Langkau ke kandungan utama

Bagaimana TAHU kita di Ganggu Syaitan dan Terkena Sihir

Bagaimana TAHU kita di ganggu Syaitan dan Terkena Sihir ?

(Date written : 01 Feb 2016)

Ada lagi yang Tak Percaya pasal Jin masuk badan dan Ada lagi yang Tak Percaya Sihir itu ada dan Boleh Mengganggu dan Merosakkan manusia dan hubungan sesama manusia ?

Jika ada yang Tak percaya, orang sebegini TIDAK BERIMAN kepada Allah sebab MENDUSTAKAN apa yang Allah wahyukan iaitu Al-Quran.

Statement seperti - "I don't believe in all these things..". Dia mungkin sakit yang kena bawa Hospital, check la dengan Doktor.

Bila check Doktor, Doktor kata takde apa-apa semua normal. Masih tak percaya lagi, pergi pulak Doktor lain. Sama jugak.

Kena percaya, ada unsur lain atau makhluk lain yang Allah jadikan di bumi ini yang boleh menyebabkan manusia itu sakit dengan izin Allah.

Ada pulak yang terlalu EXTREME, sakit sikit kata orang buat, itu orang buat, ini orang buat, rabun mata orang buat, dekat 10 tahun orang buat, tu sebab rabun mata, tup-tup, bila gi check Doktor, bila bedah buang Katarak / Cataract, mata dah tak rabun.

Semua benda kena Fikir dan jangan mengikut-ikut. Selalulah membuat VERIFICATION. Pertamanya kena selalu membaca dan memahami ayat-ayat Al-Quran dan keduanya kena memerhati seluruh penciptaan langit dan bumi dan apa sahaja di alam semesta dengan mengkaji Sains, atau segala ilmu di alam Semesta, agar kita dapat BUKTI atau TANDA atau AYAT, bahawa apa sahaja yang di katakan oleh firman Allah itu semuanya benar belaka.

Ada 4 benda boleh berlaku kepada manusia yang datangnya dari GANGGUAN SYAITAN berdasarkan FIRMAN ALLAH di bawah.

1) Mimpi Ngeri atau Mimpi mengarut atau yang buruk-buruk.

An-Nas : 4

مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ

● Dari kejahatan BISIKAN (syaitan) yang biasa bersembunyi, ●

An-Nas : 5

الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ النَّاسِ

● yang MEMBISIKKAN (kejahatan) ke dalam DADA / MINDA (S°UDUR) manusia, ●

An-Nas : 6

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

● dari (golongan) jin dan manusia. ●

Al-Anfal : 11

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِّنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّنَ السَّمَآءِ مَآءً لِّيُطَهِّرَكُم بِهِۦ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطٰنِ وَلِيَرْبِطَ عَلٰى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

● ... dan Allah menurunkan kepadamu AIR (MAA`) dari langit untuk MENSUCIKAN / MEMBERSIHKAN (T°AHHARAH) kamu dengan AIR itu dan MENGHILANGKAN / MEMBUANG (YUZHIBA) dari kamu kejahatan bisikan (RIJZA) SYAITAN dan untuk menguatkan qalbumu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu). ●

Biasakan lah MINUM AIR PUTIH dan biasakanlah MANDI agar diri zahir kita BERSIH dari kotoran dan juga MINDA kita BERSIH dari Bisikan /  Gangguan Syaitan.

Bacalah FIRMAN ALLAH di atas sebabnya ianya sudah sangat JELAS.


2) Bergaduh tak tentu PASAL (tak kukuh sebab) sehingga BERCERAI suami Isteri.

