Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Terima dan Serah Diri

(Tarikh ditulis : 13 Sep 2017) ■ Ego itu adalah Rasa Diri yang tak boleh terima suatu kenyataan atau peristiwa yang sedang dan telah berlaku, iaitu kebenaran takdir. Paling teruk, tak boleh terima kurnia yang orang lain dapat dan juga tak terima atau mengaku kesalahan diri. ■ 'TAK BOLEH TERIMA' itulah Ego. ■ Mengapa kita tak boleh terima ? Kerana kita sangkakan kita boleh buat sesuatu dengan kemampuan kita. Dan kita sangkakan, kita boleh mengawal keadaan. Paling teruk, merasakan diri kita lebih baik dari orang lain. ITU SEBAB kita TAK BOLEH TERIMA. ■ Ego tak boleh lawan dengan Serah Diri / Surrender. Maksudnya Ego itu berlawanan dengan Serah Diri. ■ Pernah tak kita merasakan, kita tak mahu berada dalam sesuatu situasi atau keadaan? Contohnya berada dalam traffic jam? atau contohnya kereta rosak tengah jalan waktu malam dan sangat sukar mendapat pertolongan kawan rapat atau mekanik? ■ Masa kita 'tak mahu' berada dalam situasi 'bermasalah' itulah KITA

Makna Kehidupan

(Tarikh ditulis : 9 Sep 2017) ■ Tujuan kita di hidupkan sebenarnya ada dua dan bukan satu, dari segi perspektif. Satu tujuannya (pada perspektif kita) adalah agar kita Patuh Rela (A'BUD) kepada Dia (51:56) - Tuhan Yang Wujud Esa. Satu lagi tujuannya (pada perspektif Dia), adalah agar dapat Dia Yang Esa itu memberikan kita Hubungan Kasih-Sayang atau Rahmat dari sisi Dia (11:119). ■ Tuhan Yang Esa itu tidak perlukan sembahan atau apa-apa dari kita (35:15). Apa yang Dia mahu adalah memberikan kita Kasih Sayang-Nya maka itu sebab kita ini di ciptakan (11:119). Namun, ramai manusia tak menyedari tentang ini dan merasa leceh menjadi abdi kepada Dia untuk mendapatkan Rahmat tersebut, itu sebab mendapat azab (11:119). Sedangkan menjadi abdi kepada yang lain meski kelihatan mudah, namun sebenarnya penuh bebanan (7:157, 3:151). Keterbalikan ada di situ. ■ Persoalan mengapa kena Patuh Rela kepada Dia adalah persoalan yang sungguh besar dan amat perlu di fahami dengan sungguh-sungguh (3

Zarrah

(Tarikh ditulis : 01 Sep 2017) Pengenalan Mengapa mengkaji Zarrah? Sebab ianya di sebut dalam Al-Quran. Dan berkali-kali Allah sebut bahawa hanya Ulil Albab yang boleh mengambil pengajaran. Ulil Albab adalah manusia yang memahami INTIPATI atau ESSENCE sesuatu. Analisa An-Nisa' : 40 إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضٰعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا ● Sesungguhnya Allah tidak menganiaya / menzalimi seseorang walaupun SEBERAT zARRAH, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya ganjaran yang besar. ● Apakah Atom yang Allah maksudkan sebagai Zarrah? Zarrah adalah suatu unsur atau elemen yang paling kecil yang Allah jadikan. Jika di tanya atau di kaji dari apa yang ULAMAK FIZIK sudah nyatakan, sekarang ini bukanlah ATOM sebagai Zarrah tersebut sebab Saintis telah menemukan dalam Atom ada Elektron yang bercas Negatif yang 'BERORBIT' di luar man