Langkau ke kandungan utama

Reaction Video

 (Date written : 5 Jun 2022)

Abstrak


Apakah hang orang agama nak hurai tentang agama?

 

Intro

Zaman ini, pelbagai cerita, berita, dari Whatsapp, FB, Youtube dan lain2 Media Sosial, tentang politik, teknologi, termasuk bab 'yang itu-itu juga'.

Yang saya maksudkan tentang 'yang itu-itu juga' adalah perbalahan antara so-called Aswaja dan so-called Wahabi dan kala ini orang 'awam' yang bukan orang 'agama' yang bertukar-tukar berbalas-balas video action-reaction, juga antara Ostat ini vs Ostat itu juga penuh action-reaction video seperti itu. Semakin hari semakin banyak dan makin membanjiri media sosial hari ini.



Persoalannya ?

Apa hasilnya semua ni? Semakin faham tentang kebenaran atau semakin berpuak-puak atau semakin kita menjadi 'judgmental' dalam menyebelahi mana2 orang yang kita rasa lebih bagus dari orang lain.


Intipati

Adalah sangat membahayakan bilamana seseorang Ostat mengatakan 'hang bukan orang agama nak cakap pasal agama'.

Apa maksud orang agama?

Lawyer, Doktor, Pilot, Tukang Masak, Engineer - bukan orang 'agama'?

Kalau bukan orang 'agama' atau agamawan maka dia seorang apa? Bukan seorang beragama (orang agama), atau pasal saya Ostat dah belajar kat Mesir atau Jordan atau mana2 Institusi AGAMA maka kita perlu di pisahkan TITLE sebegitu?


Orang Agama vs BUKAN orang agama

Kira, yang belajar di Institusi Agama tu orang agama dan yang tidak belajar di Institusi agama terkenal (Al-Azhar, dll), bukan orang agama dan tak boleh cakap pasal agama, tak boleh hurai tentang agama.

Agama hanya boleh diterangkan oleh Ostat. Atau so-called 'Ulamak'.

Dah dapat sijil Ulamak ke. Dari siapa? Ulamak yang mana pulak kasi Certificate nak mengesahkan Ostat sekarang dah jadi Ulamak.


Baik vs Buruk

Ada kebaikannya bila seorang Ustaz membetulkan seorang Ostat yang lain jika hujahnya beserta bukti yang nyata dan bukan ikut-ikutan.


Dia Ulamak. Kita mesti ikut. Hang bukan ahli / orang agama, mana layak nak bercakap - jika ini kesimpulan yang dibuat maka nyatalah keburukan hasil pada action-reaction video tersebut.


Masalah


An-Nisa' 4 : 49


أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنفُسَهُم ۚ بَلِ اللَّهُ يُزَكِّى مَن يَشَآءُ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا


● Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih?. Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak aniaya sedikitpun. ●

An-Najm 53 : 32


الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبٰٓئِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوٰحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وٰسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِى بُطُونِ أُمَّهٰتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوٓا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقٰىٓ


● (Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu SUCI. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. ●


 Kalau Ostat itu merasa dia lebih suci / bersih - maka itu hanyalah anggapannya sahaja. Ayat di atas jelas yang hanya Allah yang lebih tahu siapa yang bersih dan siapa yang tidak ada siapa pun tak boleh mengatkan dia suci bersih.


Kalau Ostat merasakan hanya dia yang layak bercakap pasal agama sebab dia belajar tinggi dan merasakan Tukang Masak tidak layak bercakap pasal agama maka dia SALAH 100%. Mana dia tau Tukang Masak itu tak belajar pasal 'agama'. Silap-silap lagi tinggi / banyak ilmu 'agama' si Tukang Masak dari Ostat itu sendiri:- sebab Ostat cerita bab yang itu-itu juga dan Ostat pun mengikut-ngikut jugak. Kenapa begitu? Sebab bila ditanya dan dihujahkan tak dapat menjawab dan tak dapat berhujah - maka mulalah kata orang lain tak layak. Ini suatu sifat bodoh sombong. Sedangkan berkemungkinan besar si Tukang Masak masih lagi membuat research dan mencari bukti-bukti sesuatu informasi sehingga memahami kebenaran demi kebenaran lebih lagi dari sang Ostat yang paham 'itu-itu juga'. 


