Langkau ke kandungan utama

Tentang Melihat Anak Bulan

 Date written : 16 - 20 Apr 2023


Intro

Disebabkan arahan Allah, manakala nak sampai bulan Ramadhan, kita di Malaysia wajib melihat anak bulan, ketika nak menentukan tarikh masuknya bulan Ramadhan dan Bulan Syawal.

Persoalannya benarkah begitu arahan Allah?

Jika tak nampak anak bulan, maka terpulang kepada Jabatan Agama negeri-negeri masing-masing dalam negara Malaysia (tahun-tahun dulu - 70an, 80an) untuk menentukan tarikh bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal. 


Masalah

Semasa saya kecil (awal 70an), memang terjadi di Malaysia sendiri, ada antara negeri yang berpuasa dahulu dan beraya dahulu, berlainan dari negeri lain. Ada orang dalam negeri lain mengikut tarikh puasa negeri lain.

Dan tarikh bulan Ramadhan juga Syawal juga lain dari dulu sampai sekarang di antara negara-negara penduduk Islam yang lain.

Kawan saya seorang berbangsa Cina, pernah mengatakan "you muslim people, if only you guys follow the Chinese Calendar, for sure you will find the correct date for your Ramadhan and Syawal".

Kata-kata kawan saya ini betul-betul seperti satu ledakan bom dalam kepala saya. Ianya menunjukkan kita orang Muslim ni sampai sekarang tak pandai dan tak reti bab perhitungan hari, bulan dan tahun, sebab itu antara orang Muslim sendiri tidak bersatu dalam hal ini.


Perincian

Mari kita masuk dalam dan memperincikan apa isu sebenarnya dalam hal tidak sekata dalam menentukan tarikh sesuatu bulan ini.


Firman Allah:

At-Taubah 9:36

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْۚ وَقَٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ 

• Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) Deen yang lurus, maka janganlah kamu menzhalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang takwa. •

Allah mengatakan bahawa dalam setahun, ada 12 bulan. Dan dalam 12 bulan tersebut, ada 4 bulan haram.

Firman Allah lagi:

Al-An'am 6:96

فَالِقُ ٱلْإِصْبَاحِ وَجَعَلَ ٱلَّيْلَ سَكَنًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ حُسْبَانًاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ 

• Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketetapan Allah Yang Mahaperkasa, Maha Mengetahui. •

Allah mengatakan bahawa salah satu tujuan Matahari dan Bulan dijadikan adalah sebagai alat perhitungan. 


Ini bermaksud kedudukan kedua-dua Matahari dan Bulan yang berorbit yang kita lihat, menentukan jumlah hari, bulan dan tahun, sebagaimana firman Allah di bawah.


Yunus 10:5

هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلشَّمْسَ ضِيَآءً وَٱلْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا۟ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلْحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِٱلْحَقِّۚ يُفَصِّلُ ٱلْءَايَٰتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 

• Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. •


Firman Allah lagi:

Ar-Ra'd 13:2

ٱللَّهُ ٱلَّذِى رَفَعَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَاۖ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِۖ وَسَخَّرَ ٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَۖ كُلٌّ يَجْرِى لِأَجَلٍ مُّسَمًّىۚ يُدَبِّرُ ٱلْأَمْرَ يُفَصِّلُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُم بِلِقَآءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ 

• Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang telah ditentukan. Dia mengatur urusan (makhluk-Nya), dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu. •


Ibrahim 14:33

وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ دَآئِبَيْنِۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ 

• Dan Dia telah menundukkan matahari dan bulan bagimu yang terus-menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan malam dan siang bagimu. •


Berdasarkan firman Allah, Dia juga menerangkan pergerakan Matahari dan Bulan memang mengikut waktu yang telah ditentukan, dan ianya terus menerus begitu. Ini juga bermaksud secara deduksi, bahawa pergerakan Matahari dan Bulan adalah konsisten. Maksudnya, ia tidak berubah-ubah dan sebenarnya memang boleh dihitung dan diprediksi waktu dengan tepat akan bila akan terbitnya dan tenggelamnya matahari, termasuk bila masanya anak bulan atau awal atau akhir sesuatu bulan berdasarkan orbitnya.


Kedudukan Matahari juga adalah menentukan waktu solat :

Al-Isra' 17:78

أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيْلِ وَقُرْءَانَ ٱلْفَجْرِۖ إِنَّ قُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا 

• Laksanakanlah solat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan (bacaan) Quran sewaktu Fajar (Solat Fajar / Subuh) . Sungguh, (bacaan) Quran sewaktu fajar itu disaksikan. • 

Kala ini, kita boleh mengetahui dengan tepat waktu solat berdasarkan pemerhatian bertahun-tahun sehingga pakar kajian dapat menentukan kiraan waktu solat dengan tepat setiap kali waktu solat TANPA kita perlu memakai teloskop untuk menentukannya setiap waktu solat. Ini bermaksud pergerakan matahari itu adalah konsisten sejak dari dahulu kala sehingga sekarang, maka disebabkan itu para pengkaji atau saintis astronomi dapat mengeluarkan kiraan dengan tepat dan sekarang ini di mana sahaja kira berada, dengan hanya membuat carian di google, kita dapat tahu, waktu solat dengan tepat pada waktunya, untuk bersolat, bersahur dan berbuka puasa.


Bukan setakat itu sahaja, para astronomi dapat menentukan dengan tepat bila gerhana matahari dan bulan secara tepat dan ianya memang benar-benar berlaku tepat sehingga ke minitnya (sepertimana waktu solat).


Persoalannya adalah, jika pergerakan matahari adalah konsisten sehingga boleh diprediksi, maka adakah pergerakan bulan juga adalah konsisten ?

Jawapannya adalah semestinya.

Sebab? Allah berfirman di atas, pergerakan matahari dan bulan pada orbitnya adalah berterusan secara konsisten dan dengan pemerhatian bertahun-tahun lamanya para saintis astronomi juga dapat menentukan bilakah masanya anak bulan akan timbul secara tepat.


Ini juga bermaksud, kerana memang sudah lama diperhatikan tahun demi tahun, selama beribu-ribu tahun lamanya, maka persoalan timbulnya anak bulan dan bentuk cahaya bulan tatkala bergerak melalui orbitnya dapat diprediksi dengan tepat sepertimana para Astronomi menetukan waktu solat berdasarkan pergerakan matahari. Astronomi dalam istilah Arab adalah ilmu falak.


Firman Allah:

Ya Sin 36:39

وَٱلْقَمَرَ قَدَّرْنَٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلْعُرْجُونِ ٱلْقَدِيمِ 

• Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehingga (setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir) kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua. •


Bentuk dahan tandan tua (melengkung)



Bentuk bulan seperti dahan tandan tua ketika hujung bulan.

Imej-imej di atas menunjukkan bentuk dahan tandan yang tua yang melengkung seperi lengkungnya bentuk bulan sewaktu hendak berakhirnya satu bulan.


Ini bermaksud, Allah telah pun memberikan gambaran berharga tentang bentuk bulan mengikut awal, tengah bulan atau akhir bulan, dan juga bulan baru dipanggil anak bulan atau hilal.



Ini pula bentuk Anak Bulan atau Hilal


Pemandangan Anak Bulan dari Balai Cerap (Observatory) di Teluk Kemang 




Mari kita perhatikan konklusi yang telah dirumuskan oleh pakar astronomi / falak.

1. Dalam setahun ada 365.242 atau lebih kurang 365 1/4 hari, iaitu pergerakan matahari dalam melengkapkan tempoh setahun (kalendar solar).

2. Pusingan bulan mengelilingi bumi pula adalah sebanyak 29.530589 atau 29 1/2 hari.

3. Pergerakan bulan dalam setahun (kalendar lunar) adalah sebanyak 354.36706 hari setahun, iaitu kurang sebanyak 11 (365 - 354) hari jika dibandingkan dengan hitungan hari mengikut pergerakan matahari (365.25 hari).

