Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Minda adalah buku

Minda itu Buku

Minda itu Buku (Date written : 21 Feb 2016) (Last update : 23 Feb 2016) ■ Kita manusia ini, seluruhnya, termasuk seluruh planet-planet, bulan, bintang matahari, seluruh langit dan bumi BERADA dalam  Satu Buku. (36:12) ■ BUKU itu ada mengandungi segala informasi, perkataan, perbuatan, hukum-hakam, peraturan, suruhan dan larangan, peristiwa-peristiwa yang sudah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi. (10:61, 43:4, 22:70) ■ MINDA kita hanya dapat sedikit akses kepada maklumat dalam BUKU itu dan hanya meliputi apa sahaja yang berkaitan dengan diri kita sahaja. (83:7, 83:19) ■ Yang terpampang sentiasa di hadapan mata kita itu, pokok-pokok, jalanraya atau orang ramai atau diri kita sendiri, sebenarnya hanyalah PERSEPSI yang di PAPARKAN atau Di Projekkan Keluar oleh Minda. Ianya sebenarnya hanya satu Penyingkapan pada apa yang sudah ada di DALAM MINDA. (6:32, 65:12) ■ Maknanya yang kita saksikan di luar dari diri kita ini sebenarnya adalah apa yang SUDAH terjadi dalam MINDA...