Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Apa itu LANGIT

Langit

(Tarikh ditulis : 27 Aug 2017) Pengenalan Langit . Adakah benar kita sudah benar-benar faham apa itu Langit atau As-Samaa` dalam Bahasa Arab. Ianya tersangat penting untuk kita fahami tentang apa itu 'Langit' atau 'Sky' dalam Bahasa Inggeris kerana dalam Bahasa Arab dan dalam Al-Quran, keterangan tentang As-Samaa` itu LAIN dari apa yang kita biasa faham. Analisa tentang Langit Langit atau As-Samaa` yang berdasarkan kata dasar SIN MIN WAU disebut sebanyak 381 kali di dalam Al-Quran dengan pelbagai variasi lain termasuk SAMAAWAAT, ISM, ASMA, TASMIYYAT, MUSAMMAT, SAMMA. [Kata dasar yang merujuk kepada Langit ini sama dengan ISM iaitu yang merujuk kepada Nama.] Az-Zariyat : 47 وَالسَّمَآءَ بَنَيْنٰهَا بِأَيْيدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ ● Dan LANGIT itu Kami BINA (construct / BANAINAHA) dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar MELUASKANNYA (LAMUSI'UUN). ● Al-Baqarah : 22 الَّذِى جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرٰشًا وَالسَّمَآءَ بِنَآء...