Langkau ke kandungan utama

Persoalan Halal dan Haram

Persoalan Halal dan Haram

(Date written : 1 Mar 2015)

Intro
====

Terdapat ramai para Ustaz atau yang merasakan diri Ulama, TELAH dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan HUKUM berdasarkan PENDAPAT sendiri tanpa ada DALIL yang kukuh dari Al-Quran atau Hadith dari Allah.

Gejala ini memang sudah lama ada, NAMUN ianya semakin RANCAK di dunia tiada sempadan Maklumat ini - di mana setiap ceramah Para Uztaz boleh di sampaikan kepada dunia melalui Internet.

Persoalan Utama - adakah ada HAK, sesiapa pun yang MERASAKAN diri berilmu, MENGELUARKAN atau MENETAPKAN HUKUM ?

======

Berikut adalah satu post yang terdapat :

CALIT AIR LIUR LETAK DIMUKE ORANG... ORANG MARAH DOK ? Ustaz Azhar Idrus Kata :Ramai orang dah jadi tabiat bila nak membelek Quran, dia jilat jari biar basah guna air liur, pastu dia belek Quran. Hukumnya HARAM mengenakan air liur pada Quran. Walaupun air liur tu bukan najis tetapi ia sesuatu yang kotor, jijik. Ce mung jilat jari mung pastu calit ke muke orang. Die maroh dop? Marah lah. Itu tanda air liur itu kotor. Mana boleh kenakan benda yang kotor pada Quran. Nanti ada orang kata, "Habis tu nak belek muka surat Quran licin nak buat macam mana ustaz?"Gunalah air paip! Letak dalam cawan kat sebelahmung. Dh tahu doh mu nk bace banyok mlm ni ambik dua baldi letok tepi mung, apa susoh!" Nak buat macamana ustaz, dulu saya tak tau, ingatkan tak apa." Dah  tahu la sebab tak mari dengor org ngajar. Dop mari ngaji. Dah tau ni, istighfarlah banyak-banyak, pohon keampunan dari Allah.Wallahua’lam...sharing is jariah...😅😅😅

=======

=======

Mengapa la sekarang the so called Ustaz selalu suka MENGELUARKAN PENDAPAT yang tidak berlandaskan Quran dan Hadis dari Allah.
Dan berani MELETAKKAN HUKUM tanpa Dalil yang sah ?

Selagi sesuatu PERKARA bukan Ijmak - jangan sampaikan, sebarkan dan jangan ikut sama bersetuju dengan sesuatu HUKUM. Ini mungkin PENDAPAT atau satu INDUCED INTERPRETATION seorang Ustaz semata-mata.

Sama-sama lah Bertanya kepada Ustaz yang lain.

Air liur itu Jijik dan Kotor ?

Allah Maha Bijaksana takkan letak dalam mulut kita ALL THE TIME.

Berani MENGELUARKAN HUKUM tanpa DALIL ?

Di hadapan Allah SIAPA PUN AKAN bertanggung-jawab.

Do not become FOLLOWER tanpa Ilmu.

I am sorry Ustaz.

Sedari kecil saya duduk di Surau punya ramai para USTAZ sendiri SAYA SAKSIKAN melakukan PERBUATAN tersebut. Tiada SIAPA mengatakan HARAM sehingga Umur saya 46 tahun.

Zakir Naik - "If I talk WITHOUT any reference to Quran or Hadis - throw what I say to the Wall."

Azhar Idrus sendiri - "Tiada Ijmak Atau Tiada Hadis yang kukuh mengatakan Main Gitar HARAM".


======

An-Nahl : 116

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هٰذَا حَلٰلٌ وَهٰذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

=====

Definasi ULAMA = Takut kepada Allah.

Halal atau Haram adalah KENTENTUAN dan Hak Mutlak DIA.

Di sampaikan melalui Al-Quran dan Hadith dari Allah melalui Rasul Nabi Muhammad.

Tiada SIAPA boleh MEMUTUSKAN ini halal ini haram tanpa BERLANDASKAN DALIL QURAN atau Ahsanal Hadith.

ULAMA yang KITA SEMUA kena Jadi dan bukan milik PARA USTAZ :- TAKUT KEPADA ALLAH dan hanya MENERIMA (dan menyampaikan) HUKUM HALAL dan HARAM D A R I Allah dan Rasul dan bukan "mengeluarkan HUKUM" dan merasa BANGGA dengan dengan APA yang dia TAKWILKAN.

Bersiap-sedialah menghadapi Allah di kemudian hari.

