Langkau ke kandungan utama

Siapakah RUH

Siapakah RUH

(Date written : 18 Jan 2015)
(2nd Update : 24 Jan 2016)
(Last Update : 12 Nov 2017)

1) RUH adalah berdasarkan 3 huruf dasar RA WAW HA.

Sebanyak 57 kali variasi perkataan yang di sebut berdasarkan huruf dasar ini, termasuk RUH, RUHI, RUHIHI, RUHANA, RUHAN, RAWH, RAWHI, TURIH, RIH, RIYAH, RIHUN, RAYHAN, RIHA.

RUH, RUHA, RUHAN, RUHI, RUHIHI, RUHANA bermaksud RUH, Ruh-Nya, Ruh Kami.

Dalam English Ruh di sebut Spirit.
Spirit jika diterjemahkan pula menjadi 'Semangat'

RAWH pula di terjemahkan kepada Rahmat Allah. RAWHILLAH di sebut 2 kali yang di terjemahkan kepada Rahmat Allah.

RIH, RIYAH, RIHUN, RAYHAN bermaksud Angin.

RIHA bermaksud BAU.

Jika mahu di simpulkan dahulu - sesuatu yang kena mengena dengan RUH, ianya ada kena mengena dengan ANGIN atau UDARA yang Bergerak. Bila kita berkata-kata (QAULA), Bunyi Suara Perkataan itu Bergerak kepada orang yang mendengar melalui UDARA.


2) RIYAH atau ANGIN dulu sebelum Air Hujan.

Al-A'raf : 57

وَهُوَ الَّذِى يُرْسِلُ الرِّيٰحَ بُشْرًۢا بَيْنَ يَدَىْ رَحْمَتِهِۦ ۖ حَتّٰىٓ إِذَآ أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنٰهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ الْمَآءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ ۚ كَذٰلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتٰى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

● Dan Dialah yang MENGUTUSKAN (YURSILU) ANGIN (AR-RIYAH) sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan RAHMAT-Nya (Air); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan AIR (AL-MAA`) di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab air itu pelbagai macam hasil tumhuh-tumbuhan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. ●

Berdasarkan ayat Allah di atas, ANGIN (AR-RIYAH) itu adalah UTUSAN ALLAH, di sebut YURSILU-RRIYAH.

Anginlah yang menggerakkan atau membawa AWAN.

Ayat-ayat Allah dalam Al-Quran adalah FAKTA KEBENARAN tanpa RAGU, dan apabila kita memerhatikan dan mengkaji Alam Semesa (Sains), tentang bagaimana Air Hujan diturunkan, ianya TEPAT seperti di sebut dalam Al-Quran, maka itulah BUKTI / EVIDENCES / AYATI tentang kebenaran Al-Quran ini.


3) RUH itu di NAFASKAN / TIUPkan / NAFAKHA ke dalam Diri.

Setiap manusia ada RUH di dalam diri.

RUH di masukkan setelah sempurna JIWA atau NAFS atau DIRI kita, secara NAFAKHA (Bernafas / Tiupan) :


As-Sajdah : 9

ثُمَّ سَوّٰىهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦ ۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَالْأَفْـِٔدَةَ ۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

● Kemudian Dia menyempurnakan (jiwa)nya (SAWWAHU) dan 'meniup' / BERNAFAS  (NAFAKHA) ke DALAMNYA (FIHI) RUH dari Nya (RUHIHI) dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan FUAD; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. ●

RUH yang di masukkan ke dalam Jasad kita ini adalah AMANAH Allah kepada kita.

Inilah AMANAH Terbesar MANUSIA iaitu MEMIKUL RUH ini.

Al-Ahzab : 72

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسٰنُ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

● Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAT kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk MEMIKUL / BEAR (YAHMIL) amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan DI PIKULLAH (HAMALAHA) amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim (ZALUMAN) dan amat bodoh (JAHULA), ●

AMANAT berasal dari huruf dasar ALIF MIM NUN dan sebanyak 879 kali perkataan yang berasal dari huruf dasar ini di sebut dalam Al-Quran termasuk AMANA, AMINA, AMANAT, IMAN, AMIN, MUKMIN.

Ianya berkait dengan KEPERCAYAAN.

Amanat adalah suatu kata nama, dalam English di panggil THE TRUST dan bermaksud KEPERCAYAAN.

Amanat ini adalah RUH yang ada dalam diri kita. Manusia sahaja yang sanggup MEMBAWA dan MEMIKUL (YAHMIL) AMANAT ini, iaitu RUH ini.

Dengan adanya RUH inilah baru boleh kita ini BERILMU dan BERIMAN.


4) Mengapakah RUH dalam diri kita ini menjadi AMANAT atau KEPERCAYAAN yang Allah beri kepada kita ?

Perhatikan ayat ini :

Al-Hasyr : 21

لَوْ أَنزَلْنَا هٰذَا الْقُرْءَانَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُۥ خٰشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثٰلُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

● Kalau sekiranya Kami turunkan AL-QURAN ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. ●

RUH menjadi AMANAT adalah kerana untuk MENERIMA dan MEMAHAMI ayat-ayat Al-Quran. RUH lah sahaja yang boleh MEMAHAMI isi kandung dan maksud Wahyu Allah.

Sebenarnya yang manusia pikul ini, iaitu RUH, adalah AMANAH yang sangat berat, di sebabkan UNTUK MENYINGKAPKAN DAN MEMAHAMI AL-QURAN - itu sebab Gunung-ganang, malah seluruh Langit dan Bumi pun takut untuk menerima AMANAT ini.

Az-Zukhruf : 43

فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِىٓ أُوحِىَ إِلَيْكَ ۖ إِنَّكَ عَلٰى صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

● Maka berpegang teguhlah kamu kepada yang telah DIWAHYUKAN (AUHIYA) kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. ●

Az-Zukhruf : 44

وَإِنَّهُۥ لَذِكْرٌ لَّكَ وَلِقَوْمِكَ ۖ وَسَوْفَ تُسْـَٔلُونَ

● Dan sesungguhnya (Al-Quran itu) pastinya adalah Peringatan untukmu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungan jawab / di tanya (TUS`ALUUN). 

5) Namun, di sebabkan Manusia sahaja yang sanggup menerima AMANAH ini, itu sebab manusia ini di Muliakan.

Manusia di muliakan sebaik sahaja ada RUH di dalam diri.

RUH lebih mulia dari Malaikat.

RUH lebih mulia dari Malaikat sebab Malaikat di perintah BERSUJUD kepada Adam, SETELAH HANYA sudah di NAFASKAN / TIUPKAN RUH.

Malaikat di perintah BERSUJUD kepada RUH itu.

Al-Hijr : 29

فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُوا لَهُۥ سٰجِدِينَ

● Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya RUH (dari)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan BERSUJUD (SAJIDIN). ●

Al-Hijr : 30

فَسَجَدَ الْمَلٰٓئِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ

● Maka BERSUJUDLAH (SAJADA) para MALAIKAT itu semuanya bersama-sama, ●


6) Siapakah yang Membawa atau Menurunkan atau Menyingkapkan WAHYU ALLAH atau AL-QURAN ?

Ianya adalah sejenis RUH.

Asy-Syura : 52

وَكَذٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِى مَا الْكِتٰبُ وَلَا الْإِيمٰنُ وَلٰكِن جَعَلْنٰهُ نُورًا نَّهْدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِىٓ إِلٰى صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

● Dan demikianlah Kami WAHYUKAN (AUHAINA) kepada KAMU (ILAIKA) RUH (RUHAN) dari AMR Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami bimbingi dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi bimbingan kepada jalan yang lurus. ●

Apa yang di Wahyukan kepada NABI kita adalah Al-Quran melalui Ar-Ruh.

Yang MEMBAWA AL-QURAN atau WAHYU ALLAH itu adalah AR-RUH.


7) Bilakah Al-Quran di turunkan ?

Al-Qadr : 3

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

● Malam KEKUASAAN (AL-QADR) itu lebih baik dari seribu bulan. ●

Karim bermaksud Mulia
Qadir bermaksud Berkuasa.
Al-Qadr lebih tepat kepada Kekuasaan.
Dalam English di sebut Power.

Al-Qadr : 4

تَنَزَّلُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

● Pada malam itu 'turun' (TANAZZALU) malaikat-malaikat dan RUH (AR-RUH) dengan izin Tuhannya dari (MIN) setiap AMR. ●

Lailatul Qadar atau Malam Kekuasaan inilah MALAM DI ANZAL KAN Wahyu Allah iaitu Al-Quran (NUZUL QURAN) dan malam in lebih baik dari seribu bulan, penuh turun nya Malaikat-malaikat dan Ar-Ruh.

Yang di bawa oleh RUH itu di iringi Malaikat-malaikat adalah Wahyu Allah.


8) RUH itu sendiri adalah sebahagian dari AMR atau Perintah atau Pelakasana Arahan Allah.

Al-Isra' : 85

وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

● Dan mereka bertanya kepadamu tentang AR-RUH. Katakanlah: "AR-RUH itu SEBAHAGIAN DARI / DARI (MIN) AMR Tuhan-ku (AR-RUHU MIN AMRIHI), dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit". ●

AMR Allah adalah Perintah atau Pelaksana Arahan Allah.

MIN bermaksud DARI atau SEBAHAGIAN DARI.

AR-RUH itu SEBAHAGIAN dari Perintah atau Pelaksana Perintah atau Arahan Allah.

Mengapa di katakan RUH adalah sebahagian dari AMR atau Perintah Allah ?

Sebab di dalam WAHYU ALLAH yang di bawa oleh AR-RUH itu terdapat ARAHAN dan PERINTAH ALLAH.


9) RUH TA'RUJU (kembali) menemui Allah dengan KELAJUAN 50 kali kelajuan CAHAYA. Begitu juga MALAIKAT.


Al-Ma'arij : 4

تَعْرُجُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

● Malaikat-malaikat dan RUH (AR-RUH) KEMBALI (TA'RUJU) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun. ●

1 hari = 50, 000 tahun adalah KADAR kelajuan.
1 hari kelajuan cahaya = 1000 tahun kehidupan atau kelajuan kita.


10) Di Akhirat, RUH berdiri bersaf-saf beserta MALAIKAT.


An-Naba' : 38

يَوْمَ يَقُومُ الرُّوحُ وَالْمَلٰٓئِكَةُ صَفًّا ۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمٰنُ وَقَالَ صَوَابًا

● Pada hari, ketika RUH-RUH (AR-RUH) dan para MALAIKAT berdiri bershaf-shaf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata yang benar. ●


11) Kepada siapa RUH yang Membawa Wahyu ini di turunkan / anzalkan ?

