Langkau ke kandungan utama

Beza Luh Mahfuz dengan Al-Quran

Beza Luh Mahfuz dengan Al-Quran

(Date written : 23 April 2015)
(Second update : 1 May 2015)
(Last update : 08 Aug 2016)

Terjemahan Al-Quran kadang-kadang bila di sebut KITABUN MUBIN sering di terjemahkan sebagai LUH MAHFUZ.

Adakah ini benar ?

Mari kita TADABBUR.

Kitab Yang Menjelaskan atau KITABUN MUBIN

Al-Hijr : 1

الٓر ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ وَقُرْءَانٍ مُّبِينٍ

● Alif, laam, raa. INILAH ayat-ayat Al-Kitab IAITU Quran yang MENJELASKAN. ●

An-Naml : 1

طسٓ ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْقُرْءَانِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ

● T°aa Siin. INILAH ayat-ayat Al Quran, IAITU Kitab yang MENJELASKAN. ●

Al-An'am : 59

وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَآ إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِى ظُلُمٰتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam KITAB yang MENJELASKAN (Luh Mahfuz ??). ●

Yunus : 61

وَمَا تَكُونُ فِى شَأْنٍ وَمَا تَتْلُوا مِنْهُ مِن قُرْءَانٍ وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ ۚ وَمَا يَعْزُبُ عَن رَّبِّكَ مِن مِّثْقَالِ ذَرَّةٍ فِى الْأَرْضِ وَلَا فِى السَّمَآءِ وَلَآ أَصْغَرَ مِن ذٰلِكَ وَلَآ أَكْبَرَ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam KITAB yang MENJELASKAN (Luh Mahfuz ??). ●

Hud : 6

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam KITAB yang MENJELASKAN (Luh mahfuz ??). ●

An-Naml : 75

وَمَا مِنْ غَآئِبَةٍ فِى السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Tiada sesuatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan (terdapat) dalam KITAB yang MENJELASKAN (Luh Mahfuz ??). ●

Saba' : 3

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَأْتِينَا السَّاعَةُ ۖ قُلْ بَلٰى وَرَبِّى لَتَأْتِيَنَّكُمْ عٰلِمِ الْغَيْبِ ۖ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِى السَّمٰوٰتِ وَلَا فِى الْأَرْضِ وَلَآ أَصْغَرُ مِن ذٰلِكَ وَلَآ أَكْبَرُ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Dan orang-orang yang kafir berkata: "Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah: "Pasti datang, demi Tuhanku Yang Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarrah pun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam KITAB yang MENJELASKAN (Luh Mahfuz ??)", ●

Berdasarkan Ayat-ayat di atas, tidak di sangsikan KITABUN MUBIN atau KITAB atau BUKU YANG MENJELASKAN yang di maksudkan dengan KESEMUA AYAT-AYAT di atas adalah bermaksud kepada AL-KITAB Iaitu KITAB yang Mengandungi Data atau Informasi tentang segala sesuatu.

Mengapa pula KITABUN MUBIN di atas tidak bermaksud kepada Al-Quran ?

Sebab, di dalam Al-Quran tidak menyebut di mana tempat simpanan dan tempat diam binatang (Hud:6); atau bila waktu kita tidur dan bangun; di syarikat mana kerja dan kat mana kita bersekolah dan sebagainya ; TETAPI informasi ini dan informasi SEGALA SESUATU yang lain - hanya terdapat di dalam Al-Kitab.


LUH MAHFUZ

Al-Buruj : 21

بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ

● Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al Quran yang mulia (QUR'ANUN-MAJIID), ●

Al-Buruj : 22

فِى لَوْحٍ مَّحْفُوظٍۭ

● yang (tersimpan) dalam Lauh Mahfuz°. ●

FI LAUHI-MMAHFUZ°.

Untuk nak paham apa itu LUH MAHFUZ° mari kita pecahkan 2 perkataan itu :

1) LUH (LAM WAU HA)

Al-A'raf : 145

وَكَتَبْنَا لَهُۥ فِى الْأَلْوَاحِ مِن كُلِّ شَىْءٍ مَّوْعِظَةً وَتَفْصِيلًا لِّكُلِّ شَىْءٍ فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُوا بِأَحْسَنِهَا ۚ سَأُورِيكُمْ دَارَ الْفٰسِقِينَ

● Dan telah Kami MENETAPKAN ("Ordained" - KATABNA) untuk Musa pada LUH-LUH (AL-ALWAAH) segala sesuatu sebagai pelajaran dan PENJELASAN TERPERINCI BAGI SEGALA SESUATU; maka (Kami berfirman): "Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada (perintah-perintahnya) dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang yang fasiq. ●