Yang dikatakan 'Agama' 

Persoalan yang dikatakan 'agama' ini pun ramai Ostat-ostat sendiri pun tak paham. Apa dia 'agama' ? Bahasa Arab sebenarnya adalah Deen. Apa itu Deen. Suatu tatacara peraturan termasuk SOP (Dos and Donts, Can and Cannot) terhadap 'sesuatu sistem'. Sesuatu sistem itu boleh jadi 'Islam' , boleh jadi sebuah NGO atau sebuah negara atau sebuah syarikat.


Senang cerita Deen itu atau istilah melayu 'agama' adalah bab peraturan. Dia bukan orang 'peraturan'. Apa ni?


Kalau cakap dia orang jahil itu baru betul. Jangan cakap dia bukan orang agama. Ianya suatu yang menggambarkan minda si Ostat itu sendiri. Ostat sebeginilah yang sebenarnya bersifat sekularisma. Apa pulak sekularisma ? Memisahkan antara 'agama' dan 'bukan agama'. Kalau dah ada dalam kepala Ostat dia sahaja orang agama dan orang lain bukan, itu sendiri dah menunjukkan yang Ostat sebegini bersifat sekular.

Orang agama bukan eksklusif pada para Ostat tetapi ianya adalah INKLUSIF pada sesiapa sahaja yang sudah berikrar menyerah kepatuhan diri pada peraturan yang datang dari Allah melalui Rasul dan inilah maksud sebenar kita ini 'beragama Islam' - suatu ikrar diri menyerahkan laluan atau cara kita hidup berperaturan  mengikuti perintah Allah dan Rasul.

Nak paham macam mana lagi ? Susah sangat ke nak jadi orang agama? Apa lagi peraturan yang kita tak paham-paham? Yang membuat ramai orang tak paham-paham pasal the so-called 'disiplin ilmu' para Ostat itulah yang mengelirukan.

Bila apa sahaja soalan ditanya - tak pernah akan dapat 'straight answer' melainkan akan dijawab - 'Menurut Shaikh itu, Maulana ini - begini, yang itu pulak begitu.. itu masalah dia. Orang 'agama' yang Ostat maksudkan adalah orang yang keliru sendiri dan mengajar juga mengelirukan - ni bab yang berlaku sehingga kiamat.


Sebab apa? Ostat pun mengikut-ngikut apatah lagi murid-muridnya.


===

Definisi  Ilmu itu adalah MEMAHAMI KEBENARAN bukan memahami pendapat itu pendapat ini. Itu 'guessing'. Dan ianya menyesatkan (6:116).


Maka, jangan cakap orang agama vs orang tak agama.


Cakap pasal bodoh / jahil vs orang berilmu / 'Alim (singular) atau Ulamak (plural).


Dan sesuatu yang dikatakan ILMU pula, tidak hanya di SEMPITKAN dengan memahami peraturan sahaja. 

Ianya termasuk memahami MANFAAT setiap ciptaan Allah sehingga kita dapat mengatakan ' tidak Kau jadikan satu pun ciptaanMu itu sia-sia'.

Ali 'Imran 3 : 191


الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلٰى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بٰطِلًا سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


● (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. ●


Ostat tau apa manfaatnya daun pisang, atau isi kelapa atau bagaimana elektrik berfungi atau software / hardware berfungsi sampai youtube Ostat boleh ditonton sebegitu ramai manusia? 


Belajarlah Ostat. Saya dan ramai manusia yang merasa diri bodoh (saya sendiri selalu merasa bodoh), sentiasa belajar benda-benda baru setiap hari agar kita dapat manfaatnya ILMU agar dengan itu kita merasa takut kepada Allah dan tidak sibuk menganggap hanya kita yang layak bercakap tentang sesuatu.


Fatir 35 : 28


وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَآبِّ وَالْأَنْعٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ كَذٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰٓؤُا ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ


● ... Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.●

===

End.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...