Navigate

Carian

Ahad, 4 Mei 2014

Apa itu Solat dan Selawat

Apa itu Solat dan Selawat

(Date written : 04 May 2014)
(2nd update : 06 May 2014)
(Last update : 30 Oct 2016)

Intro

2 benda yang selalu "kita dah paham".

Ye ke kita paham.

Ke kita "sangka" kita paham.

Atau kita "mengikut-ikut" termasuk mendengar dari TUKANG SAMPAI tanpa pemahaman yang benar. Mengikut-ikut adalah LAIN dari Ambil PAHAM sehingga MENJADI ILMU. SUATU Ilmu - boleh bertahan dengan berapa banyak HUJAH sekali pun.  Itulah beza ILMU dengan Pendapat,  dengan Sangkaan, dengan Ikut-ikutan.

Ramai Ulama mengatakan Solat atau Solah itu adalah DOA.

Cukup ke dengan pemahaman sebegitu ? Kalau macam tu, baik kita berdoa je, selesai Solat.

Apa pula Selawat ?

Kita selalu di suruh BERSELAWAT kepada Nabi Muhammad.

Cuba tanya diri kita dalam2. Masa kita BERSELAWAT,  apa yang kita buat ?

Kita baca "Allahumma SOLLI  'ALA Muhammad".

Apa sebenarnya maksud ucapan SELAWAT itu ?

====

Selawat

Allahumma = seruan kepada Allah yang kita PUJA = "Ya Allah, perkenankanlah"

SOLLI = berilah SOLLA

'ALA = ke atas

Muhammad.

Jelas,  BERSELAWAT bermaksud kita minta Allah perkenankan DOA kita supaya Allah memberi SOLLA kepada Muhammad.

Apkah Itu SEBENARNYA maksud SELAWAT ?

====

Apa kaitan SOLAH dan SELAWAT


Mari kita lihat ayat2 Allah :

Al-Baqarah : 3

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنفِقُونَ

● (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan SOLAT, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. ●

An-Nisa' : 77

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوٓا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَءَاتُوا الزَّكٰوةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً ۚ وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلَآ أَخَّرْتَنَآ إِلٰىٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ ۗ قُلْ مَتٰعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقٰى وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا

● ....dirikanlah SOLAT dan tunaikanlah zakat!" ... ●

Perhatikan, SOLAT dalam bahasa Arab ada huruf SOD, LAM, WAU dan TA.

Sekarang perhatikan ayat Allah :

Al-Ahzab : 56

إِنَّ اللَّهَ وَمَلٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِىِّ ۚ يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

● Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya BERSELAWAT (YUSOLLU) untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, BERSELAWAT (SOLLU) kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. ●

SELAWAT  - dalam bahasa Arab ada huruf SOD,  LAM dan WAU.

Dan MEMANG kita diarahkan untuk BERSELAWAT dan mengucap Salam Penghormatan pada Nabi.

Sekarang perhatikan ayat Allah ini :

Al-A'la : 14

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكّٰى

● Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), ●

Al-A'la : 15

وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِۦ فَصَلّٰى

● dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia BERSOLAT (FAS°OLLA). ●


Mari kita lihat ayat2 Allah seterusnya :


At-Taubah : 99

وَمِنَ الْأَعْرَابِ مَن يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ وَيَتَّخِذُ مَا يُنفِقُ قُرُبٰتٍ عِندَ اللَّهِ وَصَلَوٰتِ الرَّسُولِ ۚ أَلَآ إِنَّهَا قُرْبَةٌ لَّهُمْ ۚ سَيُدْخِلُهُمُ اللَّهُ فِى رَحْمَتِهِۦٓ ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Di antara orang-orang Arab Badwi itu ada orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan memandang apa yang dinafkahkannya (di jalan Allah) itu, sebagai jalan untuk mendekatkannya kepada Allah dan sebagai jalan untuk memperoleh SELAWAT (SOLAWAT) Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya nafkah itu adalah suatu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri (kepada Allah). Kelak Allah akan memasukan mereka kedalam RAHMATNYA; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●

SELAWAT pada ayat di atas ada huruf SOD, LAM, WAU dan TA (sama seperti SOLAT).

Ayat di atas menjelaskan CARA atau WASILAH untuk dapat QURUBATIN 'INDALLAH - dekat di sisi Allah:- iaitu dengan cara MENGINFAQkan sebahagian rezeki kita kepada yang memerlukan.

Lagi,  dari ayat Allah di atas, JELAS bahawa kita juga boleh mendapat SELAWAT dari RASUL.

Besar ertinya ayat Allah ini yang ramai dari kita tak dapat DECIPHER.

Pada ayat Tersebut SELAWAT terdiri dari huruf SOD, LAM, WAU dan TA.

=====

Mari kita lihat Ijtihad Ulama

Setengah Ulama mengatakan Selawat adalah Jamak atau Plural kepada Solat. Sebab dari segi bahasa Arab, asalnya dari huruf yang sama. PEMBACA dikehendaki untuk berbuat research dan tanya para Ulama yang Takut kepada Allah tentang ini.

Setengah Ulama mengatakan bila kita berselawat sebenarnya memang kita memohon doa kepada Allah agar Allah berselawat atas Nabi.

Kedua-dua Ijtihad Ulama ini saya setuju dan inilah PEGANGAN saya.

Perhatikan betul2 dalam ayat2 Allah memang SOLAT dan SELAWAT - digunakan secara INTERCHANGEABLE.

Setengah Ulama mengatakan Selawat terbahagi 3 iaitu Doa,  Rahmat dan Solat namun ketiga-tiganya terhimpun di sebalik Belas Kasihan.

Setengah Ulama lagi mengatakan bila Allah berselawat atas Nabi - ertinya Allah memberi RAHMAT kepada Nabi. Bila Malaikat berselawat keatas Nabi - ertinya Malaikat memohon ke ampunan ke atas Nabi.  Bila kita berselawat ke atas Nabi - ertinya kita BERDOA kepada Allah agar Merahmati dan Meninggikan kedudukan Nabi.

======

Solat

Apa sebenarnya Solat yang kita diarahkan untuk MENDIRIKANnya (AQIMUSSOLAH).

Sebelum Solat kita diarahkan berwuduk dan berwuduk,  METODOLOGI nya atau Caranya di cerita terperinci dalam Al- Qur'an :

Al-Ma'idah : 6

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلٰوةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضٰىٓ أَوْ عَلٰى سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَآئِطِ أَوْ لٰمَسْتُمُ النِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَآءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

● Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan SOLAT, maka BASUHLAH (FAGHSILU) mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan SAPULAH (WAMSAHU)  kepalamu dan kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (toilet) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. ●

Solat kerapkali di kaitkan dengan Ruku' dan Bersujud :

Al-Baqarah : 125

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِن مَّقَامِ إِبْرٰهِۦمَ مُصَلًّى ۖ وَعَهِدْنَآ إِلٰىٓ إِبْرٰهِۦمَ وَإِسْمٰعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِىَ لِلطَّآئِفِينَ وَالْعٰكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

● Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat SOLAT (MUSOLLA). Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang RUKU' dan yang SUJUD". ●

Ali 'Imran : 43

يٰمَرْيَمُ اقْنُتِى لِرَبِّكِ وَاسْجُدِى وَارْكَعِى مَعَ الرّٰكِعِينَ

● Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan ruku'lah bersama orang-orang yang ruku'. ●

Namun,  yang paling JELAS kaitan bahawa Sujud adalah sebahagian dari Bersolat terdapat dalam ayat Allah berikut :

An-Nisa' : 102

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلٰوةَ فَلْتَقُمْ طَآئِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُوٓا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَآئِكُمْ وَلْتَأْتِ طَآئِفَةٌ أُخْرٰى لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وٰحِدَةً ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ أَوْ كُنتُم مَّرْضٰىٓ أَن تَضَعُوٓا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ وَخُذُوا حِذْرَكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْكٰفِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا

● Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan SOLAT (SOLATA) bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka BERDIRI (FALTAQUM) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka SUJUD (SAJADU) , maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum BERSOLAT (YUSOLLU),  lalu BERSOLAT (FALYUSOLLU) lah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata.... ●

[Solat dari ayat di atas menggunakan huruf SOD,  LAM dan WAU sahaja (sama seperti SELAWAT). Benar lah dan setujulah saya dengan Ijtihad Ulama yang mengatakan SELAWAT adalah JAMAK atau Plural kepada SOLAT. ]

Ayat di atas menceritakan dengan terperinci cara Solat sewaktu dalam peperangan.  Jelaslah - semasa BERPERANG pun,  semasa MENYANDANG senjata pun PERINTAH SOLAT itu tetap berjalan dan di suruh. Ketahuilah,  Solat adalah suatu suruhan yang BESAR.  Pada ayat Tersebut juga menunjukkan dengan jelas bahawa dalam Solat ada SUJUD. Maka, BATIL lah pada sesiapa pun yang mengatakan SOLAT itu CUKUP hanya dengan Niat.

Makanya Ruku' dan Sujud adalah dua ciri wajib dalam Bersolat.

Berdiri juga adalah satu Ciri dalam Bersolat. Pada ayat 102 surah An-Nisa' di atas menceritakan turutannya. Berdiri adalah permulaan pada SOLAT.

Ayat2 lain tentang BERDIRI dalam Solat :

Az-Zumar : 9

أَمَّنْ هُوَ قٰنِتٌ ءَانَآءَ الَّيْلِ سَاجِدًا وَقَآئِمًا يَحْذَرُ الْءَاخِرَةَ وَيَرْجُوا رَحْمَةَ رَبِّهِۦ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُوا الْأَلْبٰبِ

● (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang BERSUNGGUH-SUNGGUH TAAT (QONITUN) di waktu-waktu malam dengan SUJUD (SAJIDAN) dan BERDIRI (QO`IMAN), sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan RAHMAT Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya hanya ULUL ALBAB yang dapat menerima pelajaran. ●

Al-Baqarah : 238

حٰفِظُوا عَلَى الصَّلَوٰتِ وَالصَّلٰوةِ الْوُسْطٰى وَقُومُوا لِلَّهِ قٰنِتِينَ

● Peliharalah semua SOLAT, dan (peliharalah) SOLAT Wustho. BERDIRILAH (WAQUMU) untuk Allah dengan khusyu'. ●

=====



Lagi Dalam Tentang Sujud

Maryam : 58

أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّۦنَ مِن ذُرِّيَّةِ ءَادَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِن ذُرِّيَّةِ إِبْرٰهِيمَ وَإِسْرٰٓءِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَآ ۚ إِذَا تُتْلٰى عَلَيْهِمْ ءَايٰتُ الرَّحْمٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا ۩

● Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka MENYUNGKUR (KHORRU) dengan BERSUJUD (SUJJADAN) dan MENANGIS (BUKIYYA). ●

Ayat di atas banyak pengertiannya. Satu, ianya menjelaskan ciri-ciri Orang yang Allah beri Nikmat - Keseluruhan Nabi adalah termasuk golongan yang Allah beri nikmat (ingat dalam surah Al-Fatihah ada menyebut iaitu Doa kita supaya Allah tunjuk kita Jalan Orang yang di beri Nikmat).

Kedua - ciri-ciri Solat orang yang Allah beri nikmat ini Lain - Selain REBAH atau TERSUNGKUR SUJUD, mereka juga MENANGIS sewaktu SUJUD.

Inilah contoh yang perlu kita ikut. Kita di suruh mengikut Jalan Orang yang Allah beri nikmat - dan golongan ini Menangis Tatkala SUJUD.

