(Tarikh di tulis : 24 April 2017) Persoalan yang mahu di jawab dalam artikel kali ini adalah - Bolehkah Allah berkata-kata terus dengan manusia ? Atau MAHUKAH Allah berkata-kata terus dengan manusia ? Jika di tanya BOLEHKAH Allah membuat sesuatu, semestinya BOLEH, sebab Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Persoalan yang lebih tepat adakah Mahukah Allah berbuat demikian ? Allah memang BOLEH melakukan apa sahaja yang di KEHENDAKINYA namun sangat berkemungkinan MANUSIA yang tidak BOLEH atau TIDAK LAYAK menerimanya. Perhatikan Firman Allah ini : Asy-Syura : 51 وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَآئِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِىَ بِإِذْنِهِۦ مَا يَشَآءُ ۚ إِنَّهُۥ عَلِىٌّ حَكِيمٌ ● Dan tidak mungkin bagi seorang manusia (BASYAR) pun bahwa Allah BERKATA-KATA DENGAN DIA (YUKALLIMAHU) kecuali dengan WAHYU atau dibelakang TABIR (HIJAB) atau dengan mengutus seorang utusan, lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Di...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●