RUH pembawa wahyu Allah ini di TEMUKAN pada sesiapa yang Allah kehendaki sahaja.

Al-Mu'min : 15

رَفِيعُ الدَّرَجٰتِ ذُو الْعَرْشِ يُلْقِى الرُّوحَ مِنْ أَمْرِهِۦ عَلٰى مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ لِيُنذِرَ يَوْمَ التَّلَاقِ

● (Dialah) Yang Maha Tinggi derajat-Nya, Yang mempunyai 'Arsy, Yang MENEMUKAN (YULQI) RUH (AR-RUHA) dari AMR-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan. ●

Tidak semua manusia dapat bertemu RUH yang mewahyukan KALAM ALLAH ini, iaitu ianya hanya kepada Nabi-Nabi.


12) Apakah Nama Spesifik atau Gelaran kepada RUH yang membawa Wahyu ini ?

Ianya di gelar RUHUL QUDUS (Suci), RUHUL KARIM (Mulia) dan RUHUL AMIN (Dipercayai).

RUH ini juga bernama JIBRIL. Tugas UTAMA nya adalah  Meng 'anzal' kan Wahyu dan MENEGUHKAN orang Beriman.

Anzal bermaksud 'turun' atau Penyingkapan.

RUHUL QUDUS lah yang MEMBAWA atau MENYINGKAPKAN Wahyu Allah.

An-Nahl : 102

قُلْ نَزَّلَهُۥ رُوحُ الْقُدُسِ مِن رَّبِّكَ بِالْحَقِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَهُدًى وَبُشْرٰى لِلْمُسْلِمِينَ

● Katakanlah: "RUHUL QUDUS (Jibril) Me'nurun'kan / MENYINGKAPKAN (NAZZAL) (Quran) itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk MENEGUHKAN orang-orang yang telah BERIMAN, dan menjadi bimbingan serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (MUSLIMIN)". ●

Asy-Syu'ara' : 192

وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعٰلَمِينَ

● Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan (TANZILU) oleh Tuhan semesta alam, ●

Asy-Syu'ara' : 193

نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ

● diturunkan (NAZALA = revealed) oleh AR-RUH AL-AMIN (Jibril), ●

Al-Baqarah : 97

قُلْ مَن كَانَ عَدُوًّا لِّجِبْرِيلَ فَإِنَّهُۥ نَزَّلَهُۥ عَلٰى قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللَّهِ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًى وَبُشْرٰى لِلْمُؤْمِنِينَ

● Katakanlah: "Barang siapa yang menjadi MUSUH JIBRIL, maka JIBRIL itu telah me'nurun'kan / MENYINGKAPKAN (NAZZAL) (Al Quran) ke dalam qalbumu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi BIMBINGAN (HUDA) serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. ●

Yang di maksudkan dengan MUSUH adalah lawannya KAWAN. Jika kita ada kawan maka kita selalunya RAPAT. Namun kalau seseorang itu MUSUH kita, maka kita MENJAUHI.

Memusuhi JIBRIL adalah bermaksud MENJAUHKAN diri dari JIBRIL. Menjauhkan dari JIBRIL adalah menjauhkan diri dengan Wahyu Allah, sebab Jibril membawa wahyu.

Jibril adalah RUH yang kuat
(QUWWAH), juga Ruh yang MULIA (Ruhul Karim), juga RUH yang DiPERCAYAI (Ruhul Amin), yang MENYINGKAPKAN atau MENG 'ANZAL' kan Wahyu Allah kepada Nabi.

Dan JIBRIL atau RUH ini kena di Taati dan di suruh BERSUJUD MALAIKAT kepadanya.

At-Takwir : 19

إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ

● sesungguhnya dia (Al Quran) itu benar-benar PERKATAAN (QAULA) RASUL/UTUSAN yang MULIA (KARIM) ●

At-Takwir : 20

ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى الْعَرْشِ مَكِينٍ

● yang MEMPUNYAI KEKUATAN (ZI QUWWATIN), DI SISI (INDA) Yang MEMPUNYAI 'ARASY (Allah). ●

JIBRIL atau RUHUL QUDUS atau RUHUL KARIM ini mempunyai KEKUATAN (QUWWATIN).

Deduksinya, RUH yang ada di dalam jasad kita juga ada mempunyai kekuatan sebab dari jenis ciptaan Allah yang sama.

Deduksinya, RUH inilah Ciptaan Batin/AMR Allah yang bernama FORCE atau DAYA atau KEKUATAN atau POWER.

Manakala Malaikat adalah Ciptaan Batin/ AMR / Pelaksana Perintah Allah bernama TENAGA. 

(Sila baca -
http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2016/01/apa-itu-malaikat.html?m=1)

Sesuatu yang tidak ada RUH, maka tiada KEKUATAN maka tidak akan bertindakbalas dengan TENAGA di sekelilingnya, maka ia TIDAK BERGERAK dan inilah di katakan benda MATI.

'Kita' ini HIDUP bila ada RUH dalam Diri. Tiada RUH kita MATI.

---------
Smart Phone sekarang menerima pelbagai tenaga gelombang dan boleh memproses data / AMR / Command set menjadi tulisan, audio dan video. 

Namun, kalau takde BATTERY atau takde POWER, semua tak jalan dan tidak bertindakbalas dengan apa pun atau tak HIDUP, maka di katakan Handphone MATI.

