Langkau ke kandungan utama

Menyembuhkan Penyakit

Menyembuhkan Penyakit

(Date written : 15 Mar 2015)

Pengenalan

Dari dulu sampai sekarang inilah topik yang paling banyak manusia keliru dan pelbagai pendapat di keluarkan terutama dari Doktor, Bomoh, para Ustaz, orang tua-tua tak kira bangsa Melayu, Cina, India, Mat Salleh, Portugis dan sebagainya.

Orang beriman, yang pertama kena buat adalah merujuk kepada Ajaran Allah iaitu apa yang Allah wahyukan dalam Al-Quran.

Jenis-jenis Penyakit

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang di ketahui ada ubatnya dan banyak lagi penyakit yang Doktor mengatakan tak ada UBAT terutama Penyakit Kanser dan Aids.

Yang perlu kita paham dan menjadi berilmu dan mengkaji adalah cakap siapa yang pertama sekali kita nak dengar dan turuti ?

Ada atau tidak di dalam Al-Quran yang Allah mengajar kita tentang PENYEMBUHAN atau dalam Arabnya di panggil SYIFA`.

Mari kita teliti apa yang Allah firman di dalam Al-Quran.


Tentang AIR atau MA` 

Firman Allah :

Al-Anfal : 11

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِّنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّنَ السَّمَآءِ مَآءً لِّيُطَهِّرَكُم بِهِۦ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطٰنِ وَلِيَرْبِطَ عَلٰى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

● (Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu AIR (MA`) dari langit untuk MENSUCIKAN / MEMBERSIHKAN (TAHARAH) kamu dengan AIR itu dan MENGHILANGKAN dari kamu gangguan-gangguan SYAITAN dan untuk menguatkan QALBUmu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu). ●

----di bawah ini - tulisan orang lain ------

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -MINERAL-

Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.2. Meningkatkan kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari

7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

•   Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.

-----------
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.

------------------tamat - tulisan orang lain --------

=====
Jika di tadabbur ayat surah Al-Anfal ayat 11 berkali-kali -

AIR itu MEMBERSIHKAN yang luar; juga di DALAM BADAN kita.

=====
Ini deduksi dari saya : Khasiat MA` (Air Putih)

1) Membuang TOKSIN dari badan. Kalau hari2 tak buang air besar tu PROBLEM. Sebab Toksik dari badan TAK KELUAR. ITU tanda KURANG MINUM AIR PUTIH.

2) Menambah SEL-SEL baru.

3) Menambah TENAGA.

4) Meneutralize Makanan kita yang BERASID.

5) Membawa Toksik dari saluran DARAH ke TEMPAT Buangan - Buang Air Besar atau Kecil.

6) MEMBERSIHKAN saluran DARAH.

=====

Mari kita tadabbur lagi firman Allah tentang MA` :

An-Nahl : 10

هُوَ الَّذِىٓ أَنزَلَ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً ۖ لَّكُم مِّنْهُ شَرَابٌ وَمِنْهُ شَجَرٌ فِيهِ تُسِيمُونَ

● Dialah, Yang telah MENGANZALKAN AIR (MA`) dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. ●

An-Nahl : 11

يُنۢبِتُ لَكُم بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالْأَعْنٰبَ وَمِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

● Dia MENUMBUHKAN bagi kamu dengan AIR  itu tanam-tanaman; ZAITUN, KURMA, ANGGUR dan segala macam THAMARAT (Hasil Tumbuh-tumbuhan). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. ●

Al-Anbiya : 30

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوٓا أَنَّ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنٰهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

● Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. DAN DARI AIR (MA`) KAMI JADIKAN SEGALA SESUATU (KULLI SYAI'IN) YANG HIDUP (HAYYI). Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? ●

Sesungguhnya AIR adalah SUMBER KEHIDUPAN segala sesuatu yang HIDUP. Dari AIR, TUMBUHAN hidup menghasilkan THAMARAT dan dari TUMBUHAN, binatang TERNAK MAKAN dan kita makan binatang TERNAK tersebut. Kita juga MINUM AIR (MA`) tersebut.