4. Bulan penuh berlaku kalamana cahaya bulan kelihatan penuh pada seluruh permukaan bulan manakala permulaan bulan (new moon) pula berlaku tatkala bulan tidak kelihatan langsung.

5. Hilal atau anak bulan adalah merupakan fasa bulan yang paling nipis atau paling kurang bercahaya. Hilal akan muncul selepas fasa ijtimak atau fasa bulan gelap atau dipanggil juga 'new moon' atau bulan baru.


Jenis-jenis Kalendar

1. Kalendar berdasarkan kedudukan matahari - dipanggil Kalendar Masihi, Gregorian atau Solar Calendar.

Kalendar Masihi / Solar


2. Kalendar berdasarkan kedudukan bulan - dipanggil Kalendar Hijri atau Lunar Calendar.


Kalendar Masihi dan Hijriah
(21 April 2023 = 1 Syawal mengikut Hisab)


3. Kalendar berdasarkan kedudukan kedua-dua matahari dan bulan - dipanggil Lunisolar Calendar (Lunar + Solar = Lunisolar). Lunisolar Calendar adalah kalendar yang tarikhnya menggambarkan kedudukan fasa bulan dan juga waktu dalam tahun solar serentak,  kombinasi lunar dan solar calendar. Kalendar Cina menggunakan Lunisolar Calendar. 

Imej dibawah pula adalah Kalendar Lunisolar yang menggabungkan bulan-bulan Hijriah.


Beza Kalendar Lunisolar dengan Kalender Solar dan Kalendar Lunar adalah Kalendar Lunar hanya mengira fasa bulan manakala Kalendar Solar hanya mengira pergerakan dan kedudukan matahari termasuk musim-musimnya (spring / bunga, summer / panas , fall / luruh ,winter / dingin), makanya kerana hanya 354 hari dalam setahun untuk Kalendar Lunar berbanding Kalendar Solar yang 365 hari setahun, maka bulan-bulan dalam Kalendar Lunar /Hijriah akan lebih awal setiap tahun. Jika menggunakan Kalendar Lunisolar, maka bulan-bulan dalam Kalendar Lunisolar tetap sama setiap tahun dan hanya mempunyai offset / ganjakan sedikit sahaja setiap tahun. Itu sebab, Hari Raya China atau Chinese New Year lebih kurang sama setiap tahun iaitu antara hujung Jan - awal Feb setiap tahun.


Firman Allah:

Ar-Rahman 55:5


ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ 


• The sun and the moon [move] by precise calculation, •

• Matahari dan Bulan beredar menurut perhitungan (yang tepat) •


Berdasarkan ayat Allah di atas, perhitungan hari, bulan dan tahun, perlu mengambil kira kedua-dua pergerakan matahari dan bulan.


Menjawab persoalan tentang kefardhuan melihat anak bulan sebelum berpuasa dan menentukan akhir Ramadhan.

Firman Allah:

Al-Baqarah 2:185


شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 


• Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu menyaksikan ( شهد) di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur. •

Ayat Allah di atas lah yang menjadi dalil mengapa 'dikatakan' melihat anak bulan itu menjadi wajib setiap kali hendak berpuasa.


Benarkah begitu?

Cuba fahamkan ayat Allah ' ...Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..'.


Dan yang paling utama, keyword atau kata kunci utama adalah شهد bermaksud menyaksikan.


Apa maksud barangsiapa menyaksikan? Adakah ini bermakna melihat? Apakah setiap penyaksian itu mesti boleh dilihat?

Contoh. Kita boleh tahu adanya angin tanpa kita melihat, namun kita rasa, maka itu bermaksud kita mengaku atau merasakan angin, maka dengan ini kita bersaksi atau menyaksikan bahawa angin telah mengenai tubuh badan kita.


Begitu juga dengan kita bersaksi atau menyaksikan bahawa  Nabi Muhammad itu Rasul Allah. Kita menyaksikan KEBENARAN atau kewujudan seorang Rasul Nabi bernama Muhammad yang diutus Allah menyampaikan wahyu Allah kepada kita sekalian alam.

Namun kita tetap tidak melihat atau rukyah kepada Rasul Nabi Muhammad tersebut kerana baginda sudahpun meninggal lama dahulu.

Di Malaysia, telah diputuskan bahawa kaedah menentukan tarikh berpuasa dan tarikh akhir puasa adalah dengan kaedah Imkanur Rukyah (kebolehnampakan) kepada hilal atau anak bulan dengan lebih kurang 29 balai-balai cerap (observatory) di seluruh Malaysia dan juga Hisab atau perhitungan mengikut ilmu Falak atau Astronomi. Alat yang digunakan pula adalah Theodolite dan juga Teleskop. Theodolite adalah salah satu alat Survey yang mengukur sudut mendatar (horizontal) dan menegak (vertical). Alat moden selalunya diintegrasikan Teleskop pada Theodolite tersebut.

Negara-negara lain, kadang-kadang ada yang menggunakan Hisab (Astronomi) sahaja atau rukyah hilal sahaja. Itulah sebabnya kita orang Islam di seluruh dunia mempunyai tarikh berbeza dalam menentukan bilakah tarikh mula dan akhir berpuasa.

Penyelesaian

Boleh atau tidak kita seluruh kaum Muslimin di dunia ini bersatu dalam menentukan tarikh awal dan akhir berpuasa ini?


Sepatutnya boleh.

Namun, kerana kita masih mengatakan perbezaan pendapat itu suatu Rahmat, selagi itu kita tak akan bersatu. 

Begitulah keadaannya mungkin sehingga kiamat.

'We can never get a straight answer' from the so-called Ulamak.

Kadang-kadang faktor cuaca tidak mengizinkan untuk kita melihat atau nampak anak bulan itu sebab dilindungi awan atau sudut lihat kita memang tidak akan nampak anak bulan tersebut MESKIPUN berdasarkan kiraan Hisab / Astronomi, anak bulan sepatutnya memang sudah WUJUD.

Di Malaysia, masih ada mereka yang berpegang kepada KENAMPAKAN anak bulan dan bukan pada KEWUJUDAN anak bulan. Dan inilah yang kita semua ikuti. Dan di sinilah punca kita menjadi keliru.


Namun, jika dikembalikan kepada ayat Allah yang bermaksud MENYAKSIKAN, maka telah jelas bahawa yang sepatutnya kita ikuti adalah kalamana wujudnya anak bulan itu melalui PENYAKSIAN kita berdasarkan ILMU (ilmu falak atau segala jenis fakta kebenaran yang lain) dan bukan kepada KENAMPAKAN anak bulan tersebut. Anak bulan itu mungkin tidak kita nampak tapi memang sudah ada, maka masuk tak Ramadhan atau Syawal?

Tanyakan diri kita dalam-dalam.

Macam mana kita berbuka puasa? Kita google masa masuk Maghrib berdasarkan ilmu falak atau Astronomi atau Hisab / Perhitungan yang sudah dikaji dan dirumuskan ribuan tahun. Tidak pula kita pakai Theodolite dan Teleskop setiap masuk waktu solat untuk menentukan masuknya setiap waktu solat sedangkan ketentuan berhenti makan minum atau boleh makan minum (berbuka) berdasarkan waktu itu, iaitu terbit dan tenggelamnya matahari.


--------

End.

Allah Al-Hakim.

--------------

Tatkala artikel ini ditulis, di Malaysia, tarikh 1 Syawal jatuh pada Hadi Sabtu iaitu pada 22 April 2023, manakala di Arab Saudi, tarikh 1 Syawal adalah pada Hari Jumaat, 21 April 2023.

MEKAH – Arab Saudi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat selepas anak bulan Syawal kelihatan semalam, lapor portal berita Saudi Gazette.















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...