Langkau ke kandungan utama

Beza Luh Mahfuz dan Al-Quran (3)

Beza Luh Mahfuz dan Al-Quran (3)

(Date written : 25 April 2015)
(Last update : 26 April 2015)

1) Pengajaran dari Kisah Musa dan Khidir dan Kisah Sulaiman dan Asif Barkhiya.

Sesungguhnya 2 kisah yang di ceritakan dalam Al-Quran ini mempunyai pengajaran yang sangat besar kepada kita :

a) Nabi adalah penerima Kitab Wahyu.

b) Kitab-kitab Wahyu ada 4 iaitu Zabur kepada Nabi Daud dan Sulaiman, Taurat kepada Nabi Musa dan Harun, Injil kepada Nabi Isa dan Al-Quran kepada Nabi Muhammad.

c) Orang yang mendapat ILMU dari Al-Kitab atau Ilmu dari sisi Allah adalah keterangan yang sama sebab semua PENGETAHUAN atau ILMU Allah ada dalam Al-Kitab atau Ummul Kitab atau Kitab Induk.

d) Orang yang di beri Kitab Wahyu Allah tidak semestinya mendapat atau di beri ILMU dari Al-Kitab - contoh Nabi Musa dan Nabi Sulaiman. Ada orang lain yang di beri ILMU yang lebih dari mereka.

Al-Kahf : 66

قَالَ لَهُۥ مُوسٰى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلٰىٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

● Musa berkata kepada Khidhr: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" ●

=====

2) Apa itu SUDUR ? Ada apa dalam SUDUR ?

SUDUR adalah MINDA kita.

a) Di dalam SUDUR ada QALBU = Tukang Proses Data atau Informasi dan Membuat Pertimbangan/Judgment dan Keputusan.

b) Di dalam SUDUR kita juga ada MEMORI.
Di dalam MEMORI ada 2 jenis DATA :

i) Satu jenis adalah DATA PROGRAM (Operating System dan Application Software).

Inilah maksudnya ayat berikut :

Al-Isra' : 13

وَكُلَّ إِنسٰنٍ أَلْزَمْنٰهُ طٰٓئِرَهُۥ فِى عُنُقِهِۦ ۖ وَنُخْرِجُ لَهُۥ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ كِتٰبًا يَلْقٰىهُ مَنشُورًا

● Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami PASANG NASIBnya (AL-ZAMNAHU) (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. ... ●

ii) Satu jenis lagi adalah DATA Input atau Output tentang apa yang telah berlaku, samada yang kita dengar, lihat dan rasa (INPUTS) atau yang kita cakap, tangan dan kaki kita melangkah dan buat (OUTPUTS).

Inilah pula maksud ayat berikut dari ayat yang sama :

Al-Isra' : 13

وَكُلَّ إِنسٰنٍ أَلْزَمْنٰهُ طٰٓئِرَهُۥ فِى عُنُقِهِۦ ۖ وَنُخْرِجُ لَهُۥ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ كِتٰبًا يَلْقٰىهُ مَنشُورًا

● ... Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah KITAB yang dijumpainya terbuka. ●

Kitab yang di jumpai terbuka yang di sebut oleh ayat Al-Isra`: 13 di atas adalah APA sahaja yang kita BUAT itu di TULIS di dalam Al-Kitab namun di extract menjadi ILLIYIN atau SIJJIN :

Al-Tatfif : 7

كَلَّآ إِنَّ كِتٰبَ الْفُجَّارِ لَفِى سِجِّينٍ

● Sekali-kali tidak, kerana sesungguhnya KITAB orang yang durhaka tersimpan dalam SIJJIN. ●

Al-Tatfif : 8

وَمَآ أَدْرٰىكَ مَا سِجِّينٌ

● Tahukah kamu apakah sijjin itu? ●

Al-Tatfif : 9

كِتٰبٌ مَّرْقُومٌ

● (Ianya ialah) KITAB yang bertulis. ●

-----

Al-Tatfif : 18

كَلَّآ إِنَّ كِتٰبَ الْأَبْرَارِ لَفِى عِلِّيِّينَ

● Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam 'ILLIYYIN. ●

Al-Tatfif : 19

وَمَآ أَدْرٰىكَ مَا عِلِّيُّونَ

● Tahukah kamu apakah 'Illiyyin itu? ●

Al-Tatfif : 20

كِتٰبٌ مَّرْقُومٌ

● (Ianya ialah) KITAB yang bertulis, ●

-------

QALBU atau Alat Proses Data kita atau Alat FIKIR kita atau Alat Buat Keputusan kita akan bertindak berdasarkan Data Program yang SUDAH DI DOWNLOAD kepada MINDA kita (AL-ZAMNAHU) dan juga Data dalam Memori yang sudah di buat atau sudah ada pengalaman yang membentuk persepsi Diri.

