Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

3 Tujuan

3 Tujuan Hidup ini punya tiga tujuan Cuma jalanan pilihan kita berbeza Pertamanya adalah agar kita memenuhi janji Yang kita patrikan di alam tidak berjasad 'Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?' 'Bahkan: Telah kusaksikan bahawa hanya Engkaulah Tuhanku' Kerana itu 'Wa ma khalaqtul jinna wal ins' 'Illa liya'budun' Agar janji, pengakuan dan kesaksian ini, di pertanggungjawabkan Dibuktikan dengan Kepatuhan pada Dia Keduanya kita ini sentiasa dalam ujian peperiksaan Dan Yang memberi markah sudah tahu jawapannya Siapakah antara kita yang terbaik pekerjaannya Mengesah Janji setelah Amanat di beri Setelah berjasad dan ber-Roh kita lupa Diri persepsi yang punya pendengaran, penglihatan dan kesedaran (3 alat) Di alam Minda Kita belajar mengenal alam semesta Menempuhi proses hidup dan pengajarannya Menebalkan 'Izzah diri Kadang kita rasa kita wajar mendapat itu dan ini Kadang kita rasa kita yang empunya segala Kadang kita rasa 'An

Puisi Aidil Fitri

Kita manusia di alam yang ada tepian Selagi jasad masih bernafas Selagi Roh dan Jiwa berada dalam diri Selagi itu kita di uji Dan sering melakukan Salah dan Silap Kadang suara Tertinggi atau ditinggikan Kadang Alpa dan Syaitan menguasai fikiran Kadang menaip sesuka perasaan Maka kita bertindak di luar kawalan.. Seolah kita ini paling suci, paling benar Sedang kita mengenal akan kelemahan diri sebenar diri Yang masih sangat memerlukan pimpinan Ilahi Maghfirah dari Ilahi Kemaafan dari Ilahi Dan kemaafan sesama Insan.. Fitrah kita manusia sering mahukan Kebahagiaan :- bersama Kasih Sayang sesama insan Sebelum keluarnya Roh dan Jiwa dari Jasad Ku mohon Ampun dan Maaf dari kata-kata yang menyakitkan, dan.. Tulisan yang menjengkelkan. Salam Di Aidil Fitri Pada semua Muslim Mukmin, Agar kita semua menjadi Mukhlisina Lahuddeen, Walau Karihal Kafirun. KAS 4 Jun 2019, 8.04pm (Modified on 23 May 2020, 10.31pm)