Minda itu Buku
(Date written : 21 Feb 2016)
(Last update : 23 Feb 2016)
■ Kita manusia ini, seluruhnya, termasuk seluruh planet-planet, bulan, bintang matahari, seluruh langit dan bumi BERADA dalam Satu Buku. (36:12)
■ BUKU itu ada mengandungi segala informasi, perkataan, perbuatan, hukum-hakam, peraturan, suruhan dan larangan, peristiwa-peristiwa yang sudah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi. (10:61, 43:4, 22:70)
■ MINDA kita hanya dapat sedikit akses kepada maklumat dalam BUKU itu dan hanya meliputi apa sahaja yang berkaitan dengan diri kita sahaja. (83:7, 83:19)
■ Yang terpampang sentiasa di hadapan mata kita itu, pokok-pokok, jalanraya atau orang ramai atau diri kita sendiri, sebenarnya hanyalah PERSEPSI yang di PAPARKAN atau Di Projekkan Keluar oleh Minda. Ianya sebenarnya hanya satu Penyingkapan pada apa yang sudah ada di DALAM MINDA. (6:32, 65:12)
■ Maknanya yang kita saksikan di luar dari diri kita ini sebenarnya adalah apa yang SUDAH terjadi dalam MINDA. (57:22)
■ Setiap manusia memang mempunyai MINDA masing-masing. Namun, MINDA semua manusia itu sebenarnya BERSAMBUNG atau BERHUBUNG-KAIT menjadi SATU MINDA yang sangat luas, dan ini di namakan IBU MINDA. Ibu MINDA inilah BUKU itu. (13:39, 36:12)
■ Ianya bermaksud, pengalaman dan bagaimana manusia individu itu berinteraksi di dalam MINDA yang SATU itu, hanya akan di ingat oleh seorang pelaku dalam lingkungan yang seseorang itu pernah INTERFACE atau Berhubungan. Selebih itu dia tidak tahu, melainkan dengan kehendak dan izin Yang Satu. (58:6, 17:13)
■ Manusia lain yang berinteraksi dengan seorang manusia lain akan KONGSI pengalaman yang sama, MESKIPUN Persepsi terhadap pengalaman itu lain-lain. Contoh seseorang mungkin merasa gembira manakala orang yang lain yang berinteraksi dengannya mungkin merasa dendam. Dan ini semua ada dalam MINDA yang satu ini. (40:47, 15:47)
■ Minda kita mempunyai MEMORI atau elemen yang menyimpan data-data yang mengandungi INFORMASI kejadian-kejadian atau EVENTS. Ada tukang tulis atau tukang rekod segala peristiwa. 'Peristiwa' adalah apa sahaja yang terlintas di fikiran = APA SAHAJA samada di lakukan atau tidak. Itu sebab MINDA ini di panggil BUKU. Ianya BUKU catatan 'segala sesuatu'. (43:80)
■ Setiap yang kita lakukan, setiap yang kita katakan, setiap yang kita niatkan atau hajatkan atau matlamatkan, setiap apa yang terlintas dalam minda kita, semua itu di rekodkan dalam Memori dalam Minda ini. Memori dalam Minda adalah seperti EVENT LOGGER atau Perekod Peristiwa. Memori dalam Minda kita merekod segalanya. (18:49, 22:52)
■ Masa kelihatan wujud pada persepsi adalah hanya kerana Minda mempunyai Elemen Menyimpan Data atau Informasi. Jika Minda ini tidak ada Memori, MASA tidak akan wujud. (16:70, 22:5)
■ Minda kitalah memberikan kita RASA SEDAR akan sekeliling kita. Itu pun hanya selepas kita mengenal sebab musabab. Untuk mengenal SEBAB MUSABAB kita perlukan CAHAYA yang Menerangi. Malam dan Siang itu tidak sama pada PERSEPSI dalam MINDA kita, meskipun DI "LUAR SANA" itu sama. Awan tetap ada pada waktu malam, Bintang tetap ada walaupun pada waktu siang. (5:16, 6:122, 24:35)
■ Jika kita tidak tahu apa sebab musabab sesuatu itu berlaku, itu maknanya kita TIDAK SEDAR. (6:50, 6:104, 2:18, 2:171, 22:8, 24:40, 35:20, 57:13)
