Langkau ke kandungan utama

Tasbih 2

Tasbih 2

(Date written : 16 Apr 2015)

Agak mengecewakan - anak2 kita SEKARANG ramai tak PAHAM apa itu TASBIH sedangkan ianya adalah ARAHAN ALLAH kepada kita BERKALI-KALI di sebut di dalam Al-Quran.

Al-Ahzab : 42

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

● Dan BERTASBIHLAH kepada-Nya di waktu AWAL PAGI (BUKRATAN) dan HUJUNG/BAWAH PETANG (A°SIILA). ●

Maryam : 11

فَخَرَجَ عَلٰى قَوْمِهِۦ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحٰىٓ إِلَيْهِمْ أَن سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا

● Maka ia keluar dari mihrab menuju kaumnya, lalu ia memberi isyarat kepada mereka; hendaklah kamu BERTASBIH di waktu AWAL PAGI (BUKRATAN) dan (pada waktu) GELAP MALAM ('ASYIYYA / 'ISYA`). ●

Ali 'Imran : 41

قَالَ رَبِّ اجْعَل لِّىٓ ءَايَةً ۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلٰثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًا ۗ وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِىِّ وَالْإِبْكٰرِ

● ...Dan INGATLAH (WAZKARU) Tuhanmu sebanyak-banyaknya serta BERTASBIHLAH di waktu GELAP MALAM ('ASYIYYI) dan (pada waktu) AWAL PAGI (IBKAR)". ●

Sad : 18

إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُۥ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِىِّ وَالْإِشْرَاقِ

● Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu GELAP MALAM ('ASYIYYI) dan (waktu) `ISYRAK (SYURUK), ●

Qaf : 39

فَاصْبِرْ عَلٰى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ

● Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan BERTASBIHLAH dengan MEMUJI Tuhanmu SEBELUM TERBIT MATAHARI ( QABLA T°ULU'I SYAMSI) dan SEBELUM TERBENAM (matahari) (QABLA GHURUB). ●

At-Tur : 49

وَمِنَ الَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَإِدْبٰرَ النُّجُومِ

● dan pada SEBAHAGIAN MALAM (MINAL LAIL), BERTASBIHLAH kepada NYA dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar) (`IDBAARA NUJUUM).

Ar-Rum : 17

فَسُبْحٰنَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ

● Maka BERTASBIHLAH kepada Allah pada waktu HUJUNG PETANG (HIINA TUMSUUN) dan pada waktu SUBUH (HIINA TAS°BIHUN) ●

HIINA = pada waktu.

Ar-Rum : 18

وَلَهُ الْحَمْدُ فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ

● dan bagi-Nya-lah segala puji di langit dan di bumi dan (bertasbihlah pada waktu) GELAP MALAM hari ('ASYIYYA) dan pada waktu ZUHUR (HIINA TAZ°HIRUUN). ●

Ta Ha : 130

فَاصْبِرْ عَلٰى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ۖ وَمِنْ ءَانَآئِ الَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضٰى

● .. dan BERTASBIHLAH dengan MEMUJI Tuhanmu, SEBELUM TERBIT MATAHARI (QABLA T°ULU'I SYAMS) dan SEBELUM TERBENAMnya (QABLA GHURUBIHA) dan BERTASBIH pulalah pada waktu-waktu (`ANAA`I) MALAM (LAIL) dan BERTASBIHLAH pada KEDUA HUJUNG SIANG (AT°RAFAN NAHAR), supaya kamu merasa senang, ●

=====

Jangan terkejut ramai gen x y tidak tahu apa itu BERTASBIH.

Bila di tanya apa itu TASBIH, ramai menjawab BERZIKIR.

=====
Kalau tanya Orang Berumur 40 ke atas, mereka InsyaAllah akan jawab "SUBHANALLAH".

Mereka bukan Gen X Y or Z. Zaman mereka tak pergi sekolah agama petang, atau pagi - namun di ajar Ustaz dengan bagus di sekolah KEBANGSAAN.

=====

Namun bukan itu yang nak diceritakan.

Itu juga adalah FAHAMAN KEBANYAKAN ORANG Termasuk Para Ustaz sehingga sekarang (bukanlah salah tapi MENJAUHI KETEPATAN).

Tadabbur lah ayat2 Al-Quran agar PEGANGAN HIDUP dan AMAL SOLEH kita TEPAT dan berterusan Kepada Allah:

====
Contoh Kita Bertasbih kepada Allah adalah dengan kita ME 'RECITE' atau MENYEBUT BACA DAN FAHAM ayat Al-Quran ini :

Asy-Syu'ara' : 220

إِنَّهُۥ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Contoh kita BERTASBIH kepada Allah adalah dengan MEMBACA AYAT Al-Quran ini :

Al-Baqarah : 255

اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Contoh lagi kita Bertasbih kepada Allah adalah dengan membaca ayat ini :

HUWALLAHU AHAD... (surah Al-Ikhlas)

Juga ayat ini :

ALHAMDULILLAHIRABBIL 'ALAMIN...(seterusnya Surah Al-Fatihah).


Dan banyak lagi ayat2 Al-Quran yang menyebut tentang NAMA-NAMA ALLAH yang MENGGAMBARKAN SIFAT-SIFAT DIA Yang ESA, yang bermaksud TIADA SIAPA BERSIFAT SEBEGITU MELAINKAN DIA - maka tatkala itulah kita MENSUCIKAN I'TIQAD kita kepada Allah - Tuhan yang TIDAK SETANDING dengan MA dan MAN (apa2 dan sesiapa  sahaja) di alam ini.

Tatkala itulah kita tidak MENSYARIKATKAN (MENSYIRIKKAN) Allah dengan segala sesuatu.

Tatkala itulah kita BERTASBIH kepada Allah.

=====
Bertasbih dan Memuji Allah selalunya TIDAK DAPAT DI PISAHKAN.

BAGAIMANA kita hendak Bertasbih Kepada Allah jika kita TIDAK MEMUJINYA ?

Nama-Nama Allah sendiri adalah PUJIAN kepada DiriNya.

Sebab itu ayat2 Al-Quran selalu menyebut :

FASABBIH BIHAMDI RABBIKA.

"Bertasbihlah DENGAN MEMUJI Tuhanmu"

=====
Last

Pahamilah satu benda :

JIKA TIADA AL-QURAN - takkan Terpacul satu NAMA atau GELARAN pun yang BOLEH kita manusia GAMBARKAN bagaimana SIFAT TUHAN kita  - LANGSUNG!

Maksudnya - melalui Wahyu Allah jualah yang MENGAJAR kita Bagaimana MEMUJI dan MENYEBUT-NYEBUT NAMANYA dan SIFATNYA Yang Agung dengan BENAR.

=====
End.

Innallaha 'ALA KULLI SYAI'IN QADIR.
INNALLAHA 'ALA KULLI SYAI'IN 'ALIIM.
(ini juga bertasbih)

====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA