Langkau ke kandungan utama

Demokrasi vs Khilafah

Demokrasi vs Khilafah

(Date written : 27 Jul 2016)
(Last update : 02 Jan 2017)

Pengenalan

Di suatu ketika dahulu, sewaktu era 80an terdapat suatu buku yang amat menjadi pegangan segolongan muslim. Ianya buku bertajuk 'Amanat Haji Hadi'.

Kandungan buku itu berputar di sekitar atau berpasak kepada ayat-ayat Allah yang berbunyi :

'Barangsiapa tidak menghukum dengan hukum-hukum yang di tetapkan Allah, mereka itu samada orang Fasiq, Zalim atau Kafir'.

Objektif buku tersebut adalah agar kita orang muslim berusaha untuk menegakkan kerajaan atau Daulah Islamiyah.

Puluhan tahun kemudian, orang yang sama telah juga mengeluarkan kenyataan bahawa 'Dalam Al-Quran tak pernah wujud perkataan 'Kerajaan Islam atau Daulah Islamiyah'. Berdasarkan kajiannya, yang Islam suruh adalah menubuhkan Negara atau Kerajaan Berkebajikan.



Asal-usul Demokrasi

Demokrasi mengikut riwayat sejarah, ianya di asaskan oleh Cleithenes, dan pertama kali di jalankan di Bandar Athens, Greece pada tahun 508-507 sebelum masihi.

Prinsipnya berasaskan 'Yang menguasai atau memerintah adalah kuasa Majoriti'.

Pada maksud perkataan, demokrasi bermaksud Kuasa Rakyat.

Aristotle, seorang Saintis dan Ahli Falsafah Greek yang terkenal zaman dahulu, sendiri telah mengatakan bahawa Sistem Demokrasi tidak akan ada keadilan. Dia memberi contoh jika di suatu kawasan atau daerah atau negeri yang 70% penduduknya gemar meminum bahan yang memabukkan contoh Arak, akan melantik pemimpin yang akan menghalalkan meminum minuman yang memabukkan.

Begitu juga jika 60% penduduk sesuatu kawasan itu Gay atau Bapuk, maka akan pastilah yang di lantik memimpin itu akan menyokong perkahwinan sesama jenis.

Mengapa Demokrasi ?

Mengapa Demokrasi kena dibincangkan sebab sistem yang berasal dari Greek inilah yang di gunakan sebagai Sistem Pemerintahan di sebanyak 123 negara dari sebanyak 192 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia pada hari ini.

Demokrasi ada 2 jenis:

1) Demokrasi Langsung (Direct Demokrasi)
2) Demokrasi Perwakilan (Representative Demokrasi).

Negara Switzerland adalah satu contoh negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Langsung. Dan inilah yang paling hampir dengan Demokrasi asalnya. Kesemua rakyat mengundi terus tanpa ada Wakil tentang apa-apa undang-undang atau plan kerja yang hendak di laksanakan.

Namun hampir keseluruhan negara lain mengamalkan Demokrasi Perwakilan di mana rakyat melantik Wakil 'Rakyat' pada setiap daerah atau kawasan untuk menjadi wakil kepada suara mereka. Ini termasuk Malaysia.


Persoalan utama ? Apakah Sistem pemerintahan yang di ajar Allah untuk kita ikuti ?

Sistem Pemerintahan Islam jika di terjemahkan bermaksud Sistem Khilafah Islam. Khilafah, Khalifah bermaksud Pemerintahan atau Pemerintah atau Penguasa.


An-Nur : 55

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِى ارْتَضٰى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ بِى شَيْـًٔا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذٰلِكَ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْفٰسِقُونَ

● Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa / pemerintah (LIYASTAKHLIFANNAHUM) dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka DEEN (Cara / Peraturan Hidup) yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menga'abdi-diri kepada-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. ●

Banyak persoalan yang di jawab melalui ayat di atas dan kaitan dengan ayat-ayat Allah yang lain.


Apa dasarnya Sistem Khilafah Islam ?

Dasarnya adalah Pemerintah menjalankan Undang-undang atau Hukum-hakam atau Syariat Allah yang di arahkan di dalam kitab wahyu dan menganjurkan seluruh rakyat dalam negeri mereka untuk mematuhi Peraturan atau CARA hidup (DEEN) yang Allah redhai.