Kenapa perlu Menangis ni ? Jika kita tak sampai RASA IMAN - memang qalbu kita keras untuk menangis - sebab ada Tuhan lain dalam DIRI iaitu HAWA. Kita masih tidak RASA WUJUD ALLAH. Kita cuma RASA kehendak HAWA.

Percayalah orang yang sebenarnya BERIMAN,  qalbu bergementar bila ingat Allah dan selalu MENANGIS. Nabi Muhammad Rasulullah selalu MENANGIS.

"Man Don't Cry? "

Benar - kepada selain Allah.

Di hadapan Allah, Yang SELURUH KERAJAAN LANGIT dan Bumi adalah KEKUASAAN NYA dan KEPUNYAAN NYA - gementar lah wahai Diri. Sedarlah DIA itu Akbar! Dia itu ESA. Dia itu KAREEM (Mulia). Diri kita ini Hina. Tak berdaya dan tak MEMPUNYA suatu atau sesiapa pun.

Perhatikan lagi ayat2 Allah :

An-Nahl : 49

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ مِن دَآبَّةٍ وَالْمَلٰٓئِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

● Dan kepada Allah sajalah BERSUJUD (YASJADU) segala APA (MA) yang berada di langit dan di bumi dari semua makhluk yang melata (DABBAH) dan para malaikat, sedang mereka tidak menyombongkan diri. ●

MA = segala APA.

Ar-Ra'd : 15

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلٰلُهُم بِالْغُدُوِّ وَالْءَاصَالِ ۩

● Hanya kepada Allah-lah SUJUD (YASJADU) segala SESIAPA (MAN) yang di langit dan di bumi, baik dengan RELA (THAU'A) ataupun TERPAKSA (KARHA) (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari. ●

MAN  = SEGALA SESIAPA (yang Bernyawa).

Banyak kali di sebut dalam Al Qur'an,  MA atau segala apa yang Allah ciptakan dan jadikan - MA ini TAAT 100% dengan Rela.

MAN pula - 100% kena ikut JUGA Arahan Allah - samada RELA atau TERPAKSA kena ikut.

Yang RELA itu Bersujud sambil BERIMAN.
Yang TERPAKSA itu BERSUJUD sambil ENGKAR,  BERPALING dan MENDUSTAKAN.

======

Akhir Kata


1) Solat atau Solawat adalah 2 benda yang sama - dari segi Intipati nya.

2) Solawat adalah JAMAK kepada SOLAT.

3) Intipati Solat atau Solah atau SOLLI atau SOLLU adalah DOA, MENGAGUNGKAN ALLAH, Memuji dan Memuja Allah - jika SOLAT ini bermaksud untuk Allah - Dan ada Berdiri,  Ruku' dan Sujud dan hanya kepada Allah, Solat jenis ini dilakukan.

4) Jika kita memberi Solah (atau Selawat) kepada Nabi adalah kita BERDOA kepada Allah agar Allah merahmati dan memuliakan Rasulullah, juga Nabi-nabi yang lain (contoh Nabi Ibrahim dalam Solawat sewaktu Tahiyyat Akhir).

5) Jika Malaikat atau Rasul pula memberi Solat atau Selawat kepada kita adalah mereka Mendoakan kita mendapat Ke ampunan dari Allah juga Kesejahteraan.

6) Jika Allah memberi SOLAH kepada Nabi Muhammad dan juga kepada kita adalah Allah memberi Rahmat dan Kasih Sayang Nya kepada Rasulullah dan juga kepada kita.

ADA ke ALLAH memberi SOLAH atau SELAWAT kepada kita ?

Ada :

Al-Ahzab : 43

هُوَ الَّذِى يُصَلِّى عَلَيْكُمْ وَمَلٰٓئِكَتُهُۥ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النُّورِ ۚ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا

● Dialah yang memberi SOLAH (YUSOLLI) kepadamu dan malaikat-Nya, supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. ●

======

End.

Allah Al-'Alim.

=====













Tiada ulasan:

Catat Ulasan