Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Beza Syahwat dan Hawa

Syahwat dan Hawa

(Date written : 29 Dec 2013) (Last update : 8 Dec 2018) Dua unsur Diri yang di sebut dalam Al Qur'an. Mari kita tengok apa perangai atau sifat - sifat 2 unsur Diri ini . Syahawat ======== Ali 'Imran 3 : 14 زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوٰتِ مِنَ النِّسَآءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنٰطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعٰمِ وَالْحَرْثِ ۗ ذٰلِكَ مَتٰعُ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ الْمَـَٔابِ ● Dijadikan indah (ZUIYINA) pada (pandangan) manusia kecintaan (HUBBU) kepada apa-apa yang diingini (SYAHAWATI) yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). ● Ayat di atas sudah sangat jelas bahawa maksud SYAHAWAT adalah keinginan-keinginan kepada : 1) Wanita 2) Anak 3) Harta Benda terutamanya dari Emas dan Perak. 4) Kenderaan - ...