Menganjurkan atau Menggesa itu bukanlah MEMAKSA, melainkan nasihat berterusan.

Namun, Hukuman yang membabitkan kesalahan terhadap orang lain, jika ada Syariat Allah atau Undang-undang atau Hukum-hakam yang di sebut di dalam Al-Quran, maka ianya WAJIB di laksanakan.


Apakah CARA Hidup yang di redhai Allah ?

Islam. Islam itulah DEEN. Cara hidup itu DEEN.

Ali 'Imran : 19

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلٰمُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايٰتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

● Sesungguhnya DEEN (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. ... ●


Apa maksud Islam ?

Penyerahan kepuasan atau keredhaan diri kepada kehendak dan keredhaan Allah.

Keredhaan Allah terletak kepada pematuhan kepada arahanNya dan melaksanakan hukum-hukum yang telah di tetapkanNya.

Ali 'Imran : 23

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِّنَ الْكِتٰبِ يُدْعَوْنَ إِلٰى كِتٰبِ اللَّهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ يَتَوَلّٰى فَرِيقٌ مِّنْهُمْ وَهُم مُّعْرِضُونَ

● Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian yaitu Al Kitab, mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab itu menetapkan hukum diantara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi (kebenaran). ●


Apa itu Allah ? 

Tuhan yang Satu atau Esa atau Tunggal yang tiada sesiapa yang bersekutu dengannya dalam berkehendak dan mengeluarkan CARA dan Peraturan hidup untuk segala makhlukNya.

Al-Ikhlas : 1

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

● Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Esa. ●

Kita manusia di jadikan hanya untuk meng'abdi diri iaitu mematuhi Perintah Allah semata-mata dan tidak mendengar perintah-perintah yang lain. Mengapa? Kerana pematuhan kepada Allah Yang Esa ini akan melahirkan KESEJAHTERAAN atau 'PEACE' kepada seluruh umat manusia. Dia Yang Tunggal itu Yang Menciptakan kita maka DIA MENGETAHUI apa Hukum-hakam dan Peraturan terbaik untuk manusia mengikuti.


Apa itu Ulil Amri ?

Ianya bermaksud Yang Mempunyai Kuasa Arahan atau Kuasa Mengeluarkan Peraturan atau Undang-undang; yang juga akhirnya bermaksud Pemerintah atau Penguasa ke atas kita.

Kita wajib mematuhi Ulil Amri kerana Allah memerintahkan kita :

An-Nisa' : 59

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِى الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ ۚ ذٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

● Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ULIL AMRI di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. ●

Maksud ayat di atas adalah kita wajib mentaati Pemerintah atau Penguasa kita SELAGI arahan dan undang-undang mereka itu selari atau 'inline' dengan Cara dan Peraturan Hidup yang Allah redhai.

Akan terjadi perselisihan pendapat antara kita dan Pemerintah atau Penguasa - tak puas hati dan merasakan sistem tidak adil, maka semasa itu rujukan mesti di buat kepada apa Arahan Allah menerusi lidah penyampai atau Rasul-rasul Nya.

Namun, jika Pemerintah menyuruh kita mengambil Lesen Kereta sebelum di benarkan membawa kereta di jalanraya, maka WAJIB lah seluruh rakyat mengikutnya tak kira orang Muslim atau Non-Muslim. Jangan pula kata ini takde dalam Syariat Allah atau Peraturan Allah atau Arahan Allah. Buanglah KEDUNGUAN dalam diri.


Apakah Ulil Amri itu Pemerintah kita di negara Malaysia atau di mana-mana negara yang mengamal Demokrasi ?

Ulil Amri tidak semestinya kepada Pemerintah atau Penguasa yang mengamalkan Syariat Allah sahaja dan tidak semestinya Pemerintah yang Muslim Mukmin sahaja. Ulil Amri adalah umum. Boss kat tempat kerja juga adalah Ulil Amri. Kena di patuhi peraturan-peraturan dan undang-undang Syarikat. Kalau tak, bagaimana nak Kerja ? Di negara lain yang orang bukan Muslim yang menjadi Pemerintah, kita Wajib patuh kepada Peraturan dan Undang-undang di negara tersebut selagi mereka berlandaskan prinsip-prinsip keadilan dan mementingkan kemaslahatan masyarakat umum.


