Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Beza Subjek dan Predikat (Memahami apa maksud NAMA)

(Tarikh ditulis : 25 Jan 2017) Abu hidup. Abu itu Subjek. Hidup itu Predikat. Dalam English ianya di panggil 'Predicate'. Di dalam predikat pula akan ada penerangan tentang subjek ('subject') tersebut samada dalam kata kerja atau kata sifat. Ianya bermaksud Predikat adalah sesuatu yang menerangkan tentang sesuatu Subjek. Samada yang di buatnya atau kerjanya, kelakuannya atau sifatnya sesuatu Subjek. Abu membawa kereta. 'Abu' itu Subjek dalam ayat di atas. 'Membawa kereta' itu Predikat dalam ayat di atas. ----- Apa tujuan artikel ini di tulis ? UNTUK memahamai apa maksud NAMA yang di sebutkan Allah dalam mengajar Adam dan keturunannya. Firman Allah : Al-Baqarah : 30 وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوٓا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ ● Ingatlah ketika Tuh

Takrifan-takrifan

(Date written : 21 Jan 2017) ■ Iman itu Keyakinan tanpa Ragu-ragu kepada yang Benar. Keyakinan kepada Allah, tanda pertamanya ada pada Rasa Takut. (49:15, 8:2) ■ Sebelum yakin, kita perlu Islam - tunduk patuh berserah diri kepada Sistem Peraturan yang di tetapkan. Ada orang hanya Islam tapi tidak beriman atau yakin. Maka mungkin jadi Munafik. (3:83, 4:81) ■ Selepas yakin, kita juga perlu Islam keseluruhannya - tunduk patuh berserah diri kepada Dia, yang menetapkan Sistem Peraturan (Deen). Ada orang yakin tapi masih tidak Islam keseluruhannya. Syaitan ada dalam kategori ini, walau dia takut kepada Allah. (2:208, 8:48) ■ Rasa Takut kepada Allah hanya datang apabila kita berilmu. Berilmu bermaksud mengenal kebenaran. Inilah takrif ULAMAK. (2:31-32, 35:28) ■ Makanya Berilmu dulu, mengenal Kebenaran dulu, baru boleh Beriman, baru boleh yakin, dan bukan sebaliknya. (3:190-191) ■ Jika Islam itu perbuatan fizikal, maka iman atau yakin itu perbuatan qalbu. Ianya perlu 'masuk'

Apa itu MANSAKA atau NUSUKI ?

(Tarikh ditulis : 18 Jan 2017) Al-An'am : 162 قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ ● Katakanlah: sesungguhnya solatku, 'PENGORBANAN ku' (NUSUKI), hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. ● NUSUKI adalah berdasarkan kata dasar NUN SIN KAF (NUSUK) di sebut sebanyak 7 kali dalam Al-Quran dengan variasi perkataan seperti MANSAK, NAASIKU, MANASIKANA, MANASIKAKUM bergantung kepada konteks ayat. Al-Baqarah : 127 وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرٰهِۦمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ● Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". ● Al-Baqarah : 128 رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَا

KHUSYU'

(Tarikh ditulis : 13 Jan 3017) Khusyu' adalah berdasarkan kata dasar KHO SYIN 'AIN dan di dalam Al-Quran di sebut sebanyak 17 kali di sebut dengan pelbagai variasi perkataan seperti KHASYA'ATI, KHUSYU' dan KHASYI'. Al-Mu'minun : 1 قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ● Sesungguhnya telah BERJAYA / MENANG (AFLAH) orang-orang yang beriman, ● Al-Mu'minun : 2 الَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خٰشِعُونَ ● (iaitu) orang-orang yang khusyu' (KHOSYI'IN) dalam S°OLATnya, ● Apakah sebenarnya maksud KHUSYU' ? Adakah ianya bermaksud FOKUS atau TUMPU PERHATIAN ? Adakah ianya bermaksud TUNDUK Hina ? Adakah ianya bermaksud TUNDUK Ketakutan ? ----- Mari kita perhatikan : 1) KHUSYU' ada kaitan dengan PANDANGAN (ABS°AR) dan WAJAH atau RASA Diri / Ekspresi Diri. An-Nazi'at : 8 قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ ● Hati (QULUBUN) manusia pada waktu itu sangat takut, ● An-Nazi'at : 9 أَبْصٰرُهَا خٰشِعَةٌ ● Pandangannya (ABS°ARUHA) T

Definasi-definasi dalam Islam

(Tarikh ditulis : 9 Jan 2017) Pengenalan Kita seringkali mendengar kenyataan-kenyataan seperti di bawah : -Islam adalah satu AGAMA. -Kristian adalah satu AGAMA. -Buddha adalah satu AGAMA. -Perbanyakkan IBADAH untuk mendapat PAHALA. -Saya sudah menganut ISLAM. -Saya sudah BERIMAN. -Saya IKHLAS dalam memberi derma ini. -Bila sudah habis berusaha kita BERTAWAKKAL lah kepada Allah. ----- Benarkah kita sudah memahami apa sebenarnya maksud KENYATAAN di atas ? Atau kita masih mengikut-ngikut tanpa bukti yang nyata ? Dan yang selalunya kita mengikut adalah Pendapat seseorang yang kita 'percayai' benar. Sedangkan Pendapat itu adalah terlebih dekat dengan Sangkaan dan Sangkaan tidak sedikit pun mendekati Kebenaran. Apa sahaja bernama PENDAPAT atau 'OPINION', (termasuk saya punya penulisan jika ada) sesiapa sahaja berhak untuk berhujah dan membawa bukti atau dalil hujah, sehingga Kebenaran itu Ternyata dengan JELAS. Bila kebenaran sudah jelas terbuk

Hukum-hakam dalam Islam

(Tarikh ditulis : 06 Jan 2017) Pengenalan Soalan : Ustaz, apa hukumnya kita korek telinga masa puasa ? Jawapan : Menurut Imam A, hukum mengorek telinga semasa berpuasa menyebabkan BATAL puasa. Menurut Imam B, hukum mengorek telinga semasa berpuasa adalah HARUS. Soalan : Bagaimana pula jika kita mengorek hidung Ustaz ? Menurut pendapat ..sekian sekian ULAMAK... Menurut pendapat sana.. Menurut pendapat sini.. .... Kalau belajar Ilmu Feqah maka akan kita dapati 6 'HUKUM' dalam 'IBADAT' : 1) Halal 2) Wajib 3) Sunat 4) Harus 5) Makruh 6) Haram Dan di tambah 2 lagi : 1) Sah 2) Batal ..... "Ustaz, apakah hukumnya mengutip pucuk paku?" Apakah ini yang dikatakan Hukum-hakam dalam Islam ? Masalah Orang mengaku Islam Sejagat Masalah 1 : Sejak dari kecil kita di besarkan dengan 'HUKUM-HUKUM' yang datang dari PELBAGAI PENDAPAT sehingga pening kepala mana satu yang boleh kita ikuti. Orang yang mula-mula nak dekatka