Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bagaimana urusan kerja kita mahu dipermudahkan Allah

Bagaimana Urusan Kerja kita mahu di permudahkan Allah

(Tarikh ditulis : 25 Apr 2017) 1) Manusia seperti kita ini memang mempunyai pelbagai urusan kerja, berniaga dan pelbagai tugas atau usaha samada di luar rumah, dalam rumah, bersama rakan sekerja atau juga sesama ahli keluarga kita. Sebagai pelajar juga kita mempunyai pelbagai subjek untuk di ulangkaji dan untuk memahami setiap yang di ajar. Al-Lail : 4 إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتّٰى ● sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda. ● 2) Semasa melalui atau menjalankan tugas atau kerja kita, pasti pelbagai cabaran yang kita akan tempuhi. Kekadang terasa berat, kekadang terasa ringan, kekadang rasa macam dah jatuh di timpa tangga, kekadang rasa sayu, kekadang rasa letih satu badan. Kekadang rasa kecewa mendatang, kekadang bila dah berhasil kita gembira sakan. Kekadang kita marah, kekadang kita tersenyum. Persoalannya, bolehkah Urusan Kerja atau Tugasan kita di mudahkan ? Jawapannya Boleh. Ianya ada Peraturan atau 'Law of Cause and Effect'. 3) Berikut adalah cara-caran...