Apakah Sistem Pemerintahan menggunakan Sistem Demokrasi (atau selain Demokrasi) itu mengikuti Sistem Pemerintahan Islam ?


Sistem Demokrasi itu sendiri tidak adil kerana menggunakan kaedah 'Yang Menang atau Menguasai adalah Majoriti'.

Majoriti adalah kebanyakan atau lebih banyak.

Ayat Allah tentang Majoriti atau Kebanyakan itu JELAS menunjukkan mereka yang MAJORITI itu Sesat kerana Menurut Sangkaan :

Al-An'am : 116

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

● Dan jika kamu mentaati (TUT°I') kebanyakan (AKTHARA) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). ●

Berdasarkan ayat Allah di atas, MAJORITI manusia itu sesat kerana mengikut Sangkaan atau 'Inductive Reasoning' atau Peng'aqalan Induksi. Mereka tidak mengikuti Kebenaran.

Jalan Allah adalah Jalan Mustaqiim atau Yang Lurus Tegak. Jalan yang Mustaqiim adalah Peng'abdian diri kepada Perintah Allah semata-mata.

Masalah tentang Sistem Demokrasi hanya satu. Tatkala Sistem ini tidak melaksanakan Syariat Allah atau Hukum-hakam Allah yang tersebut di dalam Kitab Wahyu atau Al-Quran. Tatkala Hukum-hakam terhadap kesalahan yang besar terhadap kemaslahatan umum yang melibatkan orang lain, seperti mencuri dan berzina tidak di laksanakan, dan di GANTIKAN atau DI UBAH Hukumannya kepada Hukuman yang lebih ringan atau lebih berat.

Jika, Hukuman terhadap kesalahan-kesalahan lain tidak di sebut dalam Al-Quran, maka tiada salahnya melaksanakan Sistem Demokrasi itu selagi ianya berdasarkan Prinsip Keadilan yang di arahkan oleh Allah Al-'Adl.


Bagaimana untuk mendapatkan Sistem Pemerintahan Islam yang sebenar ?

Ianya memerlukan AZAM dan Penetapan Matlamat yang Benar iaitu Mencari (IBTIGHO) Keredhaan (MARDATHILLAH) semata-mata.

Kena ada segolongan manusia yang menyampaikan Kebenaran, Qaulu dan Kalam dari Allah Al-Haq ini.

Kena ramai manusia SEDAR atau 'AWARE' tentang Sistem Pemerintahan atau Khilafah yang berdasarkan Syariat Allah dan Perintah Allah yang lain yang dasarnya adalah Keadilan. Keadilan adalah sesuatu KEUTAMAAN dalam Sistem Pemerintahan Islam.


Demokrasi vs Kleptokrasi

Banyak negara kononnya mengamalkan Demokrasi sedangkan mereka sebenarnya mengamalkan Sistem Kleptokrasi.

Kleptokrasi adalah Sistem Pemerintahan di mana si Pemerintah menggunakan kuasa yang mereka ada untuk mengumpulkan kekayaan mereka sahaja tanpa memperdulikan kesusahan rakyat dan mengukuhkan kedudukan mereka dengan memanipulasi pengundian rakyat untuk mengekalkan kuasa mereka. Ini biasa berlaku kepada Sistem Demokrasi Perwakilan.

Wakil-wakil Rakyat yang di pilih ini pula sudah melanggar amanat yang di berikan kepada mereka dan sibuk pula mengekalkan kedudukan dengan berbaik-baik dan berpakat dengan Wakil-wakil Rakyat yang lain, terutama Ketua kepada segala Wakil-wakil Rakyat tersebut.

Kleptokrasi adalah suatu perbuatan FASAD atau Penuh Korupsi, Penuh Penindasan, Penuh Ketidakadilan dan menyebabkan Kerosakan dan Kesusahan berlaku kepada seluruh rakyat.


Siapa yang layak jadi Pemimpin atau Ulil Amri dalam Sistem Pemerintahan Islam ?

Jawapannya jelas di dalam ayat An-Nur:55 di atas - yang beriman dan beramal S°oleh iaitu yang Sentiasa mengadakan Pembaikan atau Menambah-baik akan segala perkara - proses atau benda atau sistem yang akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat.

