Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

Tentang Melihat Anak Bulan

 Date written : 16 - 20 Apr 2023 Intro Disebabkan arahan Allah, manakala nak sampai bulan Ramadhan, kita di Malaysia wajib melihat anak bulan, ketika nak menentukan tarikh masuknya bulan Ramadhan dan Bulan Syawal. Persoalannya benarkah begitu arahan Allah? Jika tak nampak anak bulan, maka terpulang kepada Jabatan Agama negeri-negeri masing-masing dalam negara Malaysia (tahun-tahun dulu - 70an, 80an) untuk menentukan tarikh bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal.  Masalah Semasa saya kecil (awal 70an), memang terjadi di Malaysia sendiri, ada antara negeri yang berpuasa dahulu dan beraya dahulu, berlainan dari negeri lain. Ada orang dalam negeri lain mengikut tarikh puasa negeri lain. Dan tarikh bulan Ramadhan juga Syawal juga lain dari dulu sampai sekarang di antara negara-negara penduduk Islam yang lain. Kawan saya seorang berbangsa Cina, pernah mengatakan "you muslim people, if only you guys follow the Chinese Calendar, for sure you will find the correct date for your Ramadhan and