Al-A'raf : 150

وَلَمَّا رَجَعَ مُوسٰىٓ إِلٰى قَوْمِهِۦ غَضْبٰنَ أَسِفًا قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِى مِنۢ بَعْدِىٓ ۖ أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ ۖ وَأَلْقَى الْأَلْوَاحَ وَأَخَذَ بِرَأْسِ أَخِيهِ يَجُرُّهُۥٓ إِلَيْهِ ۚ قَالَ ابْنَ أُمَّ إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِى وَكَادُوا يَقْتُلُونَنِى فَلَا تُشْمِتْ بِىَ الْأَعْدَآءَ وَلَا تَجْعَلْنِى مَعَ الْقَوْمِ الظّٰلِمِينَ

● Dan tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati berkatalah dia: "Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah kepergianku! Apakah kamu hendak mendahului janji Tuhanmu? Dan Musapun melemparkan LUH-LUH (AL-ALWAAH) itu dan memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun) sambil menariknya ke arahnya, Harun berkata: "Hai anak ibuku, sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku, sebab itu janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku, dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang zalim" ●

Al-A'raf : 154

وَلَمَّا سَكَتَ عَن مُّوسَى الْغَضَبُ أَخَذَ الْأَلْوَاحَ ۖ وَفِى نُسْخَتِهَا هُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ هُمْ لِرَبِّهِمْ يَرْهَبُونَ

● Sesudah amarah Musa menjadi reda, lalu diambilnya (kembali) LUH-LUH (AL-ALWAAH) itu; dan dalam tulisannya terdapat bimbingan dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepada Tuhannya. ●

Al-Qamar : 13

وَحَمَلْنٰهُ عَلٰى ذَاتِ أَلْوٰحٍ وَدُسُرٍ

● Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan (AL-WAAH) dan paku, ●


2) MAHFUZ°

Huruf-huruf Dasar pada perkataan ini adalah HA FA dan ZO

HAFIZ bermaksud MEMELIHARA.

MAHFUZ bermakna TEMPAT YANG TERPELIHARA.


------

Perhatikan ayat 21 dan 22 surah Al-Buruj di atas sekali lagi.

Al-Quran yang mulia ini DI DALAM (FII) LUH MAHFUZ°.

LUH bermaksud suatu Objek yang di jadikan untuk MENULIS ayat-ayat Allah. Berdasarkan ayat-ayat Allah di atas dan kaitannya, LUH boleh bermaksud kepada PAPAN atau dalam English di sebut dengan TEPAT sebagai "TABLET". TABLET boleh bermaksud PAPAN atau BATU BERSURAT atau sebenarnya apa-apa OBJEK yang boleh MENYIMPAN TULISAN atau DATA. Namun sesuatu yang kita TULIS di zaman sekarang, selalunya di TULIS di atas kertas dan kemudian menjadi BUKU. Zaman sekarang SEGALA TULISAN boleh di digital kan dan di simpan dalam Alat-Alat Elektronik, MENJADIKAN Smart Phone atau TABLET kita boleh MEMAPARKAN TULISAN dan DI BACA.

MAHFUZ bermaksud TEMPAT yang DI PELIHARA.

Mari kita perhatikan pula ayat Allah yang ini :

Al-'Ankabut : 49

بَلْ هُوَ ءَايٰتٌۢ بَيِّنٰتٌ فِى صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايٰتِنَآ إِلَّا الظّٰلِمُونَ

● BAHKAN, Sebenarnya (BAL), Al Quran itu adalah ayat-ayat yang TERANG di dalam S°UDUR orang-orang yang diberi ilmu (UTUL 'ILMA). Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. ●

FI-S°UDUR-RILLAZINA UTUL 'ILMA.

Perhatikan KAITANNYA dengan ayat ini :

Al-Buruj : 21

بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ

● Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al Quran yang mulia (QUR'ANUN-MAJIID), ●

Al-Buruj : 22

فِى لَوْحٍ مَّحْفُوظٍۭ

● yang (tersimpan) dalam Lauh Mahfuz°. ●

FI LAUHI-MMAHFUZ°.

Jelas, Al-QURAN berada di :

FI-S°UDUR-RILLAZINA UTUL 'ILMA
FI LAUHI-MMAHFUZ.


Mari kita perhatikan Tambahan Fakta di bawah pasal SIFATNYA LUH MAHFUZ ini.