F = ma

Force = Mass x Acceleration
Daya = Jisim x Kecepatan

P = VI

Power = Voltage x Current
Kuasa = Beza Keupayaan x Arus

E = mc^2

Energy = Mass x Speed of Light Square

Tenaga = Jisim x Kelajuan Cahaya Ganda 2

---------

At-Takwir : 21

مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ

● Seorang yang DITAATI /One to be Obeyed (MUT°AA'IN) lagi di PERCAYAI (AMIN). ●


----
Rasulullah bermaksud MESSENGER of Allah atau Pembawa MESEJ dari Allah atau UTUSAN dari Allah

Rasulullah jenis malaikat adalah UTUSAN dari Allah yang MEMBAWA AMR / Perintah / Arahan  / PELAKSANA ARAHAN ALLAH.

(Sila baca - http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2016/01/apa-itu-malaikat.html?m=1)

Rasulullah jenis manusia adalah PEMBAWA/PENYAMPAI MESEJ Allah.

APAKAH MESEJ itu ?

Mesej itu adalah Wahyu Allah.
Mesej itu adalah Al-Quran (Nabi kita ini).

-----

Lagi mengenai RUHUL QUDUS.

An-Najm : 2

مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوٰى

● kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. ●

An-Najm : 3

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوٰىٓ

● dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut HAWAnya. ●


An-Najm : 4

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحٰى

● Ucapannya itu tiada lain hanyalah WAHYU yang DIWAHYUKAN (YUUHAA). ●

An-Najm : 5

عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ الْقُوٰى

● yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang SANGAT KUAT (SYADIDUL QUWAA). ●

An-Najm : 6

ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوٰى

● yang MEMPUNYAI (ZU) MIRRAH (MASA); dan MENETAP (ISTAWA). ●

MIRRAH adalah berdasarkan dari 3 huruf dasar MIM RA RA dan sebanyak 35 kali perkataan dari huruf dasar ini ada dalam Al-Quran.

Bergantung kepada variasi perkataannya ia bermaksud Pergerakan, Berterusan / Continues, Passing by atau Melalui dan juga MASA.

Maka deduksinya MIRRAH adalah Perentas/Pelalu Masa.

Jibril adalah Perentas Masa kerana terlalu laju pergerakannya, iaitu berkelajuan 50 kali kelajuan cahaya.

An-Najm : 7

وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلٰى

● sedang dia berada di UFUQ (Horizon) yang TINGGI (`A'LA). ●

UFUQ itu dalam Englishnya adalah Horizon.

Horizon itu Batas.

Mari kita lihat kaitan dengan ayat ini :

At-Takwir : 20

ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى الْعَرْشِ مَكِينٍ

● yang MEMPUNYAI KEKUATAN (ZI QUWWATIN), DI SISI (INDA) Yang MEMPUNYAI 'ARASY (Allah). ●

Deduksinya JIBRIL atau RUHUL QUDUS ini ISTAWA di Event Horizon atau pada 'Arasy Allah. Sesuatu Kedudukan yang sangat hampir atau paling DEKAT dengan Allah.

---------- sedikit selingan --------
'Sedikit Penyingkapan'
'Sedikit Teguran'


Alangkah bagusnya jika ULAMA` Physics ini membaca Al-Quran dan mendapat Penyingkapan dari Wahyu Allah atau Ruh ini. 

Ini dia kebenaran 100% tanpa RAGU :

Al-Ma'arij : 3

مِّنَ اللَّهِ ذِى الْمَعَارِجِ

● dari Allah, Yang mempunyai TEMPAT-TEMPAT 'naik' / kembali (MA'ARIJ) ●

MA'ARIJ inilah WORMHOLES. 

Melalui Pintu-pintu atau DOORWAYS (ABWAB) dulu :

An-Naba' : 19

وَفُتِحَتِ السَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوٰبًا

● dan dibukalah LANGIT (AS-SAMA`), maka terdapatlah beberapa PINTU-PINTU/DOORWAYS (ABWAB). ●

Memang ada MA'ARIJ untuk RUH dan Malaikat MERENTAS MASA :

Al-Ma'arij : 4

تَعْرُجُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

● Malaikat-malaikat dan RUH TA'RUJU kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun. ●


Alangkah bagusnya jika so called ULAMA` 'AGAMA' pula, MENGKAJI Alam Semesta dan MEMAHAMI SAINS, Physics, Kimia, Biologi, Geografi, Engineering, Technology dan lain2 bidang Ilmu :- seperti di perintah Allah dan menjadi ULIL ALBAB:

Ali 'Imran : 190

إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَءَايٰتٍ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ

● Sesungguhnya dalam PENCIPTAAN LANGIT dan BUMI, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat TANDA-TANDA / EVIDENCES (AYATI) bagi orang-orang yang mempunyai (ULIL) ALBAB ●

Tanpa MEMERHATI dan MENGKAJI dan MEMAHAMI EVIDENCES (AYATINA), bagaimana boleh FAHAM kebenaran, maka bagaimana boleh di 'tauliahkan' sebagai "ULAMA`" dan bagaimana mungkin boleh BERIMAN?

Janganlah DENGKI dan sibuk berpuak-puak mengumpul pengikut dan menyalahkan SO CALLED ULAMA` 'AGAMA' yang lain = yang selalu bermain dengan TAKWILAN /Pendapat dan masing-masing mengikuti dan mengagungkan 'IMAM' / Ikutan masing2, SEDANGKAN :

IMAM kita sebenar adalah AL-QURAN, iaitu Wahyu Allah ini.

Al-Baqarah : 170

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَآ أَنزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَآ أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ ءَابَآءَنَآ ۗ أَوَلَوْ كَانَ ءَابَآؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْـًٔا وَلَا يَهْتَدُونَ

● Dan apabila dikatakan kepada mereka: "IKUTILAH (ITTABI'U) apa yang telah di 'turun' / ANZALA) kan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari 'ABA' ANA (TOK-TOK NENEK ATAU GURU-GURU KAMI)". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun ABA mereka (ABA AHUM) itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat BIMBINGAN (YAHTADUN) ?". ●

Allah tidak pernah MENGKATEGORI ULAMA 'AGAMA' atau ULAMA 'Dunia', melainkan mengatakan :

HANYA ULAMA` yang takut kepada Allah. (Fatir:28)

Ianya bermaksud SEGALA ILMU. Sekecil-kecil ILMU ke sebesar-besar ILMU, apa-apa BIDANG sekalipun, sebab AL-QURAN itu menceritakan/menerangkan (BAYAN) pasal ILMU secara TAFSIL atau DETAIL, meliputi setiap sesuatu (Kulli Syai'in).

Islam itu adalah DEEN. DEEN itu adalah cara melalui hidup atau cara hidup.

Dan DEEN yang di terima Allah adalah ISLAM iaitu Submission or Surrender to the Will of Allah. Serah diri kepada Perintah dan Kehendak Allah.

'Dari mana datang Istilah 'AGAMA' ini ?'
Apakah bahasa Arab pada 'Agama' ?
Ianya bukan DEEN.

ULAMA pula bermaksud Orang Yang "Berilmu".

----------- selingan habis --------

An-Najm : 8

ثُمَّ دَنَا فَتَدَلّٰى

● Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi. ●

An-Najm : 9

فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنٰى

● maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi). ●

An-Najm : 10

فَأَوْحٰىٓ إِلٰى عَبْدِهِۦ مَآ أَوْحٰى

● Lalu dia MEWAHYUKAN (AUHAA) kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah WAHYUKAN (AUHAA) ●

An-Najm : 11

مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأٰىٓ

● FUAD nya tidak MENDUSTAKAN (KAZABA) apa yang telah dilihatnya. ●

Kita di beri FUAD.


Dengan memahami ayat-ayat Al-Quran, kita mendapat RAHMAT dari Allah, yang bermaksud CONNECTION / HUBUNGAN kepada Allah.

(Sila baca -

http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2015/04/rahmat-3.html?m=1)

Ad-Dukhan : 5

أَمْرًا مِّنْ عِندِنَآ ۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

● (yaitu) AMR yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus RASUL-RASUL, ●

Ad-Dukhan : 6

رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

● sebagai RAHMAT dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, ●

RUH itulah RASUL dalam diri kita dan RAHMAT dari Allah kepada kita = setelah ianya DI SINGKAPKAN dengan MEMAHAMI ayat-ayat Allah iaitu Al-Quranul KARIM.

Dan ianya di Singkapkan oleh RUHUL KARIM.


13) Al-Quran itu di SINGKAPKAN di QALBU sebelum menjadi ILMU.

AYAT-ayat Al-Quran sememangnya berkait-kaitan. Mari kita lihat sekali lagi.

Sebelum sesiapa pun memahami Al-Quran, ia perlu di ANZAL kan kepada QALBU atau Alat Berfikir dan Merasa dalam diri kita. Qalbu lah berfikir dan MEMPROSES Wahyu Allah ini menjadikan kita FAHAM.


Al-Baqarah : 97

قُلْ مَن كَانَ عَدُوًّا لِّجِبْرِيلَ فَإِنَّهُۥ نَزَّلَهُۥ عَلٰى قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللَّهِ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًى وَبُشْرٰى لِلْمُؤْمِنِينَ

● Katakanlah: "Barang siapa yang menjadi MUSUH JIBRIL, maka JIBRIL itu telah me'nurun'kan / MENYINGKAPKAN (NAZZAL) (Al Quran) ke dalam QALBU ENGKAU (QALBIKA) dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi BIMBINGAN (HUDA) serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. ●

Asy-Syura : 52

وَكَذٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِى مَا الْكِتٰبُ وَلَا الْإِيمٰنُ وَلٰكِن جَعَلْنٰهُ نُورًا نَّهْدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِىٓ إِلٰى صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

● Dan demikianlah Kami WAHYUKAN (AUHAINA) kepada KAMU (ILAIKA) RUH (RUHAN) dari AMR Kami. Sebelumnya kamu TIDAKLAH MENGETAHUI apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang KAMI BIMBINGI DENGAN DIA siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi bimbingan kepada jalan yang lurus. ●

Sesudah FAHAM Wahyu Allah baru boleh kita di katakan Berilmu (Berpengetahuan) dan Beriman.

Maknanya tanpa PEMAHAMAN tentang Wahyu Allah, kita tidak akan Berilmu dan tidak akan Beriman.