Dan Jika Rasul masih hidup, merekalah yang paling beriman dan paling beramal soleh sekali kerana mereka sudah Muhtadiin atau orang yang di bimbing maka merekalah yang paling layak.

Jika Rasul sudah wafat maka orang yang paling beriman dan beramal soleh lah kriteria yang perlu di ambil kira untuk menjadi Pemimpin.

Orang yang beriman adalah orang yang gementar qalbunya bila Allah di sebut. Gementar kerana takutnya dia kepada Kebesaran, Keagungan dan Kekuasaan Allah jika dia melakukan apa yang Allah larang.

Layak kah Pemimpin atau Pemerintah atau Penguasa kita menjadi Ulil Amri jika mereka tidak Takut kepada Allah dan tidak melakukan 'Continuos Improvisation' ?


Sistem Demokrasi sudah berakar umbi di Kebanyakan Negara, bagaimana ingin mengubah keadaan ini ? Kalau kita orang Islam tidak ikut serta dalam proses Pengundian maka lagi teruk jadinya, iaitu kita mungkin akan di pimpin oleh orang bukan Islam ?


Memang kita ini hidup akan ada ujian. MENDAPAT Ujian juga adalah tujuan kita ini di hidupkan.

Al-Mulk : 2

الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

● Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, ●

Allah menempelak dengan firmanNya:

Al-Ma'idah : 50

أَفَحُكْمَ الْجٰهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

● Apakah hukum (AFAHKUM) Jahiliyah ('The Ignorance' / 'Orang yang Bodoh') yang mereka CARI (YABGHU), dan siapakah yang lebih baik daripada hukum (HUKMA) Allah bagi orang-orang yang yakin? ●

Maka kita perlu Bersungguh-sungguh iaitu Berjihad di Jalan Allah ini dan sentiasa kembali menetapkan Matlamat kepada keredhaan Allah semata-mata dengan penuh 'Azam.

Ini bermaksud, jika memang kita sudah duduk dalam negara yang mengamalkan demokrasi, di mana pemimpin atau pemerintah adalah di pilih melalui proses undian dan menjadi Wakil kepada Rakyat, maka pastikan kita mengundi orang-orang yang benar-benar Beriman dan Sentiasa mahu menambah-baik (S°OLEH) dan melakukan kebajikan (MUHSIN) dan berlaku adil terhadap semua rakyat jelata. Bukan kaki merompak atau pecah amanah mahupun kaki penindas untuk kekayaan diri sendiri.

Perlu menyampaikan KEBENARAN berterusan kepada semua manusia, agar Fakta Kebenaran vs Sangkaan atau Pendapat dapat di asingkan, atau KEBENARAN dari Allah itu dapat sampai mesejnya berserta Hujah, Dalil dan Pembuktian yang benar-benar menunjukkan Islam adalah Cara Hidup yang menjamin KESEJAHTERAAN / 'Peace'.


Apa yang kita perlu buat dalam melaksanakan Sistem Pemerintahan Islam ?

Perkara pertama yang perlu di lakukan adalah kita Muslim Mukmin kena memahami akan segala ajaran kitab Al-Quran yang di sampaikan oleh Rasul Nabi Muhammad (Sollu dan Salam ke atasnya) dan MENGIKUTINYA. Menyampaikan kebenaran dan mengingat manusia lain supaya bersabar dalam menjalankan titah perintah Allah adalah wajib kepada semua orang Islam.

An-Nisa' : 61

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلٰى مَآ أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنٰفِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

● Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) (TA'ALU) kepada apa yang Allah telah turunkan dan / iaitu kepada Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafiq menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. ●

Ali 'Imran : 104

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

● Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. ●

Al-'Asr : 2

إِنَّ الْإِنسٰنَ لَفِى خُسْرٍ

● Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, ●

Al-'Asr : 3

إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

● kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan menggesa berbuat kebenaran dan menggesa berbuat kesabaran. ●

Fussilat : 33

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صٰلِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

● Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri (MUSLIMIN)?" ●

Perkara kedua yang kita perlu lakukan adalah kita jangan sesekali menubuhkan atau memperbanyakkan puak-puak. Kita wajib hanya menjadi satu puak iaitu Puak Muslim. Buanglah segala sifat dengki yang berasal dari sifat tinggi diri - merasakan diri lebih mulia dari orang lain.


Al-An'am : 159

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِى شَىْءٍ ۚ إِنَّمَآ أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah DEEN-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. ●

Perkara ketiga kita perlu lakukan adalah memastikan kita berhijrah dan berkumpul di satu kawasan yang ramai orang beriman dan beramal soleh, jika kita teraniaya atau di zalimi dan tidak dapat menjalankan arahan Allah. Ini memang ada Uswatan Hasanah Rasul Nabi Muhammad seperti yang di ceritakan dalam Al-Quran - berhijrah ke Madinah.

Al-Baqarah : 218

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجٰهَدُوا فِى سَبِيلِ اللَّهِ أُولٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●

Ali 'Imran : 195

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عٰمِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثٰى ۖ بَعْضُكُم مِّنۢ بَعْضٍ ۖ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيٰرِهِمْ وَأُوذُوا فِى سَبِيلِى وَقٰتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ الثَّوَابِ

● Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik". ●

Al-Hasyr : 9

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُو الدَّارَ وَالْإِيمٰنَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّآ أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلٰىٓ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

● Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung. ●

Kemudiannya, setelah MEMAHAMI akan apa arahan dan suruhan dan peraturan dan hukum-hakam dan batas ketetapan Allah di dalam Kitab Wahyu, maka IKUTILAH dan LAKSANAKANLAH.


Al-Ma'idah : 66

وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرٰىةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِم مِّن رَّبِّهِمْ لَأَكَلُوا مِن فَوْقِهِمْ وَمِن تَحْتِ أَرْجُلِهِم ۚ مِّنْهُمْ أُمَّةٌ مُّقْتَصِدَةٌ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ سَآءَ مَا يَعْمَلُونَ

● Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (Al Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari bawah kaki mereka. Diantara mereka ada golongan yang pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka. ●

Rakyat di bawah Sistem Pemerintahan Islam tidak akan miskin dan papa kedana berdasarkan ayat Allah di atas. Kita akan mendapat Rezeki yang tidak putus-putus (atas dan bawah kaki).

Dan segala hal atau perkara yang lain di selesaikan dengan Musyawarah.

Ali 'Imran : 159

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

● Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam 'urusan' / perlaksanaan perintah (AL-AMRI) itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad ('AZAM), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. ●

Asy-Syura : 38

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَأَمْرُهُمْ شُورٰى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنفِقُونَ

● Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang 'urusan' / perlaksanaan tugas/arahan mereka (AMRUHUM) (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. ●

[Ulil Amri, Al-Amri, Amruhum semua berasal dari kata dasar AMR yang bermaksud Perintah atau Arahan atau Perlaksanaan Arahan atau Tugas].

Keutamaan kepada Pemerintah adalah kepada kerja-kerja atau usaha-usaha kepada penambahbaikan atau Amal S°oleh secara Konsisten.

Struktur pemerintahan perlu ada untuk memenuhi tuntutan Amal S°oleh ini. Ini bermaksud membentuk organisasi atau badan-badan atau jabatan-jabatan yang bertanggung-jawab dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai pemerintah, iaitu Penambah-baikan dari segala segi, terutama keperluan asas.

Keperluan asas manusia adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Untuk mendapat makanan, Pemerintah perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan agar rakyat dapat bekerja dan mendapat upah atau gaji.

Makanan berasal dari binatang ternakan juga tumbuh-tumbuhan. Minuman pula berasal dari sistem pengairan. Pemerintah kena mengambil langkah-langkah bagaimana hendak menambahkan bisnes Penternakan dan Pertanian dan menggalakkan rakyat untuk memperbanyakkan aktiviti dan usaha tersebut. Makanan adalah benda asas dan setiap negara wajib menjalankan usaha-usaha untuk rakyat sendiri menanam atau menternak sumber makanan agar tidak bergantung kepada negara luar untuk mengimport bahan-bahan makanan atau keperluan makanan atau minuman.

Al-Ma'idah : 89

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِىٓ أَيْمٰنِكُمْ وَلٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الْأَيْمٰنَ ۖ فَكَفّٰرَتُهُۥٓ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسٰكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلٰثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذٰلِكَ كَفّٰرَةُ أَيْمٰنِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوٓا أَيْمٰنَكُمْ ۚ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ ءَايٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

● Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya). ●

Selain makanan, keperluan kedua adalah kepada pakaian. Bisness Tekstil atau Perusahaan Tekstil juga perlu di beri penekanan dan penambah-baikan.

Keperluan ketiga setelah makanan dan pakaian adalah tempat tinggal atau rumah. Pemerintah wajib menambahkan penyediaan rumah-rumah yang mampu di miliki rakyat.


An-Nahl : 81

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِلٰلًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ الْجِبَالِ أَكْنٰنًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرٰبِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ وَسَرٰبِيلَ تَقِيكُم بَأْسَكُمْ ۚ كَذٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ

● Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri (TUSLIMUN) (kepada-Nya).●

Setelah segala keperluan asas ini di usahakan dan di fikirkan bagaimana hendak menambah baikinya barulah kita pergi kepada keperluan yang seterusnya.

Keperluan yang seterusnya adalah Sistem Pengumpulan Zakat dari Infaq atau Sedekah rakyat, dan sistem pengagihan yang lebih adil dan menyeluruh kepada yang memerlukan. Pemerintah kenalah berfikir bagaimana hendak memberi 'Pancing atau Kemahiran Memancing atau Jala atau Bot' kepada yang bukan FAQIR selain memberi 'Ikan' kepada para penerima zakat yang benar-benar FAQIR ('Patah Tulang Belakang' / Tidak Berupaya).

Seterusnya adalah keperluan Perubatan dan ilmu perubatan. Ini termasuk pembinaan Hospital dan tidak mencekik darah dari segi bayarannya. Orang dah sakit, yang tolong bayar bil pun boleh jadi sakit.

Seterusnya adalah keperluan Kajian dan Pembangunan atau 'Research and Development' (R&D). Inilah tujuan utama Sistem Pendidikan iaitu menghasilkan Ciptaan dan Innovasi hasil Kajian atau 'Research'. Yang tiada kita adakan, yang sedia kita perbaiki atau di tambah-baiki lagi. Kita perlu ramai manusia Berilmu dalam segala bidang ilmu - Sains - Fisiks, Kimia, Bioloji, Botani, Kejuruteraan, Sejarah, Astronomi, dan sebagainya, ringkasnya segala Ilmu di Alam Semesta. Ini semua atau pendeknya keperluan R&D, adalah suatu yang wajib ada dalam menjana teknologi baru yang boleh lebih memberi manfaat sebab ia akan mempercepatkan proses atau sistem menjadi lebih efisien dan efektif. Tidak ada satu benda pun Allah jadikan sia-sia. Dan semuanya (apa dan sesiapa selain manusia) di tundukkan kepada manusia.

Ali 'Imran : 190

إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَءَايٰتٍ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ

● Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mempunyai Lubb (ULIL ALBAB) ●

Ali 'Imran : 191

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلٰى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بٰطِلًا سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

● (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan (YATAFAKKARUN) tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. ●

An-Nahl : 12

وَسَخَّرَ لَكُمُ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ وَالنُّجُومُ مُسَخَّرٰتٌۢ بِأَمْرِهِۦٓ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

● Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kebenaran Allah) bagi kaum yang menga'aqali (YA'QILUN). ●

An-Nahl : 13

وَمَا ذَرَأَ لَكُمْ فِى الْأَرْضِ مُخْتَلِفًا أَلْوٰنُهُۥٓ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ

● dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengambil pelajaran / peringatan. ●

Seterusnya antara yang terpenting juga adalah persiapan pertahanan negara atau persiapan dalam menghadapi peperangan jika kita di perangi dan di zalimi atau di aniaya. Kita orang Muslim hanya di suruh berperang dengan orang bukan Islam yang memerangi kita. Jika zaman sekarang ada teknoloji ketenteraan nuklear, kimia, bioloji dan fisiks, kita juga wajib membuat kajian dan membangunkan sendiri sistem pertahanan dan ketenteraan kita. Mengimport teknoloji ketenteraan dari negara lain adalah satu kedunguan turun temurun.