■ Sesuatu perbuatan yang belum terlaksana atau terjadi, ianya terlaksana pada MINDA kita dulu. (30:36, 42:30)
■ Di LUAR SANA, adalah apa yang berlaku dalam FIKIRAN kita dulu. DI LUAR SANA, yang ada adalah Tenaga yang Membawa Data atau Informasi. (32:5, 65:12)
■ Membiarkan FIKIRAN kita melayang tak tentu hala tuju adalah sesuatu kesalahan yang amat besar. Sesungguhnya, inilah di namakan membuang tenaga dan melakukan pekerjaan sia-sia. (114:4,5, 4:119,120, 15:3, 47:25, 57:14)
■ FIKIRAN yang 'MELAYANG' itu bukanlah tiada siapa yang melakukannya. Ianya di lakukan oleh Sang Syaitan. Buanglah pengawalan Syaitan ini. Di masa FIKIRAN kita 'melayang', di masa itu kita TIDAK SEDAR. Di masa itu kita LALAI. (114:4,5, 4:119,120, 15:3, 47:25, 57:14)
■ FIKIRAN yang MELAYANG itu penuh dengan TIPU DAYA. Tanpa kita mengawalnya, kita akan di bawa MELAYANG entah kemana dan akan SESATlah kita. Maka, buatkanlah FIKIRAN kita ini TAK MELAYANG, tak bergerak. (7:22, 4:76)
■ Setiap FIKIRAN yang kita fikirkan akan menghasilkan GERAKAN. Fikiran itu sendiri adalah satu TENAGA yang menggerakkan. (2:284, 32:15)
■ FIKIRAN kita ini sentiasa MEMERLUKAN satu TUJUAN. Tanpa ada TUJUAN ianya pasti MELAYANG entah kemana. Pengawalan kepada FIKIRAN adalah dengan PENUMPUAN PERHATIAN kepada TUJUAN YANG SATU. Tujuan Yang Satu itulah MUNTAHA kita atau PERHENTIAN kita. (94:8, 53:42, 79:44)
■ FIKIRAN yang TIADA TUJUAN itulah yang akan menjadikan manusia TIDAK SEDAR dan LALAI. Sentiasalah FOKUS kepada TUJUAN itu supaya kita sentiasa MERASA SEDAR. (7:205, 16:108, 18:28)
■ Apa sahaja yang kita FIKIRKAN, adalah berdasarkan apa yang kita PERCAYA, dan apa yang kita PERCAYA akan menentukan apa yang kita FIKIRKAN. Ianya suatu proses yang bertimbal balik. (2:26,22:54)
■ Kepercayaan datang dari Pembuktian. Kepercayaan yang datang yang bukan dari Pembuktian adalah dari FIKIRAN yang MELAYANG. Ianya adalah kepercayaan yang rapuh, dan mudah punah dan sebenarnya ianya bukan KEPERCAYAAN tetapi SANGKAAN. (35:8, 6:116, 10:36, 43:37, 10:66)
■ FIKIRAN yang penuh dengan SANGKAAN adalah FIKIRAN yang BERPENYAKIT. Ianya berpenyakit kerana memberi KESAN kepada JANTUNG, kemudian kepada anggota tubuh yang lain. Marah, Dendam, Benci, Dengki, Tak Puas, Tamak, Angkuh, Sombong, Memandang Rendah orang Lain, Kedekut adalah antara FIKIRAN yang berpenyakit. (49:12, 2:10)
■ FIKIRAN yang berpenyakit ini hanya boleh DI SEMBUHKAN dengan membuang segala sangkaan dan mencari BUKTI kepada setiap LINTASAN FIKIRAN atau apa sahaja KENYATAAN yang terpacul di FIKIRAN. (10:57, 3:190)
■ Sekali lagi, yang selalu TERPACUL di FIKIRAN adalah berdasarkan KEPERCAYAAN kita terhadap orang dan keadaan atau sesuatu di sekelililing, yang sebenarnya DI PROJEKKAN keluar dari dalam FIKIRAN itu sendiri. (57:20)
■ Makanya untuk membuang segala penyakit dalam FIKIRAN, Carilah SETIAP BUKTI kepada apa sahaja kenyataan yang di keluarkan FIKIRAN sebelum kita MEMPERCAYAINYA. Mempercayai suatu tanpa BUKTI adalah SANGKAAN dan ianya suatu kesalahan. (3:191, 18:104)
■ Kepercayaan di dalam FIKIRAN inilah yang boleh MENGHASILKAN perbuatan-perbuatan yang Baik dan perbuatan-perbuatan yang Jahat. Kepercayaan yang berlandaskan sebab musabab akan menghasilkan perbuatan baik. Kepercayaan yang berlandaskan SANGKAAN akan menghasilkan perbuatan yang buruk dan jahat. (48:12)
■ Kepercayaan berdasarkan Sangkaan itu adalah kekotoran dalam fikiran. Kekotoran ini akan mejadikan fikiran itu jadi sempit. Kesempitan inilah membawa penyakit. (6:125)
■ Makanya Fikiran itu semua perlu Di Bersihkan. Pembersihan fikiran berlaku tatkala proses mencari sebab musabab atau CONNECTION point yang menghubungkan suatu kebenaran kepada kebenaran yang lain. Semasa inilah MINDA atau FIKIRAN kita berkembang. Sebelum berkembang ia perlu di bersihkan dari segala SANGKAAN yang mengotorkan, kemudian menyempitkan. (5:6, 20:25, 20:114)
■ Semua yang kita Percaya dalam fikiran kita akan menjadi Kenyataan. Apa sahaja kesimpulan yang terkeluar atau hasil dari Kepercayaan kita itu, menjadi Perkataan dalam Fikiran kita. Apa sahaja yang menjadi Perkataan dalam Fikiran kita, maka ia berlaku. Sebagai contoh, jika kita percaya anak kita itu bodoh, maka bodohlah dia. (51:23, 21:110)
■ Anak kita pula pula, jika dia tidak dapat mengawal FIKIRANNYA dan melayan Lintasan Fikiran yang datang dari Perkataan Bapanya, maka dia akan percaya apa yang di perkatakan bapanya, maka bodohlah juga dia. (2:170)
■ Kita ini adalah apa yang kita Percayai dalam Fikiran. Orang lain juga adalah apa yang kita Percayai dalam Fikiran kita. (11:27, 7:63, 10:51)
■ NAK mengubah seseorang yang Bodoh pada Kepercayaan kita, kena mengubah Kepercayaan kita dahulu terhadap orang itu. Kena percaya dia pandai pada Fikiran kita. Maka pandailah orang itu. (102:5)
■ Bila kita mengubah kepercayaan kita terhadap orang lain, orang lain itu akan berubah mengikut kepercayaan kita. Dan semua kepercayaan adalah dalam MINDA. (102:6)
■ Kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan atau inginkan, jika kita tak percaya yang kita boleh dapatkannya. Ramai manusia inginkan sesuatu, namun dia tak mempercayai dia boleh mendapatkannya. Macammana nak dapat kalau tak percaya. (3:173, 52:36, 45:32, 2:259)
■ Maka apa sahaja yang kita inginkan, percaya dulu. Kepercayaan itu akan mengubah apa yang kita mahukan itu menjadi matlamat dan seluruh perbuatan dan pekerjaan kita akan berbuat menuju tujuan itu. Hanya bila kepercayaan itu sempurna, iaitu mencapai Keyakinan, yang kita mahukan terjadi atau terhasil. Tetap, ianya hanya di dalam MINDA. YANG telah terjadi juga tidak pernah di luar Fikiran kita. (102:5,6,7)
■ Hargailah orang di sekeliling kita. Terutama Isteri, Suami, Ibu Bapa, Anak-anak, Adik-beradik, Saudara-mara, Rakan Taulan sekerja, Rakan-rakan lama, juga yang baru, SEBAIKNYA, Hargailah sesiapa sahaja. Dan bukan itu sahaja, hargailah apa-apa di sekeliling kita juga, Rumah dan kelengkapannya, Kenderaan yang kita dapat menguasainya atau menggunakannya, Kipas dan Air-Cond yang memberikan kenyamanan, TV dan Smartphone yang memberikan pelbagai Informasi dan membolehkn kita berkomunikasi. Hargailah sesiapa sahaja dan apa-apa sahaja. Penghargaan ini berlaku di dalam MINDA. Penghargaan menghasilkan Nikmat yang berterusan. (31:14, 14:7, 7:58)
■ Tanpa penghargaan, kita akan kehilangan orang-orang yang berkualiti di sekeliling kita dan juga barang-barang yang berkualiti di sekeliling kita. (8:53, 31:12)
■ Penghargaan kita dalam MINDA kepada sesiapa dan apa-apa sahaja di sekeliling kita, sebenarnya adalah Penghargaan kita kepada Yang Satu. Dialah Yang Memberi segalanya. Jika kita tidak menghargai sesiapa dan apa-apa di sekeliling kita, bermakna kita tidak menghargai Yang Memberikannya kepada kita. (2:152, 2:172)
■ Segala yang telah berlaku, tiada apa yang boleh kita lakukan melainkan MENERIMA dengan Rela. Kerana memang begitulah Undang-undangnya sebab dan akibat. SEBAB, setiap yang berlaku itu, buruk atau musibah atau kebaikan, semuanya adalah HASIL kepada sesuatu SEBAB yang sudah terlaksana sebelum ini. Sebab-sebab yang di lakukan yang menjadikan hasil itu terlaksana adalah berlaku di DALAM MINDA yang satu itu. Ianya bermaksud, kita dan seluruh manusia yang melakukan sebab-sebab kepada hasil kejadian atau perlakuan buruk atau baik itu. Ianya juga bermaksud, kadang-kadang ianya bukan berlaku di sebabkan perbuatan kita sebelum ini, namun perbuatan orang lain, walaupun orang itu berasa 15000 km jauhnya dari kita. Itulah definasi TAKDIR. Kejadian HASIL dari sesuatu Sebab yang telah berlaku di MINDA. (4:62, 8:51, 4:79)
■ TAKDIR yang buruk bukanlah kesalahan Yang Memberi. Tidak pernah Yang Satu itu melakukan kezaliman. Tetapi ianya berlaku kerana HASIL yang sudah berada di DALAM MINDA sebelum ia di PROJEKKAN atau DI NYATAKAN di hadapan kita, TIDAK di HAPUSKAN. Jika HASIL itu di Hapuskan dahulu di dalam MINDA, Hasil itu tidak akan di NYATAKAN. Maka fahamilah, TAKDIR hanyalah KENYATAAN yang di singkapkan dari DALAM MINDA. Ianya tak lain hanya sebuah PENYINGKAPAN kepada sesuatu perlakuan yang memang sudah ada. (3:182)
■ Penghapusan itu boleh berlaku, jika di dalam MEMORI dalam MINDA itu di PADAM. Sebagai contoh, Dendam pada yang kena di perlakukan kejahatan, dengan si pelaku kejahatan. Hasilnya adalah TINDAKBALAS dari Si PENDENDAM. Namun, jika permohonan maaf di lakukan oleh Si PELAKU SALAH dan di terima yang berdendam dengan IKHLAS, 'sebab' itu sendiri akan TERHAPUS dalam MINDA, maka tiadalah hasil yang akan berlaku. Namun, jika INGATAN MASIH ada, penghapusan tidak berlaku. Penghapusan sesuatu SEBAB atau suatu Kesalahan hanya berlaku bila sudah TIDAK INGAT yang Pelaku dan yang Kena di Perlaku. Itu sesama manusia. (13:39)
■ Begitu jugalah antara kita manusia dengan Yang Satu, Yang Menciptakan kita. Kesalahan kita iaitu SEBAB kepada AKIBAT, menunggu Penyingkapan berlaku, tidak akan TERHAPUS selagi kita masih INGAT akan KESALAHAN itu atau 'Sebab' itu. Permohonan Ampun sahaja tidak mencukupi melainkan dengan melakukan Pembaikan Diri dengan melakukan pelbagai kebaikan terutama BERSEDEKAH, yang akan menyebabkan INGATAN terhadap kesalahan kita itu TERPADAM. Bila sudah TERHAPUS 'sebab' nya, maka akan terhapuslah juga Hasilnya. (2:271)
=====
Semuanya berlaku hanya dalam Minda.
Kita ini berada dalam Minda.
(Minda tidak mengenal benar, salah, buruk, baik, imaginasi atau realiti. Apa sahaja dan sesiapa sahaja, ada dalam nya.
Qalbu atau Mata dalam Minda yang membezakan, kemudian menentukan pilihan. Ianya memerlukan cahaya juga pembuktian.
Makanya, jangan percaya pada suatu kenyataan melainkan bila ada bukti. Jika percaya, itu qalbu yang buta.
Manakala, jika mahukan sesuatu, percaya dulu, sebelum memulakan tindakan, kerana tindakan akan mengikut kepercayaan. Maknanya tindakan yang menghasilkan kejayaan kepada kehendak atau kemahuan, adalah kerana kepercayaan.)

Ulasan
Catat Ulasan