La taqrabu zina dan La taqrabu solat
(Date written : 28 Jun 2016)
Ramai orang mengaku Muslim berkemungkinan sudah mendengar firman Allah yang ini :
Al-Isra' : 32
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا
● Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ●
La taqrabuz-zina.
Taqrab, aqrab, qarib = Mendekati, dekat, rapat.
Di sinilah seni kata firman Allah perlu di fahami dengan sebenarnya.
Jika dekati pun tak boleh manakan pula membuatnya.
Allah itu Yang Bijaksana. Yang dilarangNya adalah sebab yang menjadikan akibat.
Jika sebab tidak di buat maka akibat tak akan ada. Jika tidak kita taqrabu atau mendekati zina maka kita tidak berzina.
Seninya Allah dalam berbahasa menerusi Wahyu Nya yang Agung.
Namun, bukan itu tujuan artikel ini di tulis. Ramai yang mengaku Muslim mungkin TAK SEDAR bahawa ada ayat firman Allah yang sebegini :
An-Nisa' : 43
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلٰوةَ وَأَنتُمْ سُكٰرٰى حَتّٰى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتّٰى تَغْتَسِلُوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضٰىٓ أَوْ عَلٰى سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَآئِطِ أَوْ لٰمَسْتُمُ النِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَآءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا
● Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu MENDEKATI SOLAT, sedang kamu dalam keadaan fikiran tak keruan / 'mabuk' (SUKAARAA), sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ●
La taqrabus-solat..
Sesungguhnya amat besar sekali pengertian dari firman Allah di atas dan ianya LAIN dari apa yang kita fahami TURUN-TEMURUN.
Tadabburlah firman Allah dan Tadarruslah / Pelajarilah maksudnya.
Pertama :
Kita BUKAN sahaja tidak boleh SOLAT malah untuk MENDEKATI SOLAT pun di larang oleh Allah Al-Hakiim, sewaktu fikiran / minda kita kacau, sangat tak boleh fokus dan bukan hanya 'mabuk'. Ayat di atas seringkali di terjemahkan sebagai orang yang mabuk setelah minum arak tidak boleh bersolat; sedangkan maksudnya tidak hanya begitu.
SUKAARAA bermaksud fikiran atau MINDA yang tak keruan, KHAYAL, MELAYANG, TERLALU ASYIK kepada SESUATU atau penuh lalu lintas Syaitan di dalam MINDA yang tidak memungkinkan seseorang itu MEMENUHI TUJUANNYA BERSOLAT iaitu MENGINGAT ALLAH :
Ta Ha : 14
إِنَّنِىٓ أَنَا اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاعْبُدْنِى وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ لِذِكْرِىٓ
● Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka 'abdilah diri kepada Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku. ●
Maka adalah menjadi kewajipan untuk kita MENGOSONGKAN fikiran atau minda kita dari selain Allah sebelum dan semasa Bersolat.
FEEL the moment with Allah and Allah Only.
-----
Untuk lebih menjelaskan, mari kita lihat pula ayat Allah yang lain tentang SUKAARAA :
Al-Hijr : 71
قَالَ هٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِىٓ إِن كُنتُمْ فٰعِلِينَ
● Luth berkata: "Inilah puteri-puteriku (kahwinlah dengan mereka), jika kamu hendak berbuat (secara yang halal)". ●
Al-Hijr : 72
لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِى سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ
● (Allah berfirman): "Demi umurmu (Muhammad), sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam 'kemabukan' / khayalan / keasyikkan (SAKRATIHIM)". ●
Kaum Luth yang bersifat sodomi atau mendatangi lelaki, Allah telah berfirman keadaan mereka seperti 'mabuk' / fikiran tak keruan / gian / asyik tatkala mengetahui ada 2 Lelaki (yang sebenarnya 2 Malaikat) yang berada di rumah Rasul Nabi Luth dan mereka sangat-sangat menginginkan kedua 'lelaki' tersebut untuk melepaskan Syahwat mereka.
Dan kaum Luth ini bukanlah 'Mabuk' sebab minum Arak dalam keadaan di atas. Ianya suatu KEINGINAN yang MELAMPAU, seperti GIANNYA manusia yang Menghisap DADAH.
Keadaan GIANNYA penghisap dadah juga adalah SUKAARAA - tak boleh pikir apa dah. Itu aje yang di pikirkannya.
Fikirkan juga tentang keadaan kita yang bukan Penagih Dadah atau bukan Peminum Arak. Tetapi FIKIRAN atau MINDA kita SIBUK atau PENUH dengan pekerjaan kita yang lain sebelum atau semasa BERSOLAT. Ini juga SUKAARAA sebab kita tak boleh Fokus. SOLAT perlukan FOKUS atau PENUMPUAN Perhatian yang 100% kepada Allah.
-----
Kedua :
"Sehingga kamu MENGERTI apa yang kamu UCAPKAN".
Inilah pemahaman yang hendak di tekankan dalam Artikel ini.
Sehingga kita FAHAM apa yang kita UCAPKAN.
Apa yang kita Ucapkan dalam Solat ?
Tasbih kepada Allah dan ayat-ayat Al-Quran yang juga penuh dengan Tasbih dan juga doa kita kepada Allah.
Masalahnya, kita FAHAM tak apa yang kita UCAPKAN dalam SOLAT ?
Kalau tak faham atau tak MENGERTI (samalah dengan TAK PAHAM), apa yang kita ucapkan iaitu TASBIH dan ayat-ayat Al-Quran, kita bukan sahaja TIDAK BOLEH BERSOLAT malah MENDEKATI SOLAT pun DI LARANG!
Apa Ertinya semua ini?
Apa Maksudnya ?
Betapa pentingnya PEMAHAMAN TENTANG MAKNA apa yang kita BACA iaitu MEMBACA Al-Quran dan bukan hanya MENYEBUT AL-QURAN tanpa Paham. Sekali lagi - "Sehingga kamu MENGERTI atau FAHAM apa yang kamu UCAPKAN".
Dan sememangnya kita Di SURUH untuk MEMBACA AL-QURAN di dalam Solat :
Al-Muzzammil : 20
إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنٰى مِن ثُلُثَىِ الَّيْلِ وَنِصْفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةٌ مِّنَ الَّذِينَ مَعَكَ ۚ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْءَانِ ۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرْضٰى ۙ وَءَاخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِى الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ اللَّهِ ۙ وَءَاخَرُونَ يُقٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ ۚ وَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَءَاتُوا الزَّكٰوةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌۢ
● Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (solat) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar ganjarannya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●
Dan satu je Tujuan MEMBACA AL-QURAN.
Untuk PAHAM.
Kemudian baru boleh RASA atau FEEL apa yang Allah nak sampaikan kepada kita.
Sebab Solat yang tak sampai kepada RASA itu tak memenuhi tujuan. RASA apa ? RASA kewujudan Allah Yang Agung, Yang Penyayang, Yang Dekat, Yang Berkuasa atas segala sesuatu, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan dan segala nama-namanya yang terbaik (asmaaul husna).
Maka batil sebatil-batilnya, berdasarkan firman Allah ini sesiapa sahaja yang menyatakan BACA Al-Quran tak faham makna pun tak pe. Buanglah pemahaman batil turun temurun ini.
Ulang-ulangkan firman Allah ini dalam minda tu - "sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan".
====
End.
Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamari Lillahi Rabbil 'Alamin.

Ulasan
Catat Ulasan