Apa sahaja yang DI BUAT - di tulis KEMBALI dalam Al-Kitab.

=====

3) Kajian Sains tentang MINDA.

Terbahagi 3 :

a) Minda SEDAR (CONCIUS)

Minda Sedar adalah keadaan kita sedar tentang apa yang terjadi di sekeliling kita MASA SEKARANG. Maksudnya kita dapat dengar apa orang kata dan kita dapat lihat apa keadaan di hadapan kita atau apa yang kita  pandang dan juga kita dapat rasa - sentuhan atau kita dapat RASA yang di dalam diri - iaitu FEELING - teruja, gembira, sedih, bengang dan sebagainya. Dengan Minda Sedarlah kita membuat pertimbangan dan keputusan untuk buat apa sekarang.

b) Minda SEPARA SEDAR (SUBCONCIUS)

Minda Separa Sedar adalah keadaan di mana kita berada dalam keadaan Sedar setengah dan tidak berapa sedar setengah. Kita dalam keadaan mencari data dalam memori berbentuk informasi  tentang apa yang sudah terjadi di masa lampau yang telah membentuk Persepsi kita. Persepsi kita adalah apa yang kita faham berdasarkan pengalaman kita tentang masa lalu. Persepsi itulah apa yang kita percayai benar. Juga kita dalam keadaan melayan apa yang kita plan nak buat berdasarkan persepsi kita - penuh dalam Minda Separa Sedar kita melayani segala If-then-else apa dan bila kita nak buat sekian itu atau sekian ini.

Contoh Minda Separa Sedar berlaku adalah tatkala kita membawa kereta ke tempat kerja sedangkan Minda kita sedang mengelamun melayan LINTASAN FIKIRAN yang pelbagai - namun tangan dan kaki kita dengan sendiri membawa kereta dengan selamat sampai tempat parking di ofis kita bekerja.

c) Minda TIDAK SEDAR (UNCONCIUS)

Inilah MINDA yang kita tak dapat akses data atau informasi nya melainkan dengan Izin Allah.

4) Apa itu FOKUS atau Tumpu Perhatian ?

FOKUS atau TUMPU Perhatian adalah MEMFOKUSKAN QALBU kepada SESUATU yang PENTING Atau UTAMA yang perlu kita buat sekarang. Fokus atau TUMPU PERHATIAN di panggil INGAT atau ZIKIR. Ianya adalah proses mencari informasi dari MEMORI dan membawa informasi dari Minda Separa Sedar kepada Minda Sedar Dan BERTINDAK dalam keadaan SEDAR tentang hanya satu perkara sahaja dalam satu masa.

Inilah yang perlu kita selalu buat. Kontrol Fikiran kita untuk memfokuskan kepada hanya satu perkara yang kita nak buat dalam sesuatu masa.

Dan proses MEMFOKUS PERHATIAN atau TUMPUAN adalah dengan kita menganalisa PRIORITI tugas atau kerja kita.

Dalam apa2 kerja pun yang kita buat, perlulah kita bertanya dan faham -

a) Siapakah yang lebih utama selain Allah ?

Al-Insyirah : 8

وَإِلٰى رَبِّكَ فَارْغَب

● dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu TUMPU PERHATIAN. ●

b) Untuk apa kita buat semua tugasan atau kerja itu ?

Al-An'am : 162

قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ

● Katakanlah: sesungguhnya solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. ●

Apa pula GHAFLAH atau LALAI atau TAK TUMPU PERHATIAN ?

Inilah lawan kepada INGAT. Inilah kerja SYAITAN yang sentiasa MEMBISIK di MINDA (SUDUR) kita tentang DATA-DATA atau INFORMASI yang TIDAK Penting, tidak utama, atau untuk selain Allah.

