Demokrasi vs Khilafah (Date written : 27 Jul 2016) (Last update : 02 Jan 2017) Pengenalan Di suatu ketika dahulu, sewaktu era 80an terdapat suatu buku yang amat menjadi pegangan segolongan muslim. Ianya buku bertajuk 'Amanat Haji Hadi'. Kandungan buku itu berputar di sekitar atau berpasak kepada ayat-ayat Allah yang berbunyi : 'Barangsiapa tidak menghukum dengan hukum-hukum yang di tetapkan Allah, mereka itu samada orang Fasiq, Zalim atau Kafir'. Objektif buku tersebut adalah agar kita orang muslim berusaha untuk menegakkan kerajaan atau Daulah Islamiyah. Puluhan tahun kemudian, orang yang sama telah juga mengeluarkan kenyataan bahawa 'Dalam Al-Quran tak pernah wujud perkataan 'Kerajaan Islam atau Daulah Islamiyah'. Berdasarkan kajiannya, yang Islam suruh adalah menubuhkan Negara atau Kerajaan Berkebajikan. Asal-usul Demokrasi Demokrasi mengikut riwayat sejarah, ianya di asaskan oleh Cleithenes, dan pertama kali di jalankan di Bandar A...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●