Al-Baqarah : 102

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُوا الشَّيٰطِينُ عَلٰى مُلْكِ سُلَيْمٰنَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمٰنُ وَلٰكِنَّ الشَّيٰطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هٰرُوتَ وَمٰرُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتّٰى يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦ ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرٰىهُ مَا لَهُۥ فِى الْءَاخِرَةِ مِنْ خَلٰقٍ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

● Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka (syaitan-syaitan) mengajarkan SIHIR kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada DUA MALAIKAT (MALAKAINI) di negeri Babil (Babylon) iaitu HARUT dan MARUT, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya CUBAAN/UJIAN/FITNAH sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat (dengan sihirnya) kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. ●

Perlu di fahami, Syaitan yang menggunakan apa yang di pelajari dari Malaikat-malaikat itu (Harut dan Marut) itu dan mengubahnya menjadi SIHIR dan mengajar manusia sihir tersebut.

Semua manusia yang tahu SIHIR semuanya Belajar dari JIN SYAITAN jenis ini. Tak semua Jin Syaitan tahu Sihir.

Orang yang selalu pergi Bomoh, Dukun dengan MANTERA-MANTERA yang tidak di FAHAMI itu untuk Berubat dari 'Buatan Orang' atau untuk 'Memudharatkan Orang' ini sebenarnya menggunakan SIHIR.

Dan satu tujuan terbesar adalah pasal DENGKI kepada kebahagiaan orang lain, nak kahwin dengan orang tu tak dapat, atau apa-apa alasan lain, maka 'guna cara halus' = SIHIR. Sampai Kiamat benda ni akan ada, sebab ianya di sebut dalam Al-Quran dan kita sudah pun di AJAR ALLAH untuk menghadapinya dengan bimbingan ayat-ayat Allah, namun kita tidak berusaha MEMAHAMI AL-QURAN yang Allah firmankan sebagai PENYEMBUH ini.


Yunus : 57

يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PENYEMBUH (SYIFAA`) bagi (penyakit-penyakit) apa-apa yang ada dalam DADA / MINDA (S°UDUR) dan bimbingan serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. ●


3) Jadi Tak Keruan / Macam orang Bingung sebab Kena SAMPUK Syaitan atau Syaitan sudah MASUK dalam Badan.

Al-Baqarah : 275

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبٰوا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِى يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطٰنُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبٰوا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبٰوا ۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِۦ فَانتَهٰى فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولٰٓئِكَ أَصْحٰبُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خٰلِدُونَ

● Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang TAK KERUAN / KUSUT / BINGUNG / CONFOUND (YATAKHABBAT°UHU) dengan KEMASUKAN (AL-MASSA) SYAITAN. ... ●

Ini MEMANG GAMBARAN SEBENAR tatkala orang yang sudah di MASUKI SYAITAN. Macam orang gila, Tak Keruan, Kekadang Menjerit-jerit dan sebagainya.


4) Hidup rasa macam kena IKAT, atau macam kena BLOK, buat apa pun TAK JADI, ada je masalah yang pelik2. Nak cari Kerja untuk dapat rezeki tak dapat dan bermacam masalah lagi.

Al-Falaq : 4

وَمِن شَرِّ النَّفّٰثٰتِ فِى الْعُقَدِ

● dan dari KEJAHATAN yang menghembus (tukang sihir) pada buhul-buhul IKATAN (AL-'UQOD) ●

SIHIR IKATAN BUHUL itulah yang menjadikan hidup seseorang manusia yang terkena sihir itu macam TERIKAT dan 'Tak Boleh Lepas'.

Lepaskanlah 'IKATAN' itu dengan MEMBACA surah Al-Falaq (tanpa Qul, sebab Qul itu ayat PERINTAH kepada kita SURUH BACA) selalu wahai saudara-saudariku yang beriman seperti yang Allah ajarkan, dengan MENGHIDUPKAN ayat-ayat Allah itu dalam diri. InsyaAllah boleh TERLEPAS dari IKATAN atau BLOCKAGE itu.



-------
Silalah juga baca -
http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2016/01/bagaimana-mengubati-orang-terkena-sampuk.html?m=1

====
A'uzibillahi minassyait°oonirrajiim.
====






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...