(Date written : 6 Jan 2018) Kebelakangan ini terdapat larangan lagi di kalangan 'seakan Ulamak' yang mengatakan tidak boleh melafazkan Zikir Allah, Allah.. Golongan ini mengatakan Tak Guna, Tak bererti, Tak Habis dan juga mengatakan 'Nabi Tak Buat'. Seolah-olah mereka hidup zaman Nabi sehingga Nabi wafat. Nak berzikir biarlah dengan mengucapkan Subhanallah, Allahuakbar, La ilaha illallah dan lain-lain. Orang yang lebih pengetahuannya membawa hujah bahawa menyebut Allah itu adalah suatu Zikir. Mari kita pergi lebih dalam. Golongan yang selalu mengatakan Nabi tak buat ini selalunya mengutamakan Riwayat Hadith Sahih (Bukhari dan Muslim) dan jika tiada Riwayat Hadith Sahih (Bukhari dan Muslim) maka mereka pun mengatakan 'Nabi tak buat' atau 'Nabi tak suruh buat'. Golongan ini juga berani mengatakan bahawa 'Asal Ibadat itu Haram' jika tidak ada Dalil yang menyuruh melakukan 'Ibadat' itu. Sekali lagi mereka sangat mengutamakan Riwayat...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●