An-Nisa' : 71

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ فَانفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انفِرُوا جَمِيعًا

● Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama! ●

Al-Anfal : 60

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَىْءٍ فِى سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

● Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan (QUWWATI) apa saja yang kamu sanggupi dan dari CAVALRY / 'Armoured Vehicles' / Pasukan Berkuda (yang dengan itu), kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). ●

Seterusnya pemerintah wajib mengadakan sistem kehakiman yang adil. Di sinilah PENTINGNYA MEMAHAMI APA ITU SYARIAT ALLAH. Segala Syariat Allah tentang apa hukuman yang wajib di jalankan terhadap kesalahan-kesalahan BESAR yang membabitkan kemaslahatan orang ramai, yang kena mengena dengan orang lain, WAJIB di laksanakan seperti hukuman terhadap Penzina dan Pencuri.

Hukum-hukum Allah atau Syariat Allah ('Syariah Law') telah jelas dalam kes pencurian atau rompakan, dalam pembahagian harta, dalam menjalankan perniagaan, perkahwinan, penceraian dan lain-lain. Semuanya terdapat di dalam Al-Quran.

Terhadap kesalahan-kesalahan lain yang tidak di sebutkan hukuman dan undang-undangnya di dalam Al-Quran, maka suruhan Allah adalah berlaku ADIL dalam Sistem Kehakiman atau Sistem Keadilan.

Penelitian dari kedua belah pihak beserta bukti dan kebijaksanaan para hakim adalah perlu dalam menjalankan keadilan dalam menghukum manusia. Arahan dan

Al-Ma'idah : 49

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَنۢ بَعْضِ مَآ أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفٰسِقُونَ

● dan hendaklah kamu memutuskan hukum (WA ANIHKUM) di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. ●

An-Nisa' : 58

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمٰنٰتِ إِلٰىٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًۢا بَصِيرًا

● Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ●

An-Nur : 2

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِى فَاجْلِدُوا كُلَّ وٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

● Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) DEEN (Cara atau Peraturan Hidup) Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. ●

An-Nisa' : 16

وَالَّذَانِ يَأْتِيٰنِهَا مِنكُمْ فَـَٔاذُوهُمَا ۖ فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا عَنْهُمَآ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيمًا

● Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya, kemudian jika keduanya bertaubat dan memperbaiki diri (AS°LAHA), maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. ●

At-Taubah : 112

التّٰٓئِبُونَ الْعٰبِدُونَ الْحٰمِدُونَ السّٰٓئِحُونَ الرّٰكِعُونَ السّٰجِدُونَ الْءَامِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحٰفِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

● Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara (HAFIZ°UN) hukum-hukum / 'batasan ketetapan' (HUDUD) Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu. ●

Al-Baqarah : 229

الطَّلٰقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌۢ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌۢ بِإِحْسٰنٍ ۗ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَأْخُذُوا مِمَّآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ شَيْـًٔا إِلَّآ أَن يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِۦ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum / batas ketetapan (HUDUD) Allah. Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum / batas ketetapan (HUDUD) Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum / batas ketetapan (HUDUD) Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum / batas ketetapan (HUDUD) Allah mereka itulah orang-orang yang zalim. ●

Seterusya, baca, fahamilah dan ikutilah Al-Quran dan bertanyalah kepada orang berilmu yang takut kepada Allah. Segala hukum-hakam, batas ketentuannya, bagaimana perlaksanaannya, semuanya telah di jelaskan dengan terperinci.

An-Nisa' : 13

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ يُدْخِلْهُ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا ۚ وَذٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

● Itu adalah hukum-hukum / batas ketetapan (HUDUD) Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya kedalam Jannah yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. ●

Al-Insyirah : 7

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

● Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, ●

Sekali lagi, yang paling penting dalam kesemua tugas-tugas Pemerintah adalah mematuhi segala perintah Allah di dalam kitab wahyu yang di sampaikan melalui RasulNya.

====
End.

(Janganlah mengikut sahaja apa yang saya tulis, pembaca sendiri wajib menjadi orang berilmu dan bertanyalah juga kepada Ulil Albab atau ULAMAK yang TAKUT kepada Allah. Lagi, topik ini adalah terlalu besar untuk di muatkan dalam artikel yang pendek ini).

Allah Al-Malikul Mulk.

Allah YANG MENGETAHUI.
====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...