Langkau ke kandungan utama

Hukum-hakam dalam Islam

(Tarikh ditulis : 06 Jan 2017)

Pengenalan


Soalan :

Ustaz, apa hukumnya kita korek telinga masa puasa ?

Jawapan :

Menurut Imam A, hukum mengorek telinga semasa berpuasa menyebabkan BATAL puasa.

Menurut Imam B, hukum mengorek telinga semasa berpuasa adalah HARUS.

Soalan :

Bagaimana pula jika kita mengorek hidung Ustaz ?

Menurut pendapat ..sekian sekian ULAMAK...

Menurut pendapat sana..
Menurut pendapat sini..

....

Kalau belajar Ilmu Feqah maka akan kita dapati 6 'HUKUM' dalam 'IBADAT' :

1) Halal
2) Wajib
3) Sunat
4) Harus
5) Makruh
6) Haram

Dan di tambah 2 lagi :
1) Sah
2) Batal

.....

"Ustaz, apakah hukumnya mengutip pucuk paku?"

Apakah ini yang dikatakan Hukum-hakam dalam Islam ?


Masalah Orang mengaku Islam Sejagat


Masalah 1 : Sejak dari kecil kita di besarkan dengan 'HUKUM-HUKUM' yang datang dari PELBAGAI PENDAPAT sehingga pening kepala mana satu yang boleh kita ikuti.

Orang yang mula-mula nak dekatkan diri dengan 'AGAMA', akan mula terdengar soalan-soalan seperti dalam tulisan Pengenalan di atas.

Maka bila macam dah faham, itulah yang di sampaikan dan ditekankan kepada orang lain. Kebanyakkannya adalah AMALAN LUARAN. Contoh syarat sah Solat, bacaan-bacaan dalam Solat, tertibnya, dengan sangat kurang PENEKANAN terhadap KERJA ATAU AMALAN DALAM Qalbu. Secara Lahirnya nampak SAH, batinnya FIKIRAN atau MINDA menerawang ke tempat lain.


Masalah 2 : Perkataan HUKUM itu sendiri tidak sesuai di gunakan dalam penggunaan seharian sebab akan kelihatan bahawa Islam ini asyik kerjanya mengHUKUM je kerja.

Padahal yang paling penting sekali atau paling utama sekali adalah mengenal dan MEMAHAMI Siapa yang LAYAK memutuskan HUKUM atau HUKUMAN, dan mengapa kena patuh pada Pembuat Hukum dan mengapa kita dihidupkan dan dimatikan, apa tujuan kita hidup, mengapa kena mengadi kepada Allah dan sentiasa merasa sedar akan Wujud dan Keagungan Dia. Sentiasa MERASA SEDAR kepada Allah itulah TAQWA.


Masalah 3 : Sifat kebanyakan manusia memang suka bertanya hal-hal yang tak relevan dan makin membuatkan sesuatu hal itu jadi susah. Perkara yang tak perlu tanya di tanya-tanya sehingga menyusahkan diri sendiri.

Cubalah baca BUKU Panduan Hidup kita iaitu Al-Quran, dan lihat dan faham isi-isinya. Kalau tak ada arahan atau larangan di situ maka bolehlah buat atau pun tak payah buat pun takpe. Dasar sesuatu perbuatan itu adalah harus. JANGAN BANYAK SOAL.

Surah Al-Baqarah yang bermaksud LEMBU menceritakan dengan jelas tentang SIFAT MANUSIA yang SUKA BERTANYA dan menyusahkan diri.

Al-Baqarah : 67

وَإِذْ قَالَ مُوسٰى لِقَوْمِهِۦٓ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تَذْبَحُوا بَقَرَةً ۖ قَالُوٓا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا ۖ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجٰهِلِينَ

● Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor LEMBU ('Cow' / Al-Baqarah)". Mereka berkata: "Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan?" Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil / 'Ignorant'". ●

Al-Baqarah : 68

قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا هِىَ ۚ قَالَ إِنَّهُۥ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَّا فَارِضٌ وَلَا بِكْرٌ عَوَانٌۢ بَيْنَ ذٰلِكَ ۖ فَافْعَلُوا مَا تُؤْمَرُونَ

● Mereka berkata: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia menerangkan kepada kami; LEMBU apakah itu". Musa menjawab: "Sesungguhnya Allah berfirman bahwa LEMBU itu adalah LEMBU yang tidak tua dan tidak muda; pertengahan antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu". ●

Al-Baqarah : 69

قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا لَوْنُهَا ۚ قَالَ إِنَّهُۥ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَآءُ فَاقِعٌ لَّوْنُهَا تَسُرُّ النّٰظِرِينَ

● Mereka berkata: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya". Musa menjawab: "Sesungguhnya Allah berfirman bahwa LEMBU itu adalah LEMBU yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya". ●

Al-Baqarah : 70

قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا هِىَ إِنَّ الْبَقَرَ تَشٰبَهَ عَلَيْنَا وَإِنَّآ إِن شَآءَ اللَّهُ لَمُهْتَدُونَ

● Mereka berkata: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami bagaimana hakikat LEMBU itu, kerana sesungguhnya LEMBU itu kelihatan SERUPA bagi kami dan sesungguhnya kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk memperoleh lembu itu)". ●

Al-Baqarah : 71

قَالَ إِنَّهُۥ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَّا ذَلُولٌ تُثِيرُ الْأَرْضَ وَلَا تَسْقِى الْحَرْثَ مُسَلَّمَةٌ لَّا شِيَةَ فِيهَا ۚ قَالُوا الْـٰٔنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ ۚ فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا يَفْعَلُونَ

● Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahwa LEMBU itu adalah LEMBU yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak bercacat, tidak ada belangnya". Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat LEMBU yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka TIDAK melaksanakan perintah itu. ●

Pengajaran dari cerita itu adalah kalau Allah dari awal tak bagi SPESIFIKASInya maka janganlah SIBUK nak menanya itu ini.

'Yang mana satu Ustaz?, yang macam ni boleh Ustaz..macam tu boleh Ustaz..? pening kepala Ustaz sebab dia pun tak tau..mulalah Ustaz tu 'cipta' jawapan. Maka sesat dan menyesatkan.

Kan senang kalau Allah dah arahkan Sembelih seekor lembu, dan Allah tak bagi SPESIFIKASI detail, KERJAKAN je lah. Carilah mana-mana lembu pun dan Sembelihlah.

Ni bila tanya macam-macam, Allah tunjukkan KAN DAH SUSAH nak laksana Perintah Dia di sebabkan BANYAK SOAL, buatnya tidak. Akhirnya ada seekor je LEMBU yang dapat di cari yang ada SPESIFIKASI begitu. Ini semuanya sepatut menjadi PENGAJARAN atau IBRAH yang besar kepada kita.

Kalau Arahan Allah mahu spesifik atau terperinci, semua Allah dah terangkan dalam Al-Quran.

Yusuf : 111

لَقَدْ كَانَ فِى قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرٰى وَلٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِى بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَىْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

● Sesungguhnya pada KISAH-KISAH mereka itu terdapat PENGAJARAN (IBRAH) bagi orang-orang yang mempunyai LUBB (ULIL ALBAB - Orang yang mempunyai Pemahaman INTIPATI). Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan MEMPERINCIKAN (TAFS°IL) segala sesuatu, dan sebagai PEMBIMBING / PETUNJUK (HUDA) dan rahmat bagi kaum yang beriman. ●


Masalah 4 : Definasi atau penggunaan perkataan dalam Bahasa Arab yang di gunapakai di dalam Al-Quran tidak sama apabila di terjemahkan kepada Bahasa Melayu yang menjadikan Bayangan atau Persepsi diri itu salah terhadap sesuatu perkara, kerana berbeza definasi.

Sebagai contoh, DEEN dalam bahasa Arab di terjemahkan sebagai AGAMA. Penggunaan TERJEMAHAN 'AGAMA' kepada DEEN ini sendiri sudah menjadi KESALAHAN yang terlampau BESAR di kalangan orang ISLAM sehingga menjadi TERPISAH aktitviti HIDUP iaitu 'Ini AKTIVITI Agama' sedangkan 'Itu bukan aktiviti AGAMA'. Orang sebegini AGAMAWAN - yang Berjubah, Berserban atau Berkopiah, Berjanggut. Orang yang memakai KOT dan SELUAR dan nampak SEGAK dan SMART pula bukan AGAMAWAN atau Orang AGAMA.

Contoh kedua adalah IBADAT. Sering kita dengar 'perbanyakkanlah IBADAT untuk mendapat PAHALA'. Dan dalam MINDA pula akan terbayang aktiviti-aktiviti KEAGAMAAN seperti berjubah, berkopiah dan ke masjid, bersolat jemaah, mendengar ceramah, membaca Al-Quran, berpuasa, BERZIKIR dan aktiviti lain yang dikenal sebagai IBADAH.

Manakala orang Muslim Mukmin yang sibuk buat Programming dan kerja-kerja Kejuruteraan untuk memahami dan mencipta atau menambah-baik sesuatu Teknoloji atau yang berniaga pula atau segala pekerjaan yang halal dalam mencari nafkah, tidak pula di katakan sebagai IBADAH sebab itu bukan kerja AGAMA?

Siapa yang sebenarnya memisahkan SEKULAR dengan AGAMA ni?

Orang barat ke atau yang bergelar 'ULAMAK AGAMA' sendiri ?


Benar vs Batil

Apa beza Hukum dengan Peraturan ?

Peraturan menceritakan syarat-syarat atau tatacara apa yang kena atau boleh buat atau apa yang tak boleh atau dilarang buat di dalam suatu Keluarga, Pertubuhan, Syarikat, Daerah, Negeri atau Negara (semua ini dipanggil Institusi) dalam menjalankan apa sahaja aktiviti mereka.

Sebagai contoh, setiap syarikat akan ada 'Employee Guidelines' atau Panduan Pekerja yang akan menceritakan bila waktu bekerja, syarat klaim kerja lebih masa, berapa jumlah cuti dan sebagainya.

Hukum pula adalah bila peraturan yang di buat tidak diikuti, maka ada Balasannya atau Hukumannya, sebagai contohnya, samada di beri Surat Amaran jika 3 kali datang lewat atau di buang kerja terus jika sebulan tak datang kerja tanpa memberitahu majikan. Makanya Hukum adalah berkaitan Undang-undang Syarikat yang melibatkan HUKUMAN kepada orang yang melanggar Peraturan dan proses ini mesti berlaku dengan adanya pembuktian. Undang-undang ini (manusia bikin) bagaimanapun boleh di rundingcara jika pekerja mempunyai alasan yang kukuh dan mahu membela diri.

Dari sini kita dapat tahu bahawa Peraturan atau Tatacara itu merangkumi keseluruhan Suruhan dan Larangan atau Sistem sesuatu Institusi. Inilah sebenarnya yang di maksudkan dengan DEEN. DEEN bermaksud Tatacara Hidup atau Peraturan Hidup atau Sistem Hidup.

Sub-set kepada Keseluruhan Tatacara itu ada Undang-undang yang melibatkan HUKUMAN jika sesetengah Arahan yang tidak di buat atau sesetengah Larangan yang di langgar. Inilah yang di maksudkan Syariat. Syariat itu Undang-undang yang melibatkan Hukuman tertentu yang memerlukan Pembuktian. TERASNYA adalah berlaku ADIL.

Kadang-kadang Larangan tertentu seperti datang lambat ke tempat kerja itu kalau berlaku sekali atau dua kali masih di kira ok namun bukan 3 kali berturut-turut. Inilah yang di panggil had-had tertentu, yang ada bilangan, ada tempoh dan ada pembahagian. Dan inilah di panggil HUDUD. HUDUD adalah had-had atau batas-batas sesuatu Peraturan.

Namun begitu, ada beberapa Peraturan atau Suruhan dan Larangan sesebuah syarikat itu yang tidak membabitkan Hukuman SEGERA jika di lakukan meskipun di tegah atau jika tidak di lakukan meskipun di suruh. Pekerja yang paling banyak mematuhi keseluruhan dan larangan cuma akan di beri ganjaran sewaktu PENILAIAN di lakukan pada hujung tahun. Manakala pekerja yang paling kurang mematuhi arahan meskipun tidak melanggar Undang-undang Syarikat, semasa Penilaian hujung tahun dilakukan, berkemungkinan juga di beri surat amaran yang memungkinkan di buang kerja sebab tidak memenuhi keperluan Syarikat untuk patuh kepada arahan. Analojinya, sama macam perbuatan kita di dunia yang semuanya akan di hitung dan akan di HISAB di hari akhirat sebelum hukuman ke Syurga atau Neraka di jatuhkan.



Definasi-definasi atau Takrifan-takrifan


1) DEEN adalah suatu Sistem atau Tatacara atau Peraturan Perlakuan (Hidup) seseorang atau sesuatu Institusi.

Perhatikan firman Allah berikut :

Yusuf : 76

فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَآءِ أَخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِن وِعَآءِ أَخِيهِ ۚ كَذٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ ۖ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِى دِينِ الْمَلِكِ إِلَّآ أَن يَشَآءَ اللَّهُ ۚ نَرْفَعُ دَرَجٰتٍ مَّن نَّشَآءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ

● Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami atur untuk (mencapai maksud) Yusuf. Tiadalah patut Yusuf MENAHAN saudaranya menurut DEEN (Sistem Peraturan) raja, kecuali Allah menghendaki-Nya. Kami tinggikan derajat orang yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui. ●

Al-Baqarah : 132

وَوَصّٰى بِهَآ إِبْرٰهِۦمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يٰبَنِىَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفٰى لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

● Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih DEEN (Tatacara hidup) ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam / (Berserah Diri dan Tunduk Patuh) (MUSLIMIN)". ●

Ali 'Imran : 83

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ أَسْلَمَ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

● Maka apakah mereka mencari DEEN (Peraturan Hidup) yang lain dari DEEN ALLAH (Sistem atau Peraturan Hidup dari Allah), padahal kepada-Nya-lah BERSERAH DIRI / TUNDUK PATUH (ASLAMA) segala SESIAPA (MAN) yang di langit dan di bumi, baik dengan TAAT (T°AU'AA) maupun TERPAKSA (KARHAA) dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan. ●

Jelas, DEEN adalah apa sahaja Sistem Peraturan atau Tatacara Perlakuan seseorang atau sesuatu Institusi. (Fahamilah maksud DEEN Raja pada ayat Yusuf :76 di atas).

DEEN bukanlah AGAMA atau 'Religion' seperti yang difahami oleh Ramai Manusia samada Muslim atau Non-Muslim yang selalunya di kaitkan dengan IBADAH yang juga di salah fahami.

Ianya (DEEN) adalah Sistem Peraturan atau Tatacara Perlakuan sesebuah Institusi yang penuh dengan Suruhan dan Larangan dan apa yang boleh dan tak boleh buat dan juga undang-undang.

Ianya termasuk DEEN Sosialis, Kapitalis, Komunis, termasuk apa sahaja Sistem Aturan Pemerintah, atau apa sahaja Sistem Peraturan sesuatu Pertubuhan, Organisasi, samada Group Mafia atau Gangster atau mana-mana NGO.

Dan tiada paksaan pun untuk menyertai mana-mana DEEN atau Sistem Peraturan Hidup sesiapa pun atau mana-mana institusi pun :

Al-Baqarah : 256

لَآ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَىِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقٰى لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

● Tidak ada paksaan dalam DEEN (Sistem Aturan Hidup); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. ...●


2) ISLAM adalah penyerahan rasa diri dan Tunduk Patuh kepada Peraturan atau Tatacara Hidup (DEEN) itu.

Ali 'Imran : 19

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلٰمُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايٰتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

● Sesungguhnya DEEN (Tatacara Hidup) disisi Allah hanyalah ISLAM. .. ●

Al-Baqarah : 131

إِذْ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعٰلَمِينَ

● Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "TUNDUK PATUHLAH (ASLIM)!" Ibrahim menjawab: "Aku TUNDUK PATUH (ASLAMTU) kepada Tuhan semesta alam". ●

Ali 'Imran : 83

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ أَسْلَمَ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

● Maka apakah mereka mencari DEEN (Peraturan Hidup) yang lain dari DEEN ALLAH (Sistem atau Peraturan Hidup dari Allah), padahal kepada-Nya-lah BERSERAH DIRI / TUNDUK PATUH (ASLAMA) segala SESIAPA (MAN) yang di langit dan di bumi, baik dengan TAAT (T°AU'AA) maupun TERPAKSA (KARHAA) dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan. ●

Ali 'Imran : 85

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى الْءَاخِرَةِ مِنَ الْخٰسِرِينَ

● Barangsiapa mencari DEEN (Peraturan Hidup) selain ISLAM, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. ●

Sebanyak-banyak Sistem atau Tatacara atau Peraturan hidup, hanya ada satu sahaja DEEN yang BENAR (DEENUL HAQ) atau DEEN ALLAH (DEEN-ILLAH) dan inilah ISLAM.

ISLAM itu tunduk patuh, serah diri (surrender), SAMADA Patuh Rela atau Patuh Terpaksa.

Perhatikan firman Allah ini :

An-Naml : 30

إِنَّهُۥ مِن سُلَيْمٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

● Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ●

An-Naml : 31

أَلَّا تَعْلُوا عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ

● Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang BERSERAH DIRI / 'Surrender' (MUSLIMIN)". ●

Firman Allah di atas bukanlah menyuruh Ratu Balqis dan rakyatnya untuk 'MASUK "AGAMA" ISLAM' secara paksa, melainkan Tunduk Patuh Menyerah Kalah atau Serah Diri kepada Rasul Nabi Sulaiman.

Sebanyak-banyak DEEN atau Sistem Peraturan dalam dunia ini, hanya satu sahaja yang di terima Allah iaitu DEEN atau Tatacara Hidup yang penuh Kepatuhan atau 'Surrender' atau Penyerahan Rasa Jiwa atau Diri secara total - samada secara Rela atau Terpaksa.


3) MILLAH adalah Kepercayaan kepada Sesiapa yang DI TAATI iaitu yang berkuasa MENENTUKAN ('Dictate') DEEN atau Sistem Peraturan Perlakuan Hidup itu.


Pada MILLAH inilah letaknya perbezaan antara banyak-banyak DEEN atau Sistem Aturan Perlakuan Hidup dalam dunia ini.

Ar-Rum : 30

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِى فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

● Maka hadapkanlah wajahmu KEPADA DEEN (Tatacara Hidup) yang TELUS (HANIF); (tetaplah atas) FITRAH Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) DEEN  yang LURUS TEGAK (QAIYYIM); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, ●

Al-Baqarah : 135

وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصٰرٰى تَهْتَدُوا ۗ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرٰهِۦمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Dan mereka berkata: "Hendaklah kamu menjadi Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk". Katakanlah: "Tidak, melainkan (kami mengikuti) MILLAH Ibrahim yang HANIF / TELUS. Dan BUKANlah dia (Ibrahim) dari golongan orang MUSYRIK (Menyekutukan Allah)". ●

Al-Baqarah : 120

وَلَن تَرْضٰى عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصٰرٰى حَتّٰى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدٰى ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم بَعْدَ الَّذِى جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ

● Orang-orang YAHUDI dan NASRANI tidak akan senang kepada kamu hingga kamu MENGIKUTI (TATTABI'A) MILLAH mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ●

Jelas, MILLAH (iaitu Kepercayaan kepada Sesiapa yang di taati MENENTUKAN DEEN) Yahudi dan Nasrani INILAH yang berlainan dengan MILLAH kita. Mereka mempunyai ILAH yang lain dari MILLAH kita yang mempunyai ILAH YANG SATU, iaitu yang mengikuti MILLAH Rasul Nabi Ibrahim. MILLAH mereka tidak HANIF atau TELUS iaitu mereka MENSYIRIKKAN Allah dalam KEPATUHAN mereka, BERMAKSUD ada ILAH lain yang menentukan Sistem Peraturan Hidup mereka. Mensyirikkan Allah bermaksud menjadikan MILLAH lain selain dari ILAH Yang Esa atau Tunggal dalam MENENTUKAN Sistem Peraturan Hidup atau DEEN.

Al-Baqarah : 130

وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرٰهِۦمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُۥ ۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنٰهُ فِى الدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُۥ فِى الْءَاخِرَةِ لَمِنَ الصّٰلِحِينَ

● Dan tidak ada yang benci kepada MILLAH Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. ●

Al-An'am : 161

قُلْ إِنَّنِى هَدٰىنِى رَبِّىٓ إِلٰى صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada JALAN YANG LURUS (S°IRAATIM-MUSTAQIIM), (iaitu) DEEN (Peraturan Hidup) yang Benar / Lurus Tegak (QIYAMAN), MILLAH Ibrahim yang HANIF / TELUS (HANIFA) dan Ibrahim itu BUKANlah termasuk orang-orang MUSYRIK". ●


An-Nisa' : 125

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۗ وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرٰهِيمَ خَلِيلًا

● Dan siapakah yang lebih baik (AHSANA) DEENnya dari pada orang yang  menyerahkan WAJAH / RASA DIRI-nya (WAJHAHU) kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan (MUHSIN), dan ia MENGIKUTI MILLAH Ibrahim yang HANIF (TELUS)? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan / teman rapat-Nya (KHALIL). ●

Perhatikanlah kaitan HANIF atau TELUS dengan MUSYRIK dan MILLAH melalui firman Allah di atas.

Perhatikan Firman Allah ini :

Al-Hajj : 31

حُنَفَآءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِۦ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَآءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِى بِهِ الرِّيحُ فِى مَكَانٍ سَحِيقٍ

● dengan TELUS (HANIF) kepada Allah, tidak mempersekutukan (YUSYRIK) sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. ●

Yunus : 105

وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada DEEN dengan TELUS (HANIF) dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik. ●

Al-An'am : 79

إِنِّى وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Sesungguhnya aku menghadapkan WAJAHku (Rasa Diriku) kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan TELUS (HANIFA) dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan (MUSYRIKIIN) Tuhan. ●

Al-An'am : 163

لَا شَرِيكَ لَهُۥ ۖ وَبِذٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا۠ أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

● Tiada sekutu (SYARIKA) bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama BERSERAH DIRI (MUSLIMIIN) (kepada Allah)". ●

Jelas sekali, MILLAH adalah Kepercayaan kepada Siapa Yang Ditaati iaitu Yang Berkuasa Menentukan DEEN atau Tatacara atau Sistem Peraturan Hidup yang WAJAR Di Patuhi. 

Hanya MILLAH Rasul Nabi Ibrahim (yang diikuti oleh Rasul Nabi Muhammad dan pengikutnya, juga para Rasul Nabi dan pengikutnya yang sebelum Rasul Nabi Muhammad) sahaja yang Lurus Tegak (QAYYIM) dan Benar, iaitu kepada ILAH yang SATU iaitu ALLAH dengan TELUS (HANIF) tanpa mempersekutukan DIA dalam KEPATUHAN (ISLAM) itu. 

Tiada Kepatuhan kepada yang lain SELAIN dari Al-Ilah atau Allah - THE God.

LA ILAHA ILLALLAH.

Yusuf : 38

وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ ءَابَآءِىٓ إِبْرٰهِيمَ وَإِسْحٰقَ وَيَعْقُوبَ ۚ مَا كَانَ لَنَآ أَن نُّشْرِكَ بِاللَّهِ مِن شَىْءٍ ۚ ذٰلِكَ مِن فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

● "Dan aku pengikut MILLAH (DEEN dalam Ibadah) bapak-bapakku yaitu Ibrahim, Ishak dan Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya)". ●

An-Nahl : 123

ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah MILLAH Ibrahim seorang yang HANIF" dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang MENSYIRIKKAN Tuhan (MUSYRIKIN). ●


4) IBADAH adalah Kepatuhan dengan Rela atau TAAT kepada Yang Berkuasa Menentukan Sistem Peraturan Hidup atau DEEN. Yang Patuh Terpaksa itu bukanlah suatu IBADAH.

Jika Islam itu adalah termasuk Patuh Rela dan juga Patuh Terpaksa, maka IBADAH itu adalah hanya yang Patuh Rela.

Jika sesorang itu PATUH RELA atau TAAT kepada mana-mana ILAH yang MENENTUKAN DEEN atau Sistem Peraturan Perlakuan / Aktiviti (Hidup) apa pun, mereka juga beribadah atau di panggil mengabdi diri :

Al-Kafirun : 2

لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ

● Aku tidak akan TAAT / MENGABDI DIRI (A'BUDU) terhadap apa yang kamu TAATKAN / ABDIKAN DIRI (TA'BUDUN) . ●

Tetapi mereka mempunyai MILLAH yang salah. Juga mempunyai ILAH yang SALAH. Bukan Ilah yang Esa.

Suatu yang sangat perlu di faham bila ada A'BUDU atau Pengabdian atau Patuh Rela atau Taat maka akan ada ILAH atau Yang Di Taati. Sebab IBADAH adalah KETAATAN kepada ILAH.

Jika ILAH atau yang di taati itu adalah ILAH Yang Satu, maka benarlah Pengabdian atau Ketaatan itu.

LA ILAHA ILLALLAH.

Tiada KETAATAN melainkan kepada ILAH Yang Satu atau Allah.

'IBADI bermaksud Hamba-hambaKu.

Al-Baqarah : 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

● Dan apabila HAMBA-HAMBA-Ku ('IBADI) bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. ●

Hamba-hamba kepada Allah (ILAH YANG SATU) adalah orang yang TUNDUK PATUH dengan RELA atau TAAT kepada ILAH iaitu Yang Berkuasa MENENTUKAN atau MENETAPKAN DEEN atau Sistem Peraturan Hidup.

Hamba-hamba Allah yang sebenarnya adalah yang Patuh secara RELA dan sangat TAAT kepada Suruhan dan Larangan Allah, Halal dan Haram dari Allah dan juga Syariat atau Undang-undang Allah. PATUH RELA atau Taat kepada ILAH itulah IBADAH.

Dan inilah tujuan kita ini di ciptakan :

Az-Zariyat : 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka MENGABDI / PATUH RELA kepada-Ku (LIYA'BUDUUN). ●


5) IKHLAS adalah Pemurnian dalam Ketaatan. Orang-orang ini di panggil MUKHLISIN. Mereka tidak menyekutukan atau mensyarikatkan atau mensyirikkan Allah dalam ketaatan.

Al-Mu'min : 65

هُوَ الْحَىُّ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۗ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ

● Dialah Yang hidup kekal, tiada Tuhan melainkan Dia; maka TUNDUK PATUH RELALAH (FA'BUDU) kepada Dia dengan MEMURNIKAN KETAATAN (MUKHLISIN) kepada-Nya dalam DEEN (Sistem / Peraturan Hidup). Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. ●

Dan ketaatan itu hanya kerana dan untuk Allah :


Al-An'am : 162

قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ

● Katakanlah: sesungguhnya solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku HANYALAH UNTUK ALLAH (LILLAH), Tuhan semesta alam. ●

Fahamilah Surah Al-Ikhlas untuk memahami siapa orang MUKHLISIN. 


5) SYARIAT adalah Undang-undang yang terdapat di dalam Peraturan atau Tatacara Kehidupan. Ianya melibatkan Sistem Kehakiman atau Sistem Keadilan dan juga hukuman terhadap yang melakukan kesalahan melanggar undang-undang yang membabitkan kemaslahatan Awam atau orang ramai.

Asy-Syura : 13

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصّٰى بِهِۦ نُوحًا وَالَّذِىٓ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِۦٓ إِبْرٰهِيمَ وَمُوسٰى وَعِيسٰىٓ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِىٓ إِلَيْهِ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِىٓ إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ

● Dia telah MENSYARI'ATKAN / MENETAPKAN UNDANG-UNDANG / 'Ordained' (SYARA'A) bagi kamu SEBAHAGIAN DARI (MIN) DEEN (Sistem atau Peraturan Hidup) apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah DEEN (Sistem Hidup) dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik apa yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada (DEEN) itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). ●

'Ordinance' adalah Undang-undang. 'Ordained' adalah menetapkan undang-undang.


6) HUDUD adalah had-had atau batas-batas yang ada di dalam peraturan atau tatacara hidup, yang ada bilangan tertentu sebagai had, sebelum di nobatkan sebagai suatu kesalahan dan ada hukuman terhadap kesalahan itu.

Contoh Hudud Allah :

Al-Baqarah : 229

الطَّلٰقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌۢ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌۢ بِإِحْسٰنٍ ۗ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَأْخُذُوا مِمَّآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ شَيْـًٔا إِلَّآ أَن يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِۦ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

● TALAQ (yang dapat dirujuki) DUA KALl. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan BATAS / HAD KETETAPAN Allah (HUDUDALLAH). Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan BATAS / HAD KETETAPAN Allah (HUDUDALLAH), maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah BATAS / HAD KETETAPAN Allah (HUDUDULLAH), maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar BATAS KETETAPAN Allah (HUDUDALLAH) mereka itulah orang-orang yang zalim. ●

(Sila baca untuk lebih penjelasan di sini - https://cahayapalingbaik.blogspot.my/2017/01/hudud-vs-hukuman.html?m=1 )

Hudud tidak memerlukan sama sekali Sistem Kehakiman atau Sistem Keadilan kerana ianya hanya berkaitan had-had atau batasan dalam hubungan suami isteri seperti hubungan badan sewaktu bulan ramadan, talaq dan zihar, pada pembahagian harta sesama keluarga dan tidak melibatkan kesalahan dengan orang luar dari keluarga.


7) QIS°AS adalah Pembalasan Saksama di dalam Syariat atau Undang-undang Sistem Kehakiman. Ianya suatu KEADILAN dari ALLAH.

QIS°AS dari Allah melalui firmanNya :


Al-Ma'idah : 45

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنفَ بِالْأَنفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

● Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahawasanya JIWA (dibalas) dengan JIWA, MATA dengan MATA, HIDUNG dengan HIDUNG, TELINGA dengan TELINGA, GIGI dengan GIGI, dan LUKA dengan LUKA (pun) ada QIS°AS°nya. Barangsiapa yang melepaskan (hak QIS°AS°)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. ●

Al-Baqarah : 178

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِى الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثٰى بِالْأُنثٰى ۚ فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَاتِّبَاعٌۢ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسٰنٍ ۗ ذٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدٰى بَعْدَ ذٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ

● Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu QIS°AS° berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang MERDEKA dengan orang MERDEKA, hamba dengan hamba, dan WANITA dengan WANITA. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. ●


Telah jelas firman Allah di atas.


Kategori Kesalahan dan Jenis Hukuman

1) Kesalahan Individu

Kesalahan individu atau perseorangan adalah dalam soal kepatuhan kepada Peraturan Hidup yang Allah telah tetapkan yang tidak mengganggu orang lain.

Tiada Syariat Allah atau Hukuman Undang-undang akan di kenakan atas dunia ini jika tiada kepatuhan kepada Peraturan Hidup / DEEN ini melainkan akan di NILAI atau DI HISAB kelak dan di jatuhkan hukuman atau balasan atas apa yang individu itu kerjakan, di akhirat.

Termasuk dalam kategori ini adalah :

-Solat, Puasa, Haji, Bertasbih, Berzikir, Berinfaq, Menutup Aurat dan segala arahan Allah yang lain terhadap individu.
-Syirik, Berjudi, Tenung Nasib, Berzina sembunyi-sembunyi (tak dapat nak buktikan atau tiada saksi), Minum atau makan yang memabukkan (Arak, Dadah). 


2) Melibatkan orang lain atau orang ramai

a) Kesalahan yang memberi Kesan yang Besar kepada Masyarakat atau Orang Ramai.

Termasuk dalam Kategori ini adalah :

- Mencuri dan Pecah Amanah atau mengambil hak orang lain tanpa disedari
-Berzina terang-terangan (tu sebab dapat saksi tengok)
-Menuduh perempuan berzina tanpa bukti

Al-Ma'idah : 38

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوٓا أَيْدِيَهُمَا جَزَآءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكٰلًا مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

● Laki-laki yang MENCURI (AS-SAARIQ) dan perempuan yang MENCURI (AS-SAARIQATU) , MAKA 'POTONGLAH' (FAQTA'UU) 'TANGAN' KEDUANYA (AIDIYAHUMA), (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan / usahakan (KASABA) dan sebagai HUKUMAN TAULADAN / 'EXEMPLARY PUNISHMENT' (NAKAALA) dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ●

Pemahaman dengan JELAS akan makna FAQT°A'UU AIDIYAHUMA amat perlu dalam melaksanakan Undang-undang atau Syariat atau Hukuman ini.

An-Nur : 2

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِى فَاجْلِدُوا كُلَّ وٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

● Perempuan yang BERZINA dan laki-laki yang BERZINA, maka deralah / sebatlah (FAJLIDU) tiap-tiap seorang dari keduanya SERARUS kali dera / sebatan, dan janganlah BELAS KASIHAN kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) DEEN Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka DISAKSIKAN (WALYASHHAD) oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. ●

An-Nur : 4

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنٰتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَآءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمٰنِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهٰدَةً أَبَدًا ۚ وَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْفٰسِقُونَ

● Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan EMPAT SAKSI (ARBA'ATI SYUHADA) orang saksi, maka DERALAH / SEBATLAH (FAJLIDU) mereka (yang menuduh itu) LAPAN PULUH KALI DERA / SEBATAN, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. ●

HUKUMAN berdasarkan Undang-undang Allah atau Syariat Allah wajib di jalankan oleh Pemerintah melalui Sistem Kehakiman yang Adil iaitu beserta Pembuktian.


b) Kesalahan yang membabitkan Kesan yang LEBIH BESAR seperti Pembunuhan dan Mencederakan orang lain adalah QIS°AS° :

Al-Baqarah : 178

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِى الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثٰى بِالْأُنثٰى ۚ فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَاتِّبَاعٌۢ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسٰنٍ ۗ ذٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدٰى بَعْدَ ذٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ

● Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu QIS°AS° berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang MERDEKA dengan orang MERDEKA, hamba dengan hamba, dan WANITA dengan WANITA. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. ●

Al-Ma'idah : 45

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنفَ بِالْأَنفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

● Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahawasanya JIWA (dibalas) dengan JIWA, MATA dengan MATA, HIDUNG dengan HIDUNG, TELINGA dengan TELINGA, GIGI dengan GIGI, dan LUKA dengan LUKA (pun) ada QIS°AS°nya. Barangsiapa yang melepaskan (hak QIS°AS°)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. ●

c) Kesalahan yang memberi Kesan Yang TERSANGAT BURUK kepada Seluruh Masyarakat.

Melakukan FASAD atau HURU-HARA atau 'Turmoil' / 'Corruption' adalah dalam kategori ini seperti :

-Merompak 
-Meyamun
-Merogol
-Membunuh
-Menindas 
-Memeras Ugut
-Mencederakan
-Menzalimi atau Berlaku tidak adil kepada orang lain
-Menyiksa atau Mendera orang tanpa sebab yang benar


HUKUMAN berdasarkan Undang-undang Allah atau Syariat Allah wajib di jalankan oleh Pemerintah melalui Sistem Kehakiman yang Adil iaitu beserta Pembuktian terhadap orang yang melakukan FASAD dan berikut adalah jenis-jenis hukumannya :

Al-Ma'idah : 33

إِنَّمَا جَزٰٓؤُا الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَسْعَوْنَ فِى الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوٓا أَوْ يُصَلَّبُوٓا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلٰفٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذٰلِكَ لَهُمْ خِزْىٌ فِى الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِى الْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Sesungguhnya PEMBALASAN (JAZAA'U) terhadap orang-orang yang MEMERANGI (YUHARRIBU) Allah dan Rasul-Nya dan membuat FASAD ('Corruption' / 'Crime' / 'Turmoil' / HURU-HARA) di muka bumi, adalah mereka DI BUNUH atau di SALIB, atau DIPOTONG TANGAN DAN KAKI SECARA BERSILANG atau DIBUANG NEGERI (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar, ●

FASAD selalu di lakukan oleh orang kafir yang memerangi (KAFIR HARBI) orang Muslim Mukmin. Dan jika mereka dahulu mengenakan HUKUMAN BUNUH, SALIB atau MEMOTONG Tangan dan Kaki secara Bersilang kepada orang Muslim Mukmin, maka hukuman terhadap mereka juga SEDEMIKIAN. Kezaliman di balas Kezaliman yang serupa. Inilah KEADILAN. Perhatikan firman Allah ini :


Asy-Syu'ara' : 49

قَالَ ءَامَنتُمْ لَهُۥ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِى عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ فَلَسَوْفَ تَعْلَمُونَ ۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلٰفٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ

● Fir'aun berkata: "Apakah kamu sekalian beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya dia benar-benar pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu maka kamu nanti pasti benar-benar akan mengetahui (akibat perbuatanmu); sesungguhnya aku akan MEMOTONG (UQATT°I'ANNA) TANGANMU (AIDIYAKUM) dan kakimu dengan bersilangan dan aku akan MENYALIBmu semuanya". ●

Ayat Allah di atas menceritakan akan perihal Firaun, contoh Si Kafir Harbi juga yang Melakukan FASAD. Perhatikanlah Hukuman Sekejam ini yang datang dari orang yang memerangi Allah dan RasulNya. Itulah sebab mereka perlu DI BALAS (JAZAA'U) dengan hukuman yang sedemikian juga.

Manakala kepada orang yang melakukan FASAD atau Huru-hara namun tidak memaksa orang lain untuk menjadi KAFIR sebagaimana Kafir yang Memerangi, tidak juga membunuh orang lain; HUKUMAN terhadap mereka adalah DI BUANG NEGERI. Kesalahan Merompak, Merogol, Menindas, Memeras Ugut adalah termasuk dalam hukuman ini. Jika mencedarakan atau membunuh orang maka kena QIS°AS. Namun, hukuman bagi yang melakukan FASAD seperti PENGEBOM yang meletupkan BANGUNAN dan mengakibatkan huru-hara, kemusnahan harta-benda dan KEMATIAN ramai manusia lain yang tidak bersalah adalah BUNUH. Ini banyak di lakukan oleh Puak-puak yang sudah sesat jalannya atas nama Islam. Kebijaksanaan Pemerintah sangat perlu dalam mengadili akan apa hukuman terhadap MUFSIDIN atau Orang-orang FASAD berpandukan firman Allah di atas.

........
Bagaimana pula dengan TA'ZIR?

Ta'zir adalah Undang-undang atau LAW yang di buat manusia menurut apa yang para Pemerintah di dalam sesebuah Negeri fikirkan perlu dan sesuai. Dan Undang-undang ini berbeza-beza. Di sebabkan ianya berbeza-beza, maka ianya Bukanlah Suatu SYARIAT Allah atau Undang-undang dari Allah. Cumanya, Suruhan (atau Petaruran Allah atau DEEN ALLAH), terhadap mana-mana Pemerintah adalah untuk sentiasa berlaku ADIL dalam membuat Undang-undang atau Menghukum atau Memutuskan Hukum.

........



Kesimpulan

1) Bacalah Al-Quran dan fahamilah dengan sebenarnya, itulah BUKU PANDUAN HIDUP kita yang SEBENARNYA. Segala SURUHAN dan LARANGAN dari Allah dan Undang-undang atau Syariat Allah ada di dalamnya. Jika tak paham tanyalah kepada ROSIKHUNA FIL 'ILM (Orang yang mendalam Ilmunya) atau berfikirlah dan tadabburlah iaitu carilah kaitan Perkataan-perkataan yang SERUPA dalam Al-Quran untuk memahami maksudnya.

Di dalam Al-Quran itu bukan sahaja ada BIMBINGAN atau PETUNJUK ALLAH iaitu Al-Huda, di dalamnya juga ada PENJELASAN-PENJELASAN atau BAIYYINAT terhadap PETUNJUK itu sendiri dan juga ada Al-Furqan iaitu yang membezakan mana yang benar dan mana yang batil, terhadap segala perselisihan Pendapat atau Sangkaan.

Al-Baqarah : 185

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

● (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai PETUNJUK (HUDA) bagi manusia dan PENJELASAN-PENJELASAN (BAIYYANAT) mengenai PETUNJUK (HUDA) itu dan PEMBEZA (FURQAN) (antara yang hak dan yang bathil). .. ●

An-Nahl : 64

وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN (IKHTILAF) itu dan menjadi PEMBIMBING (HUDA) dan rahmat bagi kaum yang beriman. ●


2) Janganlah hidup kita ini menjadi mangsa kepada Pendapat-pendapat yang Batil yang penuh pertentangan dan perselisihan dan menyerahkan keputusan kepada sesuatu PERATURAN itu kepada sekian-sekian yang bergelar ULAMAK, kerana kita WAJIB membuat verifikasi akan mana yang Benar dan mana yang Batil dan mengikuti hanya yang terbaik. Janganlah hidup kita di pengaruhi oleh orang yang sesat yang menyangka-nyangka. Kita berhadapan dengan terlampau banyak ULAMAK SUU` yang memandai-mandai memutuskan Hukum-hakam Allah. Sepatutnya mereka (juga kita sendiri yang dah ULAMAK) hanya menyampaikan apa yang Allah sudah putuskan dalam Syariat Nya atau Undang-undang-Nya, menyampaikan KEBENARAN semata-mata dan mengingatkan manusia lain tentang Allah dan hari akhirat.

Al-An'am : 116

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

● Dan jika kamu MENTAATI (TUT°I') kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan MENYESATKANMU (YUD°ILLU) dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti PERSANGKAAN (Z°AN) belaka, dan mereka tidak lain hanyalah MENEKA-NEKA (YAKHRUSUN). ●

Al-Hujurat : 6

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا أَن تُصِيبُوا قَوْمًۢا بِجَهٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلٰى مَا فَعَلْتُمْ نٰدِمِينَ

● Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti (FATABAIYYANU) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum, dalam keadaan (kamu) JAHIL / 'IGNORANT', yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ●

3) Yang Allah tak ada cerita secara terperinci dalam Al-Quran maksudnya tak ada la suruhan atau larangannya atau peraturannya, maka BUATLAH je TERUS, tak payah la bertanya Bagaimana, Macammana dan Apa, macam kisah LEMBU yang Allah suruh Kaum Rasul Nabi Musa Sembelih.

Kalau Allah perincikan maka buatlah ikut perincian itu dan tak payah TOKOK TAMBAH dan Jangan DI KURANGI pula apa yang Allah suruh. Benda yang mudah jangan di susahkan. Allah tak pernah nak susahkan manusia dalam hal ketaatan / ibadah kepadaNya.

Contoh Perincian Arahan Allah :

Al-Ma'idah : 6

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلٰوةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضٰىٓ أَوْ عَلٰى سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَآئِطِ أَوْ لٰمَسْتُمُ النِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَآءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

● Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan SOLAT, maka BASUHLAH MUKAMU dan TANGANMU SAMPAI SIKU, dan SAPULAH KEPALAMU dan KAKIMU SAMPAI BUKU LALI dan jika kamu junub maka mandilah / bersihkanlah dirimu (FATT°AHHARU), dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air, atau 'menyentuh' (LAMASTUM) perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. ALLAH TIDAK HENDAK MENYULITKAN KAMU, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. ●

Allah tidak ada kehendak untuk menyulitkan kita dalam ketaatan pada perintahNya, melainkan nak bagi kita NIKMAT lagi.


-----
Moga Allah merahmati saya dan para pembaca sekalian.

====
End.

Allah Al-Hakim
====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA