Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

Berita, Undi, Pemimpin

 (Date written : 26 Aug 2023) ♦ Zaman ini, tatkala kita menerima pelbagai berita atau informasi tanpa tapisan, tentang seseorang, tentang seseorang pemimpin, atau tentang sesuatu perkara, maka kita perlu mendengar semua sekali namun mengikuti hanya yang terbaik. Inilah orang Ulil Albab. (39: 17-18) ♦ Jika kita hanya mendengar selorong sahaja, terutama Ketua Puak kita sahaja, maka kita tidak akan dapat menjadi seorang yang Adil, kita tak akan dapat berhujah dan mematikan hujah. Ketua Puak di sini, boleh jadi guru kita, pemimpin kita, parti politik kita, ustaz kita, dan kita menolak selain dari apa yang puak kita kata. Kenapa kita tak boleh jadi adil adalah sebab kita tidak dapat jadi hakim, sebab seorang hakim, sekurang-kurangnya mendengar hujah kedua-dua belah pihak, kemudian mengadilinya. (49:11) ♦ Setiap berita atau informasi yang kita terima, perlu atau wajib disahkan atau  diverifikasi. Jika tidak, ianya mungkin berita bohong atau tidak benar, maka kita mungkin bersalah dalam menud