An-Nas : 4

مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ

● Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, ●

An-Nas : 5

الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ النَّاسِ

● yang membisikkan (kejahatan) ke dalam MINDA (S°UDUR) manusia, ●

An-Nas : 6

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

● dari (golongan) jin dan manusia. ●

Maka kerja yang SENTIASA kita kena BUAT adalah FOKUS atau TUMPU PERHATIAN kepada yang SATU.

5) Apa itu MINDA ALAM SEMESTA ?

MINDA ALAM SEMESTA itu tidaklah di sebut secara mutlak di dalam Al-Quran. Namun, secara deduksinya MINDA ALAM SEMESTA ini WUJUD untuk MELETAKKAN UMMUL KITAB di dalamnya.

Itulah AL-KITAB atau UMMUL KITAB yang di dalamnya terdapat SEGALA ILMU ALLAH.

Minda Alam Semesta ada kaitan dengan Minda kita, semua manusia. Minda kita semua adalah Sebahagian dari Minda Alam Semesta.

Ia juga bermaksud Minda kita semua manusia adalah INTERCONNECTED atau saling berkait dan sebenarnya seluruh MINDA kita manusia semuanya adalah MINDA YANG SATU!

Sebab kita semua mempunyai KITAB yang SATU atau THE KITAB atau AL-KITAB.

Dan Al-Kitab ini berada di dalam MINDA yang satu ini dan inilah yang di katakan LUH MAHFUZ (Tempat Simpan Data atau Informasi yang Sangat Terpelihara).

Ta Ha : 98

إِنَّمَآ إِلٰهُكُمُ اللَّهُ الَّذِى لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ وَسِعَ كُلَّ شَىْءٍ عِلْمًا

● Sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Allah, yang tidak ada Tuhan selain Dia. PENGETAHUAN-Nya MELIPUTI SEGALA SESUATU". ●

Al-Hajj : 70

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ ۗ إِنَّ ذٰلِكَ فِى كِتٰبٍ ۚ إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

● Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah MENGETAHUI apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahawasanya yang demikian itu terdapat DALAM sebuah KITAB (dalam LAUH MAHFUZ). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah. ●

Dua ayat di atas adalah BUKTI,  SEMUA ILMU ALLAH berada DALAM AL-KITAB. Dan AL-KITAB itu berada di LUH MAHFUZ. Dan LUH MAHFUZ itu adalah MINDA ALAM SEMESTA yang MELIPUTI seluruh ALAM.

Lagi banyak kita boleh atau di beri izin untuk AKSES MINDA ALAM SEMESTA ini, lebih banyak kita DI BERI ILMU atau di beri FAHAM.

Untuk mengakses Informasi ini, kita memerlukan CONNECTION atau PENGHUBUNG = inilah sebenarnya Rahmat Allah.

Perhatikan :

Al-Kahf : 65

فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَآ ءَاتَيْنٰهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

● Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya RAHMAT DARI SISI KAMI, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ILMU DARI SISI KAMI ●

6) Siapakah yang di katakan PENERIMA atau RECEIVERS ? Apa tugas mereka ? Apa kaitannya dengan Al-Kitab ?

Qaf : 17

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ

● (iaitu) ketika dua orang PENERIMA mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. ●

Qaf : 18

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

● Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya pengawas (RAQIIB) yang selalu hadir ('ATIID). ●

Berdasarkan ayat-ayat Allah yang lain, PENERIMA yang di maksudkan adalah Malaikat.

Apa yang di tuliskan ?
Segala apa yang di kerjakan - perkataan dan perbuatan manusia.

Di mana ianya di tuliskan ?

Di dalam Al-Kitab; iaitu -
Di dalam MEMORI di MINDA kita. Itu sebab kita INGAT apa yang telah kita buat. Namun ada banyak kejadian yang kita sudah tak ingat. Informasi yang kita sudah tidak ingat sudah masuk ke dalam Memori Minda Tidak Sedar (Unconcius).


7) Apa itu Imej Hologram ? Apa kaitannya dengan Minda ?Apa kaitannya dengan Al-Kitab ?

Berdasarkan FAKTA Quantum Physics, apa sahaja yang kita lihat berbentuk Solid Matter itu sebenarnya tidak wujud melainkan ianya adalah Field of Waves atau Waves of Energy yang ada Informasi. MAKNANYA di luar SANA yang ada adalah ILMU ALLAH.

