Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pagi dan petang

Mari kita menghafal sambil memaham Al-Quran di pagi dan petang hari

 (Date written : 30 May 2021) Kita di zaman Covid 19. Carilah fakta kebenaran akan mana satu berita benar dan mana palsu tikamana setiap orang bisa jadi wartawan memforwardkan pelbagai info. Yang paling baik adalah kita sendiri buat kajian - bacalah buku selain info yang terdapat di media sosial. Sebab? Nak membuat buku memerlukan masa kadang-kadang bertahun untuk mengumpul fakta dan sumber rujukan. Manakala nak membuat satu statement di media sosial - tidak memerlukan masa yang begitu lama dan sumber rujukan juga agak terhad. Dan setiap yang membaca pula ada tanggungjawab untuk mengesahkannya sendiri. Seperti biasa, akan terdapat golongan majoriti dan golongan minoriti, termasuk dari kalangan Doktor yang bertauliah. Ada yang percaya Covid 19 ini sesuatu yang menakutkan maka kena ambil langkah yang sangat berhati-hati dan hidup diselubungi kerisauan. Maka solusi hanya satu - Lockdown, patuh SOP. Ada yang percaya Covid 19 ini suatu konspirasi buatan 'the hand behind' dan mereka ...