Al-'Ankabut : 49

بَلْ هُوَ ءَايٰتٌۢ بَيِّنٰتٌ فِى صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايٰتِنَآ إِلَّا الظّٰلِمُونَ

● Sebenarnya, (Al Quran) itu adalah ayat-ayat yang TERANG/JELAS (BAYYINAT) di dalam SUDUR/MINDA orang-orang yang  DIBERI ILMU (UTUL 'ILMA). Dan tidak ada yang MENOLAK/REJECT (YAJHADU) ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. ●

Setelah di SINGKAPKAN Al-Quran, bermaksud MEMAHAMI ayat-ayat Al-Quran atau Wahyu Allah ini, barulah kita di katakan BERILMU. Dan ILMU ini di dalam SUDUR / MINDA.


14) Di manakah letaknya Al-Quran itu ?

a) Di LUH MAHFUZ.

Al-Buruj : 21

بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ

● Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al QURAN yang mulia, ●

Al-Buruj : 22

فِى لَوْحٍ مَّحْفُوظٍۭ

● dalam (FI) Lauh Mahfuzh. ●

Apa itu Luh Mahfuzh ?

Memori Minda yang TERPELIHARA.

(Baca - http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2015/04/beza-luh-mahfuz-dengan-al-quran.html?m=1)

b) Di dalam SUDUR/MINDA orang yang DI BERI ILMU.

Al-'Ankabut : 49

بَلْ هُوَ ءَايٰتٌۢ بَيِّنٰتٌ فِى صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايٰتِنَآ إِلَّا الظّٰلِمُونَ

● Sebenarnya, (Al Quran) itu adalah ayat-ayat yang TERANG/JELAS (BAYYINAT) di dalam SUDUR/MINDA orang-orang yang  DIBERI ILMU (UTUL 'ILMA). Dan tidak ada yang MENOLAK/REJECT (YAJHADU) ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. ●

Wahyu Allah atau Al-Quran itu TERANG atau JELAS dalam MINDA orang yang di beri ILMU.


15) Kita manusia sendiri di Perintah BERSUJUD kepada Al-Quran, Wahyu Allah ini :

Al-Insyiqaq : 21

وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ ۩

● dan apabila AL-QURAN dibacakan kepada mereka, mereka tidak BERSUJUD (YASJUDUN), ●

AL-QURAN adalah Wahyu Allah. Kita di suruh bersujud kepada Wahyu Allah ini.

(Perlu di fahamai beza BERSUJUD dengan A'BUDU.)

-----
Allah. Luas benar ILMU MU.

Iyya KA na'budu wa iyya KA nasta'in.

Hanya kepada Engkau kami mengabdi diri dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

Bezakan antara BERSUJUD dengan A'BUDU.
Ianya tidak sama.

Apabila di katakan Malaikat bersujud kepada Adam yang ada Ruh, atau kita kena bersujud kepada Al-Quran; ini tidaklah bermaksud Malaikat mengabdi diri kepada Ruh atau kita mengabdi-diri kepada Al-Quran.

Bersujud itu sub-set kepada A'BUDU.

Maksudnya sujud itu apa?

Taat dan Percaya.


At-Takwir : 21

مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ

● Seorang yang DITAATI /One to be Obeyed (MUT°AA'IN) lagi di PERCAYAI (AMIN). ●


16) Apakah binatang ada RUH di dalam diri mereka ?

Mari kita perhatikan ayat ini :

Al-An'am : 38

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى الْأَرْضِ وَلَا طٰٓئِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِى الْكِتٰبِ مِن شَىْءٍ ۚ ثُمَّ إِلٰى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

● Dan tiadalah binatang-binatang (DABBAH) yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan UMAT (UMAMUM) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan. ●

Mengapa di katakan binatang itu UMAT semisal dengan manusia ?

Sesungguhnya Diri Sebenar Diri kita itu bukan RUH. RUH itu adalah AMANAH kepada kita, juga RASUL atau UTUSAN ALLAH kepada kita yang menjadi RAHMAT atau Penghubung kepada Allah setelah kita MEMAHAMI ayat-ayat Al-Quran.

An-Nafs yang ada kepada manusia INILAH yang ada juga kepada semua DABBAH atau binatang melata dan juga burung-burung yang terbang di udara.

Itulah persamaan antara kita dengan binatang melata yang lain. Diri mereka dan Diri kita sebenar adalah An-Nafs.

An-Nafs dalam English di sebut SOUL.
RUH dalam English di sebut SPIRIT.

Animals have Souls.

Apakah binatang-binatang mempunyai RUH seperti manusia ?

Jelas TIDAK, di sebabkan mereka tidak akan FAHAM Wahyu Allah jika di sampaikan kepada mereka. Hanya RUH yang boleh MEMAHAMI Wahyu Allah.

Namun, binatang-binatang DABBAH ini tidak akan di adili di akhirat kelak kerana mereka tidak di amanahkan dengan RUH, dan mereka sentiasa Bertasbih kepada Allah :

Al-Isra' : 44

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوٰتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِۦ وَلٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

● Langit yang tujuh, bumi dan sesiapa (MAN) yang ada di dalamnya BERTASBIH kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. ●

An-Nur : 41

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صٰٓفّٰتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُۥ وَتَسْبِيحَهُۥ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌۢ بِمَا يَفْعَلُونَ

● Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih sesiapa (MAN) yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solatnya dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. ●


17) Apakah RUH itu mati ?

Yang mati atau wafat adalah An-Nafs.