Dan sebenarnya apa yang kita LIHAT di luar SANA atau di luar diri itu tidak wujud atau ada, tidak real, bukan REALITI, melainkan hanyalah Pancaran ILUSI 3D HOLOGRAPHIC IMAGE kepada PERSEPSI yang di bentukkan dalam MINDA kita.



Yang kita lihat di LUAR SANA itu adalah IMEJ HOLOGRAPHIC yang ada dalam MINDA dan sebenarnya dalam MINDA lah informasi itu tersimpan; sebab DALAM MINDA itu ada ILMU ALLAH yang infiniti.

IMEJ HOLOGRAPHIC terhasil dari 2 benda utama :

1) Sumber Cahaya yang MEMANCARKAN - the SOURCE.
2) Informasi Dalam Bentuk DATA.

Maknanya segala IMEJ HOLOGRAPHIC yang kita LIHAT dalam MINDA kita SEBENARNYA adalah IMEJ yang di BENTUK dari ILMU ALLAH!

Dan kita perlukan CAHAYA untuk MEMAHAMI Informasi berbentuk Data itu kepada KEFAHAMAN = Pengetahuan = Ilmu.

An-Nur : 35

اللَّهُ نُورُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكٰوةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبٰرَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِىٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلٰى نُورٍ ۗ يَهْدِى اللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثٰلَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

● Allah (Pemberi) CAHAYA (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. ●

------

Sifat IMEJ HOLOGRAPHIC adalah IMEJ yang secebis mengandungi seluruh IMEJ yang besar. Maknanya SELURUH IMEJ yang besar boleh TERNYATA pada sekecil ATOM. Ini juga BERMAKSUD perubahan sekecil Atom akan MERUBAH seluruh IMEJ.

Maksudnya lagi adalah perubahan IMEJ dalam MINDA kita akan MERUBAH juga seluruh IMEJ tersebut.

Bagaimana IMEJ itu boleh berubah ?
Dengan berubahnya INFORMASI atau DATA di dalam AL-KITAB tersebut.

Bagaimana DATA dalam Al-KITAB itu boleh berubah ?
Ia berubah mengikut setiap apa yang MANUSIA LAKUKAN yang di TULIS atau Catat kembali ke dalam AL-KITAB.

8) Kesimpulan

a) LUH MAHFUZ adalah tempat simpan data atau informasi Yang Terpelihara dan ianya bukanlah ada wujud di alam nyata atau alam KHALQU (ciptaan zahir)  namun di alam tidak nyata atau alam AMRU (ciptaan batin/ghaib).

Al-A'raf : 54

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِى خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوٰى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِى الَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُۥ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرٰتٍۭ بِأَمْرِهِۦٓ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعٰلَمِينَ

● ... Ingatlah, Kepunyaan Allahlah AL-KHALQU dan AL-AMRU. Maha Berkat Allah, Tuhan semesta alam. ●

LAHU AL-KHALQU WA AL-AMRU.

b) Al-Quran dan juga 3 Kitab yang lain - Zabur, Taurat dan Injil adalah Kitab Wahyu dari Allah kepada Nabi-nabi tertentu, dan di dalam semua kitab-kitab Wahyu tersebut, di dalamnya MENJELASKAN secara DETAIL atau TERPERINCI tentang segala sesuatu. Ianya menjawab segala persoalan 4W1H (What, Why, Who, When dan How). Ayat-ayat Al-Quran adalah sebahagian dari Ummul Kitab atau Al-Kitab.

c) Al-Kitab pula adalah BUKU yang SEGALA sesuatu TERCATAT termasuk segala kejadian atau ciptaan yang akan berlaku, sedang dan akan berlaku. Apa sahaja yang manusia LAKUKAN juga DI CATAT kembali di dalam Al-Kitab. Maknanya di tulis 2 kali. Satu sebagai PELAN UTAMA SEGALA KEJADIAN dan satu sebagai BUKTI di akhirat kelak untuk di adili Dan juga akan memberi kesan kepada PELAN UTAMA itu sendiri. Setiap manusia akan mempunyai Kitab masing-masing tentang apa yang telah di lakukan. Dan apa sahaja yang TERTULIS di Al-Kitab sebelum kejadian itu berlaku,  pasti berlaku bila sampai masanya.