Selalunya yang di FAHAMI selama ini SEGALA SESUATU sudah TERTULIS Atau TERSURAT di LUH MAHFUZ sebelum kita melakukan sesuatu -

Bacalah bab Takdir di bawah -

http://cahayapalingbaik.blogspot.com/p/takdir-dan-kehendak-1-date-written-15.html?m=1

Sekarang perhatikan ayat di bawah :

Al-Hadid : 22

مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِى الْأَرْضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَآ ۚ إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

● Tiada suatu bencana (MUSIBAH) pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan TELAH tertulis DALAM KITAB (FI KITAB) (Lauhul Mahfuzh) SEBELUM Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ●

Sebelum kita MEMBUAT sesuatu PEKERJAAN atau Mendapat MUSIBAH yang Hasil dari Perbuatan kita Sendiri = DALAM SUDUR atau MINDA kita sudah Ada TERTULIS dulu.

Sebelum kita membuat sesuatu Pekerjaan apa pun, Minda kita sudah ada TULIS dulu apa yang kita "TERLINTAS" nak buat.

Dan Minda atau SUDUR itu adalah bukan FIZIKAL namun, IANYA BERINTERAKSI atau "INTERFACE" di OTAK atau BRAIN kita yang BOLEH MENYIMPAN berjuta INFORMASI, DATA, ILMU dan HAFALAN.

Dalam MINDA atau S°UDUR kita ada MEMORI. MEMORI ini juga bukan FIZIKAL namun di jadikan Allah "BERINTERAKSI" di dalam Otak Fizikal kita. Otak hanya bertindak sebagai INTERFACE point dan bukan TEMPAT MENYIMPAN MEMORI.

Di dalam MEMORI yang di dalam MINDA inilah letaknya segala yang kita INGAT, samada dalam bentuk GAMBARAN, Tulisan, Data-data, Emosi dan RASA kita tatkala TERINGAT akan sesuatu.

Termasuk di dalam MEMORI ini adalah HAFALAN AL-QURAN yang mana orang yang hafal Al-Quran di panggil HAFIZ yang bermaksud Pemelihara.

LUH adalah OBJEK yang Tulisan atau Data-data Tersimpan.

Jika di perhatikan KAITAN antara Sistem Komputer dan Sistem MINDA kita ;


Terdapat Kaitan yang sangat rapat antara Sistem Minda kita dan Sistem Komputer :

Ada 6 komponen Utama dalam Sistem Komputer :

1) Pemproses (Processor) = CPU, yang Membuat Keputusan dan Menghasilkan Output.
2) Memori = ada RAM dan ada Storage Device seperti Hard Disk.
3) Input Interface (Antaranuka Masukkan) = Keyboard, Mouse, Microphone
4) Output Interface (Antaramuka Keluaran) = Screen, Speakers
5) Sistem Komunikasi dengan Sistem Komputer Lain atau Communication Interface = Internet or Wireless Communication.
6) Elektrik  = Kuasa Elektrik yang menghidupkan Sistem Komputer.

Manakala pada Sistem Minda kita pula ada :
1) Qalbu atau Alat Fikir Atau TUKANG PROSES Informasi atau Data dan Membuat Keputusan dan Menghasilkan Perbuatan (Output).
2) Memori = Tempat Penyimpanan Data = ada tempat simpan sementara dan ada tempat simpanan kekal.
3) Pendengaran, Penglihatan dan Deria RASA = Input Interface
4) Mulut, Tangan dan Kaki = Output Interface
5) WAJAH kita = yang Menggambarkan Status JIWA atau "SOUL" kita = Sistem Komunikasi kita dengan Orang lain.
6) RUH = Yang Menghidupkan Sistem Minda, tanpa Ruh, MINDA tak hidup.


Beza BESAR antara Sistem Komputer dan Sistem Minda kita adalah :

Sistem KOMUNIKASI di dalam Sistem Komputer TIDAK MENGENAL EMOSI.

Manakala Sistem Komunikasi di dalam Sistem Minda iaitu JIWA  kita ADA EMOSI atau RASA atau PERASAAN yang akan MEMBERI KESAN kepada OUTPUT atau Perbuatan kita.

Sistem Komputer bergantung kepada Operating Sistem-nya dan Application Software-nya untuk Menjadikannya INTELLIGENT seperti Sistem Minda manusia.

Application Software dan Operating System BESERTA DATA-DATA PROGRAM tersimpan di dalam MEMORI kekal seperti ROM dan juga Hard Disk.

CPU atau Processor di dalam Sistem Komputer kerjanya BERJALAN bergantung kepada DATA PROGRAM yang Di MASUKKAN ke dalam MEMORI. Bijak atau Tidak satu SISTEM KOMPUTER bergantung kepada Apa YANG ADA PADA MEMORI dalam Sistem Komputer.