Ali 'Imran : 185

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ إِلَّا مَتٰعُ الْغُرُورِ

● Tiap-tiap yang BERJIWA (NAFSIN) akan merasakan MATI (AL-MAUT). .. ●

Malaikat yang mewafatkan manusia :

Al-An'am : 61

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِۦ ۖ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتّٰىٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ

● Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang KEMATIAN (AL-MAUTU) kepada salah seorang di antara kamu, ia DIWAFATKAN (TAWAFFATHU) oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya. ●

RUH adalah lebih mulia dari Malaikat, maka tidak mungkin Malaikat boleh Mewafatkan RUH.


18) Kaitan RUH dan Angin dalam badan manusia.

Biologi + Fisik. Sains. Ianya suatu ILMU pemerhatian, ilmu eksperimen, kajian dan merumuskan berdasarkan semua itu. Seboleh-bolehnya mereka hanya berdeduksi. Jika mereka hanya BUAT DEDUKSI maka selalunya Kebenaran atau Fakta akan di jumpai.

Dalam jasad manusia ada JANTUNG.
Dalam English di sebut Heart.

Jantung kita berdegup dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh manusia, ke organ-organ badan yang lain. Yang MENGGERAKKAN DARAH ini adalah ANGIN.

Berdasarkan Pemerhatian Sains, di tengah-tengah Jantung kita ada RUANG VACUUM dan di sinilah letaknya DAYA ELEKTROMAGNET paling terkuat sekali dalam tubuh manusia. 'Kekuatan' inilah yang menghasilkan degupan jantung berbentuk ANGIN yang boleh mengalirkan Cairan darah ke seluruh tubuh manusia.

Orang yang berpenyakit Strok, bahagian tubuh yang terkena Strok menjadi BERAT dan SEJUK kerana tiada pengaliran darah juga ANGIN.

Bila kita sudah mati, seluruh tubuh menjadi sejuk dan lebih berat kerana tiada pengaliran darah dan juga Angin.

Angin lah yang menggerakkan darah.

Angin itu adalah dari RUH dalam jasad.

Tiada RUH, tiada Angin dalam badan.

19) Di mana ada RUH, di situ ada Malaikat ?

Di mana ada Power atau Force atau Daya, di situ ada Tenaga atau Energy.

Battery yang penuh meskipun tidak di sambungkan ke mana-mana litar elektrik tetap mempunyai tenaga yang tersimpan. Jika di sambungkan kepada litar, tenaga elektrik pasti mengalir di panggil arus elektrik.

Itu adalah Fakta Sains.

Berdasarkan ayat-ayat Allah, setiap kali Ar-RUH itu 'Turun' / Anzal, atau 'naik' / TA-RUJU, Malaikat-malaikat mesti bersamanya.


20) Bolehkah manusia melalui pintu-pintu Langit?

Al-A'raf : 40

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِـَٔايٰتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوٰبُ السَّمَآءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتّٰى يَلِجَ الْجَمَلُ فِى سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذٰلِكَ نَجْزِى الْمُجْرِمِينَ

● Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka PINTU-PINTU (ABWAB) LANGIT (AS-SAMA`) dan tidak (pula) mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan. ●

Al-Mu'min : 37

أَسْبٰبَ السَّمٰوٰتِ فَأَطَّلِعَ إِلٰىٓ إِلٰهِ مُوسٰى وَإِنِّى لَأَظُنُّهُۥ كٰذِبًا ۚ وَكَذٰلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ ۚ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِى تَبَابٍ

● (yaitu) JALAN-JALAN KE PINTU (ASBAAB) LANGIT (AS-SAMAWAT), supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta". .. ●

Al-Hijr : 14

وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَابًا مِّنَ السَّمَآءِ فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ

● Dan jika seandainya Kami MEMBUKAKAN (FATAHNA) kepada mereka satu PINTU (BABAN) dari LANGIT (AS-SAMA`), lalu mereka di selubungi (ZHALLU) di dalamnya  'naik' (YA'RUJUN) ●

Ar-Rahman : 33

يٰمَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطٰنٍ

● Hai jama'ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) PENJURU (AQT°AR) LANGIT dan BUMI, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan KUASA / AUTHORITY (SULT°AN) ●

Berikut adalah DOA yang Allah ajar kepada kita untuk mendapat AUTHORITY untuk menembus penjuru langit dan bumi :

Al-Isra' : 80

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِى مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّى مِن لَّدُنكَ سُلْطٰنًا نَّصِيرًا

● Dan katakanlah: "Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku DARI SISI ENGKAU (MIN-LADUNKA), KUASA / AUTHORITY (SULT°ANAN) yang menolong (NAS°IIRA) ●

RABBI ADKHILNI MUDKHOLA S°IDQI
WA AKHRIJNI MUKHROJA S°IDQI
WAJ'ALLI MILLADUNKA SULT°ANAN NAS°IIRA.

Siapakah SULT°AN atau AUTHORITY atau KUASA ini ?

Kita sudah memahami bahawa JIBRIL mempunyai KEKUATAN. Kita juga memahami bahawa yang paling DEKAT dengan Allah di sisiNYA adalah JIBRIL.

Berdasarkan banyak-banyak ayat-ayat Allah, saya berdeduksi (Allah lebih mengetahui) bahawa SULT°AN atau AUTHORITY yang berkuasa ini adalah JIBRIL, atau RUHUL QUDUS, ZU MIRRAH, Perentas MASA, Pembawa Wahyu ini yang boleh membawa kita Merentas Langit dan Bumi.

