Yang kena BACA adalah AYAT, yang kena PERHATI juga AYAT. (Date written : 06 Feb 2016) (Last update : 08 Feb 2016) Hiduplah dengan hanya 2 jenis Ayat : 1) Ayat-ayat Al-Quran. 2) Ayat-ayat atau Bukti-bukti atau Evidences iaitu segala sesuatu (kulli syai'in) di Alam Semesta ini. 1) Ayat-ayat Al-Quran Sempurnakanlah Pemahaman terhadap setiap patah perkataan atau Ayat-ayat Al-Quran. Ianya boleh di lakukan dengan 2 cara: i) Memahami Bahasa Arab. ii) Memahami kaitan antara satu ayat dengan ayat-ayat yang lain berdasarkan kata dasarnya, SEBAB Al-Quran bermaksud BACAAN YANG BERKAIT-KAITAN. Tanpa membuat 2 benda di atas, sampai mati kita tidak akan memahami Al-Quran dan memahami apa yang Allah nak sampaikan kepada kita. 2) Ayat-ayat atau Bukti-bukti pada Alam Semesta yang MEMBUKTIKAN kebenaran Ayat-ayat Al-Quran Bukti kepada setiap ayat-ayat Al-Quran adalah apa sahaja yang kita perhatikan dan kajian seluruh Alam Semesta atau setiap sesuatu yang ada di Alam ini. Alla...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●