Begitulah SISTEM MINDA MANUSIA.

Bijak atau Tidak seseorang Manusia BERGANTUNG KEPADA ILMU seseorang. ILMU manusia bergantung kepada BERAPA BANYAK INFORMASI dan DATA yang DI FAHAMI yang DI DOWNLOD MASUK ke dalam MEMORI di DALAM MINDA.

--------
Memori Sistem Komputer adalah terdiri dari Bahan Semikonduktor yang menyimpan data-data yang BUKAN dalam bentuk yang dapat difahami secara TERUS namun dalam hanya bit 0 dan 1.

Begitu juga Memori Sistem Minda kita yang sampai sekarang para Saintis tidak boleh menceritakan dengan TEPAT bagaimana DATA di simpan dalam MEMORI di dalam MINDA kita.

Namun YANG PASTI, MEMORI di dalam MINDA jika di bandingkan MEMORI di dalam Sistem Komputer - JAUH LEBIH TERPELIHARA DATA-DATA yang DI SIMPAN dari MEMORI dari Sistem Komputer yang boleh terdedah kepada Kerosakan.

--------
Beza Hafalan dan Ilmu

Ada BEZA BESAR antara sesuatu yang kita HAFAL dan sesuatu YANG kita FAHAM.

Sesuatu yang kita hafal tidak semestinya yang kita faham. NAMUN, sesuatu yang kita FAHAM, selalunya boleh menjadikan KITA Menceritakan KEMBALI atau MELAKUKAN kembali dengan BETUL meskipun TURUTANNYA TIDAK SEBIJI-BIJI - tak tersusun jalan ceritanya atau jalan perbuatannya.

Makanya sesuatu yang kita HAFAL dalam Memori di Minda tanpa FAHAM, itu BUKAN ILMU, meskipun bila di sebut TERSUSUN dan TERATUR.

KEFAHAMAN yang tersimpan DI DALAM MEMORI, meskipun TIDAK tersusun dan teratur, itulah ILMU.

Yang di katakan orang BERILMU adalah orang yang FAHAM pelbagai INORMASI dan DATA yang tersimpan di dalam Memori Mindanya.

Orang Berilmu = Orang yang Faham = Orang yang Mengetahui.

Tahu itu Faham. Tak Faham itu Tak Tahu.

=====
Sebelum Kesimpulan

Perhatikan apa yang ada di dalam KITAB itu :

Al-Hajj : 70

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ ۗ إِنَّ ذٰلِكَ فِى كِتٰبٍ ۚ إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

● Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah MENGETAHUI apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahawasanya yang demikian itu terdapat DALAM sebuah KITAB (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah. ●

An-Naml : 75

وَمَا مِنْ غَآئِبَةٍ فِى السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Tiada sesuatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan (terdapat) DALAM KITAB YANG MENJELASKAN (Lauh Mahfuzh). ●

Ya Sin : 12

إِنَّا نَحْنُ نُحْىِ الْمَوْتٰى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَءَاثٰرَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنٰهُ فِىٓ إِمَامٍ مُّبِينٍ

● Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami MENULISKAN apa yang TELAH mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami HITUNG SATU-PERSATU (AHS°OINAHU) dalam IMAMIN-MUBIN (Lauh Mahfuzh). ●

IMAMIN MUBIN = Ikutan Yang Mubin = Ikutan Yang Menjelaskan.

Al-Quran adalah sebahagian dari atau subset kepada Al-KITAB kita iaitu Ikutan kita yang MUBIN.

Ayat di atas adalah BUKTI dan FAKTA bahawa apa sahaja yang kita buat, satu persatu di TULIS di dalam MEMORI MINDA kita iaitu Al-KITAB dan itulah SEBAB kita BOLEH INGAT apa yang telah BERLAKU.

Az-Zukhruf : 4

وَإِنَّهُۥ فِىٓ أُمِّ الْكِتٰبِ لَدَيْنَا لَعَلِىٌّ حَكِيمٌ

● Dan sesungguhnya Al Quran itu dalam INDUK AL-KITAB (UMMIL KITAB) (Lauh Mahfuzh) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah. ●

=====

Kesimpulan

1) LUH adalah Objek Tempat Tersimpannya TULISAN, INFORMASI atau Data.

2) LUH atau Objek Tempat Tersimpannya Data-data ini boleh terdiri dari :

a) Papan Bertulis.
b) Batu Bertulis.
c) Kulit-kulit Binatang yang Bertulis.
d) Kertas Bertulis.
e) Kertas-kertas yang di IKAT (BIND) menjadi Buku.
f) Memory di dalam Hard Disk (atau Solid State Device - SSD) Sistem Komputer termasuk Smart Phone yang di panggil "Storage Devices" atau ALAT PENYIMPANAN DATA Elektronik.
g) Lain2 Tempat Penyimpanan Data yang ada di DUNIA yang boleh di lihat.
h) MEMORI di dalam MINDA kita.

3) BUKU di dalam bahasa Arab adalah KITAB. Makanya BUKU atau KITAB juga adalah LUH.

4) Dari DEFINASI LUH yang boleh terdiri dari macam2 Objek di atas, TERNYATA - LUH yang Paling Terpelihara adalah MEMORI di dalam Minda kita.

5) Al-Quran TERDAPAT DALAM LUH MAHFUZ. (Al-Quran FI LAUHI-MMAHFUZ)

6) Al-Quran TERDAPAT DALAM MINDA orang-orang UTUL 'ILMA (Al-Quran FI-S°UDUR-RILLAZINA UTUL 'ILMA)

7) Makanya, Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran sendiri, TANPA TAKWILAN (TANPA Meletakkan PENDAPAT sendiri), DEDUKSINYA - ternyata sebahagian LUH MAHFUZ itu adalah MEMORI dalam S°UDUR (MINDA) orang-orang yang UTUL 'ILMA (Yang Diberi Ilmu atau Kefahaman).

8) Kitab yang Mubin (A) = Al-Quran (B) - Al-Hijr 1, An-Naml 1
Al-Quran (B) = DI DALAM LUH MAHFUZ (C) - Al-Buruj 22
Al-Quran (B) = DI DALAM MINDA Orang-orang yang Di beri ILMU atau Kefahaman (D) - Al-Hadid 22

Jika A = B dan B = C dan B = D;

Maka, C = D.

9) Bezanya antara Luh Mahfuz dan Al-Quran adalah :

LUH MAHFUZ adalah TEMPAT SIMPANAN Al-Quran atau Al-Kitab yang Menjelaskan, YANG AMAT TERPELIHARA.

Di manakah LUH MAHFUZ itu ?

DI dalam MINDA atau MEMORI orang-orang yang di beri KEFAHAMAN.

Apa yang ada dalam MINDA orang-orang yang di beri KEFAHAMAN ?

Ayat-ayat Al-Quran yang TERANG.

10) 'Sebahagian' Luh Mahfuz [update 08 Aug 2016] itu adalah Memori dalam Minda orang-orang yang di beri faham.

Dalam Luh Mahfuz segala DATA tentang sesuatu ada tertulis atau tercatat, sekecil-kecilnya, sebesar-besarnya, sebelum dan selepas berlaku sesuatu dan ianya di panggil Al-Kitab atau Ummul Kitab.

Termasuk di dalam Luh Mahfuz itu adalah Al-Quran.

Apa bezanya Al-Kitab dan Al-Quran ?

-bersambung-


=====
End.

MasyaAllah.

(Ya Allah, tiada niat untuk saya MENGADA-ADAKAN sesuatu melainkan HANYA UNTUK MENCARI KEBENARAN dari MU melalui Al-Quran yang mulia. Bimbingilah daku dengan RAHMAT dari sisi MU).

(Janganlah mengikut sahaja apa yang saya tulis, dan janganlah mengikut apa yang kita tidak ada ILMU tentangnya - kajilah, tadabburlah dan bertanyalah kepada Ulil Albab yang lain.).

=====




Ulasan

  1. Bukankah al-quran diturunkan dari luh mahfudz ke baitul izzah langit pd malam lailatul qadr? Tak mungkin ia diturun dr org yg diberi faham ke langit..

    BalasPadam
  2. Bukankah al-quran diturunkan dari luh mahfudz ke baitul izzah langit pd malam lailatul qadr? Tak mungkin ia diturun dr org yg diberi faham ke langit..

    BalasPadam
  3. AL quran diturunkan berperingkat bukannya turun terus jd kitab. Kalau turun 1 mlm je mana sempat nk belajar dan mengajar..wahai hamba Allah.

    BalasPadam
  4. Berdasarkan 44:3 - Al-Quran di anzalkan pada malam yang diberkahi, dan 97:1 Al-Quran di anzalkan pada malam Qadar, maka ianya sekaligus.

    Namun, ianya di sampaikan Jibril kepada Rasul Nabi Muhammad secara berperingkat - berdasarkan ayat 75:16-19 - jelas, pembacaan kepada Rasul atau penyampaian kepada Rasul adalah secara berperingkat demi kefahaman yang beransur-ansur.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA