأَعْرَابُ ءَامَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلٰكِن قُولُوٓا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمٰنُ فِى قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمٰلِكُمْ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Orang-orang Arab Badwi itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk berserah (ASLAMNA)', kerana IMAN itu BELUM MASUK ke dalam QALBU MU; ..●


QALBU lah unsur FUAD atau DIRI / NAFS kita yang BERIMAN. Beriman bermaksud RASA YAQIN tentang sesuatu.  BERIMAN kepada Allah bermakna MERASA YAQIN tentang KEWUJUDAN ALLAH Yang ESA dan segala SIFAT dan PERBUATANNYA dan Kehendak NYA.



19) QALBU yang BERGEMENTAR


Al-Anfal : 2

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمٰنًا وَعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMENTARLAH QALBU mereka  (WAJILAT QULUBUHUM), dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ●

Bila QALBU sudah DAPAT IMAN atau KEYAKINAN - QALBU akan BERGEMENTAR. Orang yang BERIMAN - QALBU nya RASA GEMENTAR.


20) QALBU yang SALIM = SEJAHTERA


Asy-Syu'ara' : 89

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

● kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan QALBU yang SALIM, ●


21) QALBU yang TENANG


Az-Zumar : 23

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتٰبًا مُّتَشٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلٰى ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ

● Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (AHSANAL HADITH -Al Quran) yang SERUPA lagi berulang-ulang (MUTASYABIHA) , gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi TENANG kulit dan QALBU mereka di waktu MENGINGAT Allah. .. ●



Qalbu yang TENANG adalah juga QALBU Yang INGAT ALLAH dan juga QALBU yang BERIMAN.


An-Nahl : 106

مَن كَفَرَ بِاللَّهِ مِنۢ بَعْدِ إِيمٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُۥ مُطْمَئِنٌّۢ بِالْإِيمٰنِ وَلٰكِن مَّن شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِّنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal QALBU nya tetap TENANG dalam BERIMAN (MUT°MA`IN BIL IMAN), akan tetapi orang yang MELAPANGKAN S°UDUR nya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. ●




22) Kesimpulan tentang QALBU

a. QALBU adalah satu Unsur dari FUAD (Conciusness).
b. QALBU adalah PROSESSOR kepada segala INFORMASI yang TERKUMPUL di dalam MINDA. Mendengar dan Melihat memberi kita INFORMASI kepada MINDA. QALBU adalah TUKANG PROSES dan menerbitkan PERASAAN kepada FUAD.
c. QALBU yang BUTA atau tertutup adalah QALBU yang SUDAH di tenggelami / dikotori dengan PELBAGAI LINTASAN FIKIRAN di MINDA yang kebanyakan nya dari Syaitan - yang mengembalikan MEMORI LAMA - supaya menimbulkan PERASAAN SEDIH atau KECEWA dan juga MENIMBULKAN pelbagai Keindahan / Keburukan Tentang MASA HADAPAN YANG tidak Pasti.
d. QALBU lah yang perlu MENGINGAT ALLAH - dan paling penting dalam mengingati Allah adalah MENIMBA ILMU sebanyak MUNGKIN,  Mendengar ayat2 Allah dan Melihat Tanda-Tanda Kebesaran Allah berdasarkan KEFAHAMAN tentang Ayat2 Al-Qur'an. Dan kemudian - tugas terbesar QALBU adalah TIDAK BERTINDAK BALAS terhadap LINTASAN FIKIRAN dari Syaitan yang berlaku di MINDA.



====
End.

Allah Al-Fattah.

====


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA