Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Maksud Arab

Maksud 'Arab vs A'rab

 (Date written : 25 Oct 2020) Apakah maksud perkataan عرب yang digunakan dalam Al-Quran ? Adakah ianya hanya bermaksud sesuatu Bangsa atau sesuatu Bahasa sahaja ? Apakah tidak ada maksud selain dari kedua tersebut? Apa pula maksud A'rab atau أعراب ? Adakah ianya bermaksud Orang Arab Badawi atau Arab  Kampung ? Jawapannya tidak, sepertimana dalam kebanyakan terjemahan Al-Quran. Mari kita masuk dalam. Kata akar ع ر ب  di sebut di dalam Al-Quran sebanyak 22 kali. 12 kali di sebut sebagai 'Arabiyan atau 'Arabiyun atau 'Arabiyin dan sebanyak 10 kali disebut sebagai Al-A'rab الأعراب . Firman Allah : Yusuf 12 : 2 إِنَّآ أَنزَلْنٰهُ قُرْءٰنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ● Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Quran dengan ( / dalam / bersifat) Arab, agar kamu meng'aqalinya. ● nya yang di maksudkan adalah Al-Kitab, berdasarkan ayat sebelumnya : Yusuf 12 : 1 الٓر ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ الْمُبِينِ ● Alif, laam, raa. Ini adalah ayat-ayat Al-Kitab yang jelas.● ...