Telah jelas FIRMAN ALLAH. Penyembuhan Penyakit bermula dengan MINUM benda yang memberi kita HIDUP iaitu AIR PUTIH yang di ANZALKAN (diturunkan) dari Alam Tinggi.

Bukan sahaja AIR itu membersihkan Fizikal luaran kita, ianya juga membersihkan DALAM BADAN kita iaitu Saluran Darah, membuang TOKSIN dalam badan.

AIR juga MENGHILANGKAN GANGGUAN SYAITAN.

AIR juga MENGUATKAN QALBU kita.

AIR juga MENGUATKAN TELAPAK KAKI kita.

=====
Minumlah Air Putih Mengikut sukatan badan fizikal masing-masing. Pada Android App dah ada App boleh download free. Macam saya berat 65 kg kena minum 2450 mL.

Ianya (AIR PUTIH) adalah pemberian Allah kepada kita.

Dan ianya adalah NOMBOR 1 dalam senarai Penyembuhan Penyakit mengikut DEDUKSI saya dari Al-Quran.

=====

Tentang MADU

MADU datangnya dari perut seekor binatang serangga bernama LEBAH atau dalam Arabnya di sebut AN-NAHL. Ada satu surah menceritakan tentang LEBAH ini maka mesti ada KEISTIMEWAAN yang Allah nak mengajar kita.

Firman Allah :

An-Nahl : 68

وَأَوْحٰى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِى مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

● Dan Tuhanmu mewahyukan kepada LEBAH : "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia", ●

An-Nahl : 69

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

● kemudian makanlah dari TIAP-TIAP (KULLI) buah-buahan / hasil tumbuh-tumbuhan (THAMARAT) dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari PERUT LEBAH itu ke luar MINUMAN  (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat UBAT yang MENYEMBUHKAN (SYIFA`) bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. ●

Perlu di ketahui berdasarkan ayat Allah di atas  - sangatlah besar RAHMAT dan BIMBINGAN ALLAH yang mengajar kita.

Lebah telah di wahyukan oleh Allah untuk memakan segala macam atau setiap jenis THAMARAT (buah-buahan atau produk atau hasil tumbuh-tumbuhan).

Berdasarkan ayat Allah yang lain, kita manusia juga selalu di suruh Allah untuk memakan THAMARAT ini :

Al-An'am : 141

وَهُوَ الَّذِىٓ أَنشَأَ جَنّٰتٍ مَّعْرُوشٰتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشٰتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُۥ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشٰبِهًا وَغَيْرَ مُتَشٰبِهٍ ۚ كُلُوا مِن ثَمَرِهِۦٓ إِذَآ أَثْمَرَ وَءَاتُوا حَقَّهُۥ يَوْمَ حَصَادِهِۦ ۖ وَلَا تُسْرِفُوٓا ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

● Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari BUAH (HASIL / THAMARAT) NYA (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. ●

Namun, ada manusia yang tidak makan (atau kurang makan) hasil tumbuhan (sayur, buah, akar, daun dan sebagainya).

Allah wahyukan kepada LEBAH untuk memakan dari setiap THAMARAT dan di dalam perutnya terkumpul MINUMAN yang menjadi PENYEMBUH atau SYIFA` kepada manusia.

Ini bermakna jika kita kurang makan hasil tumbuhan sepertu buah-buahan dan sayuran, bijiran dalam pemakanan kita - PASTIKAN kita sentiasa memakan MADU LEBAH.

Allah berfirman Dalam PERUT LEBAH itu yang asalnya dari THAMARAT adalah UBAT untuk MANUSIA (AN-NAS).

Kepada perkataan siapa lagi kita hendak BERIMAN ?

Silalah baca dari sumber lain untuk mengetahui khasiat MADU Lebah (terlalu banyak).