d) MINDA kita ada kaitan dengan 'MINDA ALAM SEMESTA' iaitu MINDA kita adalah sebahagian dari 'MINDA ALAM SEMESTA'. MINDA kita itu di sebut SUDUR. DI DALAM MINDA ALAM SEMESTA itulah adanya AL-KITAB. Di dalam AL-KITAB itu ada segala ILMU atau PENGETAHUAN ALLAH.  Dan MINDA ALAM SEMESTA itulah LUH MAHFUZ.

e) Segala yang kita lihat di luar diri sebenarnya hanyalah apa Yang JIWA kita PERCEIVE di dalam MINDA. Imej dalam MINDA kita adalah HOLOGRAM. HOLOGRAM itu terhasil atau terbentuk dari INFORMASI. INFORMASI adalah terbentuk dari data. Data adalah di simpan tertulis dalam AL-KITAB. Al-Kitab mengandungi SEGALA ILMU ALLAH. Makanya yang kita PERCEIVE dalam MINDA kita adalah secebis dari ILMU ALLAH.

f) Imej HOLOGRAPIC adalah imej yang sebahagian kecilnya adalah MEWAKILI SELURUH IMEJ yang lain. Maksudnya jika berubah walau setitik Holographic Image tersebut akan MERUBAH SEMUA IMEJ TERSEBUT. Ini menandakan APA sahaja yang kita BUAT, akan tertulis KEMBALI di dalam KITAB, dan akan MEMBERI KESAN kepada seluruh ALAM, sebab seluruh ALAM akan MELAKSANAKAN apa isi KITAB yang SUDAH TERTULIS itu. Perbuatan orang di KUALA LUMPUR akan memberi kesan kepada orang di LOS ANGELES.

g) LUH MAHFUZ adalah MINDA ALAM SEMESTA (Mind of the Universe). Di dalamnya ada AL-KITAB. DI dalam Al-Kitab ada ILMU ALLAH. ILMU ALLAH meliputi SEGALA SESUATU. Ini bermaksud di sekeliling kita adalah penuh dengan ILMU ALLAH dalam bentuk DATA atau INFORMASI. Inilah dia Field of Waves atau Lautan Gelombang atau Gelombang Tenaga (Energy of Waves) yang MEMBAWA DATA :

Inilah maksud ayat Al-Quran :

Az-Zariyat : 2

فَالْحٰمِلٰتِ وِقْرًا

● and THOSE CARRYING A LOAD. ●

HAAMILAAT = Asal dari perkataan HA MIM dan LAM. Hamil bermaksud MENGANDUNG.

WIQRA = Load atau Beban. Gelombang itu adalah ENERGI yang BERGETAR yang membawa data.

Contoh kita tengok TV yang dapat dari Gelombang Tanpa Wayar yang di pancarkan dari Stesen Astro. Gelombang itulah yang membawa DATA.

Di luar kita penuh Pelbagai Gelombang yang mengandungi DATA atau INFORMASI.

--------
Jika di sekeliling yang meliputi kita adalah WAVES atau GELOMBANG dan Gelombang itu ada DATA dan segala DATA ada dalam AL-KITAB termasuk Kitab-kitab Wahyu dan AL-KITAB itu berada dalam LUH MAHFUZ :- makanya kita ini seluruh alam BERADA di DALAM LUH MAHFUZ!

Imej yang TERBENTUK di dalam MINDA kita itu adalah TERHASIL dari CAHAYA dari ALLAH yang menyuluh DATA atau INFORMASI di dalam Al-Kitab yang bila MASUK ke dalam OTAK kita di tukar kepada PENGETAHUAN = ILMU.

IMEJ terhasil dalam MINDA kita adalah dari KOMBINASI Cahaya dan Ilmu Allah semata-mata.

DAN IMEJ apa sahaja yang kita SAKSIKAN itu adalah WAJAH ALLAH!

Al-Baqarah : 115

وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وٰسِعٌ عَلِيمٌ

● Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah WAJAH ALLAH (WAJHULLAH). Sesungguhnya Allah Maha MELIPUTI lagi Maha MENGETAHUI. ●

=====
End.

Innalaha 'ala kulli syai'in 'aliim.

=====


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA