Contoh Ayat Mutasyabihat (Date written : 15 Apr 2015) (Last update : 17 Apr 2015) Pengenalan Ayat2 Al-Quran ada 2 jenis : 1) Ayat Muhkamat. 2) Ayat Mutsyabihat. Sila rujuk -http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/12/mutasyaabihaat-bukan-samar-samar.html?m=1 Kali ini akan di terangkan contoh-contoh ayat-ayat Mutasyabihat yang banyak terdapat di dalam Al-Quran; dan bagaimana sesetengah perkataan di ULANG-ULANG dan di KAIT-KAITKAN untuk MENJELASKAN kepada kita dengan TEPAT apa maksud ayat-ayat Allah. Contoh 1 Al-Hijr : 1 الٓر ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ وَقُرْءَانٍ مُّبِينٍ ● Alif, laam, raa. INILAH ayat-ayat Al-Kitab, IAITU (WA) QURAN yang MENJELASKAN. ● An-Naml : 1 طسٓ ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْقُرْءَانِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ ● T°aa Siin. INILAH ayat-ayat AL-QURAN, IAITU (WA) KITAB yang MENJELASKAN. ● Pethatikan, Kitab dan Quran di gunakan secara "INTERCHANGEABLE" atau SILIH BERGANTI. Juga perhatikan kata penyambung (conjuction) WA (WA Kitab/ WA Quran)...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●