Tandanya kita sudah dapat SULT°AN adalah bila kita ini sudah MEMPUNYAI ALBAB (ULIL ALBAB) :

Ali 'Imran : 190

إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَءَايٰتٍ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ

● Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang MEMPUNYAI (ULIL) ALBAB
 ●

Ali 'Imran : 191

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلٰى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بٰطِلًا سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

● (yaitu) orang-orang yang MENGINGAT Allah sambil BERDIRI atau DUDUK atau dalam keadan BERBARING dan mereka MEMIKIRKAN tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. ●

Ulil Albab SENTIASA INGAT atau FOKUS kepada hanya ALLAH dan selalu mengkaji kejadian ALAM SEMESTA ciptaan Allah.

ALBAB adalah berdasarkan huruf dasar LAM BA BA.

Lubb adalah intipati sesuatu. Orang yang mempunyai Lubb adalah Orang Yang MEMAHAMI INTIPATI sesuatu.


21) Teleportation berdasarkan ILMU Physics itu adalah satu kemungkinan.

Berdasarkan Wahyu Allah, kebenaran Tanpa Ragu ianya SUDAH PERNAH berlaku makanya memang PASTI boleh berlaku.

An-Naml : 40

قَالَ الَّذِى عِندَهُۥ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتٰبِ أَنَا۠ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَءَاهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُۥ قَالَ هٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّى لِيَبْلُوَنِىٓ ءَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّى غَنِىٌّ كَرِيمٌ

● Berkatalah seorang yang di SISINYA (Sulaiman) yang BERILMU DARI AL-KITAB : "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". .. ●

Orang yang di sisi Sulaiman adalah orang yang rapat dengan Nabi Sulaiman. Temannya ini pastilah manusia yang BERILMU SETELAH MEMAHAMI isi kandung AL-KITAB, Wahyu Allah.

Sesungguhnya DEFINISI BERILMU sebenar adalah sesiapa sahaja yang paling MEMAHAMI apa sahaja Kalam atau Wahyu Allah.


22) Bagaimana di katakan RUHUL QUDUS MENGUATKAN orang beriman.

Al-Mujadilah : 22

لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ يُوَآدُّونَ مَنْ حَآدَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوْ كَانُوٓا ءَابَآءَهُمْ أَوْ أَبْنَآءَهُمْ أَوْ إِخْوٰنَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولٰٓئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ الْإِيمٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولٰٓئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ أَلَآ إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

● Kamu TIDAK AKAN MENDAPATI KAUM YANG BERIMAN KEPADA ALLAH dan Hari Akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan KEIMANAN manan dalam QALBU mereka dan MENGUATKAN mereka dengan RUH dari-Nya (RUHI MINHU). Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun redha terhadap-Nya. Mereka itulah golongan Allah (HIZBULLAH). Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah / golongan Allah itu adalah golongan yang beruntung. ●

Ayat ini nampak sangat biasa namun maksudnya sebenarnya sangat dalam.

Tandanya Orang yang Allah sudah TANAMKAN KEIMANAN dan MENGUATKAN mereka dengan RUHUL QUDUS ini adalah mereka tidak ada SEDIKIT PUN KASIH SAYANG kepada orang-orang yang menentang Allah dan Rasul, meskipun orang-orang itu adalah bapa, emak, dik beradik, anak mereka sendiri.

KEKUATAN yang datang dari RUHUL QUDUS itu iaitu pemahaman dan penghayatan AYAT-AYAT ALLAH telah mengatasi KASIH-SAYANG hubungan keluarga terdekat, jika mereka menjadi musuh Allah. Ianya sesuatu yang amat SUKAR di lakukan.

Bila kita sudah di Kuatkan oleh RUHUL QUDUS atau JIBRIL ini, kita sudah menjadi HIZBULLAH atau Golongan Allah. Inilah kemenangan Terbesar yang boleh di capai oleh sesiapa sahaja.

Hizbullah atau Golongan Allah inilah juga memiliki Jiwa yang Tenang (MUT°MA`INNAH) dan adalah hamba-hamba Allah berdasarkan kaitan dengan ayat-ayat ini  (Radhiatan-Mardhiah) :

Al-Fajr : 27

يٰٓأَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

● Hai jiwa (NAFS) yang tenang (MUT°MA`INNAH).

Al-Fajr : 28

ارْجِعِىٓ إِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

● Kembalilah kepada Tuhanmu dengan REDHA lagi DIREDHAI-Nya. ●

Al-Fajr : 29

فَادْخُلِى فِى عِبٰدِى

● Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku ('IBADI), ●

Al-Fajr : 30

وَادْخُلِى جَنَّتِى

● masuklah ke dalam syurga-Ku. ●

====
End

Bertasbihlah selalu dengan ayat-ayat Al-Quran, salah satunya :

Az-Zariyat : 58

إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

● Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh. ●

INNALLAHA HUWA-RRAZZAQU ZUL QUWWATIL MATIN.

=====
(Janganlah mengikut sahaja apa yang saya tulis, rujuklah juga kepada Ulil Albab yang lain, yang benar hanyalah KALAM ALLAH atau WAHYU ALLAH = itu yang kena ikut, setelah faham atau tersingkap).

====
Last :

Al-Isra' : 45

وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْءَانَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْءَاخِرَةِ حِجَابًا مَّسْتُورًا

● Dan apabila kamu MEMBACA (QARA`TA) AL-QURAN, niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu DINDING / BARRIER (HIJAB) yang tertutup, ●

====



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA