La taqrabu zina dan La taqrabu solat (Date written : 28 Jun 2016) Ramai orang mengaku Muslim berkemungkinan sudah mendengar firman Allah yang ini : Al-Isra' : 32 وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا ● Dan janganlah kamu mendekati zina ; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ● La taqrabuz-zina. Taqrab, aqrab, qarib = Mendekati, dekat, rapat. Di sinilah seni kata firman Allah perlu di fahami dengan sebenarnya. Jika dekati pun tak boleh manakan pula membuatnya. Allah itu Yang Bijaksana. Yang dilarangNya adalah sebab yang menjadikan akibat. Jika sebab tidak di buat maka akibat tak akan ada. Jika tidak kita taqrabu atau mendekati zina maka kita tidak berzina. Seninya Allah dalam berbahasa menerusi Wahyu Nya yang Agung. Namun, bukan itu tujuan artikel ini di tulis. Ramai yang mengaku Muslim mungkin TAK SEDAR bahawa ada ayat firman Allah yang sebegini : An-Nisa' : 43 يٰٓأَيُّه...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●