Perlu juga di ketahui, di dalam perut lebah juga ada BISA LEBAH. Dan harganya MASA KINI di jual lebih mahal dari emas. Ianya mahal sebab manusia sedar, BISA LEBAH itu sangat efektif dalam MENYEMBUHKAN PENYAKIT. Itu sebab Teknik Perubatan Memakai Sengat Lebah sudah beribu tahun di amalkan - cuma di Malaysia baru di kenali.

Tentang Ayat Al-Quran

Firman Allah :

Yunus : 57

يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PENYEMBUH (SYIFA`) bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan BIMBINGAN serta RAHMAT bagi orang-orang yang beriman. ●

Al-Isra' : 82

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

● Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi PENYEMBUH (SYIFA`) dan RAHMAT bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. ●


Ayat-ayat Al-Quran sendiri adalah SYIFA` atau PENYEMBUH kepada manusia.

Ramai manusia SAKIT kerana TERTEKAN atau STRESS dalam hidup. Emosi yang tidal terkawal. Banyak KHUATIR dan BIMBANG, dan BERSEDIH. Ini semua menyebabkan PENYAKIT JIWA atau NAFS dan MEMANG ADA KESAN YANG TERUS kepada JASAD Basyar kita. Berapa ramai orang STRESS kena HEART-ATTACK atau Serangan Jantung.

Maka dengan MEMBACA dan MEMAHAMI dan Mengamalkan SURUHAN AL-Quran, JIWA atau NAFS kita menjadi TENANG dan dengan BERIMAN dan BERAMAL SOLEH berdasarkan Ayat-ayat Al-Quran, kita boleh mendapat " Tiada Khuatir dan Tiada Bersedih Hati". Maka Penyakit pun boleh SEMBUH.

Firman Allah :

Al-An'am : 48

وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ ۖ فَمَنْ ءَامَنَ وَأَصْلَحَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

● Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberikan kabar gembira dan memberi peringatan. Barangsiapa yang BERIMAN dan mengadakan PENAMBAHBAIKAN / PERBAIKI (ASLAHA), maka tak ada KEKHUATIRAN terhadap mereka dan tidak pula mereka BERSEDIH HATI. ●


Silalah baca selanjutnya di http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/08/kalam-allah-paling-efektif.html?m=1


Allah Yang Menyembuhkan

Firman Allah :

Asy-Syu'ara' : 80

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

● dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, ●

WA IZA MARIDHTU FAHUWA YASHFIIN.

Ayat di atas adalah kata- kata Rasul Nabi Ibrahim. Ianya suatu DOA PENUH BERTAWAKAL dan PEMAHAMAN JITU seorang Hamba Allah yang Mengenali ALLAH Yang Esa dan Hanya Dia Yang Menyembuhkan.

Kesimpulan.

1) AIR PUTIH membersihkan dan menyucikan saluran darah, usus kita dan sebagainya dan menambahkan sel badan dan tenaga dan membuang TOKSIN dalam badan dan menghalang gangguan SYAITAN. Pastikan kita minum Air Putih sesuai dengan berat badan. Selalunya manusia kurang minum Air Putih maka TOKSIN dalam budan tidak dapat di buang.

2) MINUM MADU LEBAH setiap hari. Jika ada penyakit kronik boleh teruskan usaha dengan membuat Terapi Sengat Bisa Lebah.

3) Bacalah Ayat Al-Quran. Ayat Al-Quran itu sendiri adalah Penyembuh iaitu ia dapat mengurangkan STRESS sebab dengan MEMBACA dan MEMAHAMI AL-quran, dan Beriman dan menjadi ISLAM (submit to the Will of Allah) dan MEMPERBAIKI ILMU, AMAL dan PERBUATAN kita (AMAL SOLEH/PERBAIKI) - kita mendapat "tiada khuatir dan tiada sedih hati" - maknanya HIDUP tanpa STRESS.

4) Berdoalah kepada Allah menggunakan Kalimat Allah sendiri.

WA IZA MARIDHTU FAHUWA YASHFIIN.

=====
End

Allah Ash-Syafi`.

=====







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA