Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

Mari kita menghafal sambil memaham Al-Quran di pagi dan petang hari

 (Date written : 30 May 2021) Kita di zaman Covid 19. Carilah fakta kebenaran akan mana satu berita benar dan mana palsu tikamana setiap orang bisa jadi wartawan memforwardkan pelbagai info. Yang paling baik adalah kita sendiri buat kajian - bacalah buku selain info yang terdapat di media sosial. Sebab? Nak membuat buku memerlukan masa kadang-kadang bertahun untuk mengumpul fakta dan sumber rujukan. Manakala nak membuat satu statement di media sosial - tidak memerlukan masa yang begitu lama dan sumber rujukan juga agak terhad. Dan setiap yang membaca pula ada tanggungjawab untuk mengesahkannya sendiri. Seperti biasa, akan terdapat golongan majoriti dan golongan minoriti, termasuk dari kalangan Doktor yang bertauliah. Ada yang percaya Covid 19 ini sesuatu yang menakutkan maka kena ambil langkah yang sangat berhati-hati dan hidup diselubungi kerisauan. Maka solusi hanya satu - Lockdown, patuh SOP. Ada yang percaya Covid 19 ini suatu konspirasi buatan 'the hand behind' dan mereka

Kesimpulan Di mana Allah (2)

 (Date written : 30 May 2021) Persoalan di mana Allah sejak dari dulu menjadi perdebatan hangat di kalangan puak A vs puak B. Dalam artikel yang lain, sudah banyak saya huraikan seperti di sini : https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/11/keterangan-wujud-allah-di-mana-dari.html https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/02/arasy-dan-wujud-allah-di-mana-1.html https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/02/arasy-dan-wujud-allah-di-mana-2.html https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/11/kesimpulan-wujud-allah-di-mana.html Namun, di dalam artikel ini, saya ingin membawa pembaca pada beberepa Ayat Al-Quran yang merangkumkan kesemua jawapan, agar mudah kepada sesiapa untuk memahami dan memberitahu kepada siapa pun yang lain tentang persoalan ini. Firman Allah : Al-Baqarah 2 : 186 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ● Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu ten

Mengapa kita direndahkan

 (Date Written : 29 May 2021) Ada 2 persoalan yang hendak di jawab di dalam artikel ini. Pertama adalah kalamana kita kena merendahkan diri dan mengapa. Kedua adalah kadang-kadang dalam kita manjalani ujian kehidupan, kerana kealpaan dan sombong diri, kerana suatu musibah, kita merasa jatuh ke bawah sejatuh-jatuhnya, atau merasa rendah diri betul di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Firman Allah: Al-A'raf 7 : 55 ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ● Berdoalah / Serulah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan dalam bersendiri. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. ● ضرع bermaksud rendah diri, hina dina. Kita di arah oleh Allah untuk merasa hina dina / rendah diri semasa menyeru Allah dan dalam keadaan yang bersendiri (private). Al-A'raf 7: 205 وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْءَاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغٰفِلِينَ ● Dan sebutlah T

Kehilangan

  Kehilangan Di Subuh yang bening Telefon itu berdering-dering Bagai halilintar menusuk bumi Mendengar ibuku sudah tiada lagi Kemanakan ku bawa hati ini Teman baik sudahkan pergi Kesepian rasa bersendiri Terkenang dirinya di Alam Memori Pepohon hijau menggamit kenangan Danau Semenyih menyepi rasa Ku lihat langit dan bumi bertautan Di horizon tak bertepian bertemu mesra Hilanglah sudah tempat bicara Berehat minda Berceritera apa sahaja Yang pahit dan gembira semua ada Di sulam tawa di sini sana Apakah akan ada pengganti Si Dermawan lagi Si Bersih hati Tegas dan bijak meneladani Menggamit kasih sayang alami Sengsara dunia ibu lalui Tanpa keluhan tanpa memaki Pantang mendengar insan derita Pasti dihulur sumbangan pelbagai rupa Pergimu ke Alam Barzakh Menanti Kebangkitan di Alam penuh resah Ku mohon Ampunan dan Kasih sayang Allah Buat ibu yang puas sudah Wahai Allah Tuhan yang Pemurah Bersujud aku memohon Maghfirah Tiada Tuhan selain Engkau mahu ku serah Jiwa dan Raga seluruh ku sembah Wah