Langkau ke kandungan utama

Apa nak buat bila jumpa orang bodoh (jahil)

(Tarikh ditulis : 26 Oct 2017)

Definasi Bodoh

Bodoh itu bermula atau dapat pada manusia bila RASA diri dah Pandai.

Rasa dah tau semua.

Padahal manusia yang mengkaji pelbagai info sebelum menjadi ilmu akan merasakan makin bodoh bila RASA sedar punya banyak Ilmu yang dia tak tau.

Bodoh dalam bahasa Arab adalah Jahil. Dalam bahasa Inggeris di sebut Ignorant.

Bahasa Kasar dalam Inggeris di panggil Stupid.

Bahasa lain pada Bodoh yang lembut sikit di panggil Kurang Cerdik, Kurang Bijak, Tak Ambik Pot atau Tak Ambil Tau atau Tak Kesah. Itu pasal banyak buat kesalahan dan bila bagi kerja banyak salah. Sebab apa ? Bodoh pasal tak ambik tau, tak bertanya, tak membaca untuk menambah Ilmu.

Cerdik dan Bijak hanya di dapati bila orang itu banyak pengetahuan.

====
Sifat Asal (Fitrah) manusia itu Bodoh (JAHIL)

Al-Ahzab 33 : 72

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسٰنُ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

● Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat BODOH (JAHULA), ●


Bermula manusia itu Tidak Tahu (LA YA'LAMUN)

An-Nahl 16 : 78

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَالْأَفْـِٔدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

● Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan TIDAK MENGETAHUI (LA TA'LAMUN) sesuatu apa pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan AF`IDAH, agar kamu bersyukur. ●


====
Beza Bodoh dan Tak Tau 

Orang yang Tak Tau dia tak tau apa yang dia tak tau dan mungkin dia dengar apa info baru dan mungkin tidak.

Orang Bodoh dia selalunya sombong dalaman (luaran mungkin tak nampak), buat-buat tau, suka mengada-adakan cerita atau mengadakan dusta, dan paling biasa adalah bersifat 'Aiman Tak Kesah'. Tak mahu AMBIL tahu. Malas aku Fikir buat berat kepala je. Namun, yang paling tepat adalah bila MERASA diri dah Pandai. Itu 'root cause' nya. Itu sebab temberang lebeh dan ada sifat Tak Kesah. Aku tak kacau kau jangan kacau aku.


====
Persamaan Bodoh dan Tak Tau

Tak Tau itu adalah juga Jahil / Bodoh.

Itu sebab orang yang asyik tak tau je bila di tanya orang panggil bodoh jugak.

Maksudnya Tak Tau adalah sub-set kepada Jahil.

Maka itu sebab kadang-kadang definasi JAHIL itu ada 2 :

1) Yang Betul-betul Tak Tau

Itu sebab dosa boleh di ampunkan lagi.

An-Nahl 16 : 119

ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا السُّوٓءَ بِجَهٰلَةٍ ثُمَّ تَابُوا مِنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ وَأَصْلَحُوٓا إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana KEBODOHANNYA (JAHILIN), kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan MEMPERBAIKI (AS°LAHU) (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●

2) Yang Buat-buat tahu, Rasa dah Pandai dan Sombong (Sombong Takrifan tepat adalah menolak kebenaran) dan TAK AMBIL PEDULI dan menolak kebenaran.

Yang ni paling bahaya :

Al-Anbiya 21 : 24

أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةً ۖ قُلْ هَاتُوا بُرْهٰنَكُمْ ۖ هٰذَا ذِكْرُ مَن مَّعِىَ وَذِكْرُ مَن قَبْلِى ۗ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ الْحَقَّ ۖ فَهُم مُّعْرِضُونَ

● Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain-Nya? Katakanlah: "Unjukkanlah hujjahmu! (Al Quran) ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan peringatan bagi orang-orang yang sebelumku". Sebenarnya kebanyakan mereka TIDAK MENGETAHUI YANG HAQ (LA YA'LAMUNAL HAQ), maka itu sebab mereka MENOLAK / MENENTANG / 'Refuse' (MU'RIDUUN). ●


====
Apa nak buat bila jumpa orang bodoh ?

1) Kita berdoa minta lindungan Allah supaya tak bersama dengan mereka

Al-Baqarah 2 : 67

وَإِذْ قَالَ مُوسٰى لِقَوْمِهِۦٓ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تَذْبَحُوا بَقَرَةً ۖ قَالُوٓا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا ۖ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجٰهِلِينَ

● Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan?" Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang JAHIL". ●

A'UZUBILLAHI AN AKUUNA MINAL JAHILIIN.


2) Kita meninggalkan mereka

Al-A'raf 7 : 199

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجٰهِلِينَ

● Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang BODOH (JAHIL). ●


3) Kita jangan berhujah atau argue dengan mereka, sebaliknya memberi Salamun 'Alaikum :

Al-Qasas 28 : 55

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَآ أَعْمٰلُنَا وَلَكُمْ أَعْمٰلُكُمْ سَلٰمٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِى الْجٰهِلِينَ

● Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, SALAMUN 'ALAIKUM (Sejahtera atas kamu), kami tidak MENCARI ('seek' TABTAGHI) orang-orang JAHIL".●

Al-Furqan 25 : 63

وَعِبَادُ الرَّحْمٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجٰهِلُونَ قَالُوا سَلٰمًا

● Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang JAHIL menyapa mereka, mereka mengucapkan SALAAM. ●

====
Mengapa Allah menyuruh kita berbuat begitu bila berhadapan dengan orang Bodoh ?

Supaya kita juga jangan jadi Bodoh.

Perhatikan Firman Allah ini dalam-dalam :

Al-An'am 6 : 35

وَإِن كَانَ كَبُرَ عَلَيْكَ إِعْرَاضُهُمْ فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَن تَبْتَغِىَ نَفَقًا فِى الْأَرْضِ أَوْ سُلَّمًا فِى السَّمَآءِ فَتَأْتِيَهُم بِـَٔايَةٍ ۚ وَلَوْ شَآءَ اللَّهُ لَجَمَعَهُمْ عَلَى الْهُدٰى ۚ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْجٰهِلِينَ

● Dan jika PERPALINGAN ('refuse' I'RADU) mereka (darimu) terasa amat berat bagimu, maka jika kamu dapat membuat lubang di bumi atau tangga ke langit lalu kamu dapat mendatangkan mukjizat kepada mereka (maka buatlah). Kalau Allah menghendaki, tentu saja Allah menjadikan mereka semua dalam PETUNJUK sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang JAHIL. ●

====
AS-SUFAHAA`

Di dalam Al-Quran ada Allah menggunakan perkataan As-Sufahaa` :

Al-Baqarah 2 : 13

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا كَمَآ ءَامَنَ النَّاسُ قَالُوٓا أَنُؤْمِنُ كَمَآ ءَامَنَ السُّفَهَآءُ ۗ أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَآءُ وَلٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ

● Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman". Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang  TAK SEMPURNA FIKIRAN (FOOLISH - AS-SUFAHAA`) itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang TAK SEMPURNA FIKIRAN (AS-SUFAHAA`); tetapi mereka tidak tahu. ●

Pemilihan kata dari Allah sangat perlu kita bezakan maksudnya agar berkesan kepada diri bila pemahaman yang betul kita dapat. Pemahaman yang benar bergantung kepada KETEPATAN bahasa yang kita pakai.

Ayat Allah di atas menceritakan bagaimana Orang Tidak Beriman MENGHINA orang Beriman dengan mengatakan mereka TAK SEMPURNA FIKIRAN ('FOOLISH').

Pada ayat yang lain :

An-Nisa' 4 : 5

وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَآءَ أَمْوٰلَكُمُ الَّتِى جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ قِيٰمًا وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا وَاكْسُوهُمْ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوفًا

● Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang BELUM SEMPURNA FIKIRANNYA (TAK MATANG - AS-SUFAHAA`), harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik. ●

Lawan pada AS-SUFAHAA` adalah ISTAWA` :

Al-Qasas 28 : 14

وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَاسْتَوٰىٓ ءَاتَيْنٰهُ حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَكَذٰلِكَ نَجْزِى الْمُحْسِنِينَ

● Dan setelah Musa cukup umur / kekuatannya (ASYUDDAHU) dan TETAP PENDIRIAN / MATANG (WASTAWAA`), Kami berikan kepadanya hikmah dan pengetahuan. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. ●


====
End.

Allah Al-Hakim.
===

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...