======

Mari kita Renungi lagi FIRMAN ALLAH :

An-Nahl : 116

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هٰذَا حَلٰلٌ وَهٰذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

● Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara DUSTA (KAZIBA) "ini halal dan ini haram", untuk MENGADA-ADAKAN (TAFTARU) PENDUSTAAN (KAZIBA) terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang MENGADA-ADAKAN (YAFTARU) PENDUSTAAN (KAZIBA) terhadap Allah tiadalah beruntung. ●


An-Nahl : 117

مَتٰعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

● (Itu adalah) kesenangan yang sedikit, dan bagi mereka AZAB YANG PEDIH. ●

Hud : 18

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرٰى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا ۚ أُولٰٓئِكَ يُعْرَضُونَ عَلٰى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهٰدُ هٰٓؤُلَآءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلٰى رَبِّهِمْ ۚ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظّٰلِمِينَ

● Dan siapakah yang lebih ZALIM daripada orang yang membuat-buat DUSTA (KAZIBA) terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah BERDUSTA (KAZABU) terhadap Tuhan mereka". Ingatlah, kutukan (LAKNAT) Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim, ●

Hud : 19

الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْءَاخِرَةِ هُمْ كٰفِرُونَ

● (yaitu) orang-orang yang menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan menghendaki (supaya) jalan itu bengkok. Dan mereka itulah orang-orang yang tidak percaya akan adanya hari akhirat. ●

Hud : 20

أُولٰٓئِكَ لَمْ يَكُونُوا مُعْجِزِينَ فِى الْأَرْضِ وَمَا كَانَ لَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَآءَ ۘ يُضٰعَفُ لَهُمُ الْعَذَابُ ۚ مَا كَانُوا يَسْتَطِيعُونَ السَّمْعَ وَمَا كَانُوا يُبْصِرُونَ

● Orang-orang itu tidak mampu menghalang-halangi Allah untuk (mengazab mereka) di bumi ini, dan sekali-kali tidak adalah bagi mereka penolong selain Allah. Siksaan itu DILIPAT GANDAKAN kepada mereka. Mereka selalu tidak dapat mendengar dan mereka selalu tidak dapat melihat. ●

Hud : 21

أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوٓا أَنفُسَهُمْ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ

● Mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dan lenyaplah dari mereka apa yang selalu mereka ADA-ADAKAN (YAFTARUN). ●

Hud : 22

لَا جَرَمَ أَنَّهُمْ فِى الْءَاخِرَةِ هُمُ الْأَخْسَرُونَ

● Pasti mereka itu di akhirat menjadi orang-orang yang paling merugi. ●

======

Olahan dan Kesimpulan

1)  Sesiapa pun yang BERANI menetapkan HUKUM - ini HALAL atau Itu HARAM tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadith dari Allah - sesungguhnya Orang-orang ni TERUTAMA para Ustaz dan yang merasakan dirinya ULAMA adalah Digolongkan Sebagai MENGADA-ADAKAN (YAFTARU) KAZIBA (PENDUSTAAN) terhadap Allah.

2) Ini adalah di sebabkan penetapan HUKUM HALAL atau HARAM adalah HAK MUTLAK ALLAH RABBUL JALIL. Tiada siapa yang boleh PANDAI-PANDAI mengeluarkan PENDAPAT Sendiri dengan MELETAKKAN HUKUM.

3) Yang sepatutnya BERLAKU adalah kita semua KENA dan WAJIB jadi ULAMA dan Takut kepada Allah dan MENGIKUT 100% apa isi KITAB yang di sampaikan melalui RASUL. Dan jika menyampaikan, HANYA menyampaikan (BALAGH) dan menerangkan (BAYAN) apa HUKUM-HAKAM yang sudah DI TETAPKAN dan berdasarkan hanya DEDUKSI iaitu Merumuskan kaitan kebenaran dari Ayat-ayat Allah dan bukan INDUKSI, iaitu Mengeluarkan Pendapat tanpa meliputi kaitan kebenaran dari Ayat-ayat Allah.

4) Jika ada SESIAPA SAHAJA termasuk konon ULAMA BESAR yang BOLEH Mengeluarkan HUKUM - maka itu adalah Orang Paling Zalim, Orang Yang Megada-adakan Pendustaan, akan di timpa Azab yang Pedih, akan di LAKNAT ALLAH, akan lenyap apa yang mereka ada-adakan dan mereka di akhirat akan jadi orang yang Paling Rugi (bukan saya kata).

5) Perkara ini adalah sesuatu yang amat BESAR dan BOLEH MENDATANGKAN SYIRIK - iaitu MERASAKAN dirinya ADA KUASA sama seperti Allah untuk meletakkan HUKUM.

======
Bertaubatlah.

Yang selalu menyampaikan dan menyebarkan sesuatu HUKUM selain dari HUKUM ALLAH kerana JAHIL juga kena Faham dan juga Bertaubat.

Telah jelas Firman Allah.

======
End.

Allah Al-Hakim.


======



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA