Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Apa nak buat bila jumpa orang bodoh /jahil

Apa nak buat bila jumpa orang bodoh (jahil)

(Tarikh ditulis : 26 Oct 2017) Definasi Bodoh Bodoh itu bermula atau dapat pada manusia bila RASA diri dah Pandai. Rasa dah tau semua. Padahal manusia yang mengkaji pelbagai info sebelum menjadi ilmu akan merasakan makin bodoh bila RASA sedar punya banyak Ilmu yang dia tak tau. Bodoh dalam bahasa Arab adalah Jahil. Dalam bahasa Inggeris di sebut Ignorant. Bahasa Kasar dalam Inggeris di panggil Stupid. Bahasa lain pada Bodoh yang lembut sikit di panggil Kurang Cerdik, Kurang Bijak, Tak Ambik Pot atau Tak Ambil Tau atau Tak Kesah. Itu pasal banyak buat kesalahan dan bila bagi kerja banyak salah. Sebab apa ? Bodoh pasal tak ambik tau, tak bertanya, tak membaca untuk menambah Ilmu. Cerdik dan Bijak hanya di dapati bila orang itu banyak pengetahuan. ==== Sifat Asal (Fitrah) manusia itu Bodoh (JAHIL) Al-Ahzab 33 : 72 إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسٰنُ ۖ إِنَّه...