Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lintasan fikiran itulah was-wasil khannas dari Syaitan ke dalam Minda manusia

Bagaimana ZIKIR Part 3

Bagaimana ZIKIR kepada Allah (Part 3) (Date written : 21 Dec 2014) (Last Update : 02 Jan 2015) Kali ini kita pergi lebih dalam lagi dalam kotak pemikiran atau ke dalam DIRI (NAFS) kita. Sebab apa ? SEBAB ALLAH suruh PERHATI. ----- Az-Zariyat : 20 وَفِى الْأَرْضِ ءَايٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ ● Dan di bumi itu terdapat TANDA-TANDA (AYATUN) bagi orang-orang yang YAKIN. ● Az-Zariyat : 21 وَفِىٓ أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ ● dan (juga) pada DIRIMU sendiri (ANFUSAKUM). Maka apakah kamu tidak PERHATIKAN? ● ----- Key points : 1) Jangan layan KEBANYAKAN LINTASAN fikiran. Kita tak akan dapat kawal apa fikiran yang terlintas di MINDA kita. Tapi kita BOLEH KAWAL REAKSI kita terhadap LINTASAN FIKIRAN tersebut. 2) BERFIKIR adalah satu tuntutan - dan maksud FIKIR adalah proses mencari jawapan kepada setiap persoalan. NAMUN, bezakan LINTASAN FIKIRAN dan BERFIKIR.  Semasa BERFIKIR - kita samada bertanya orang yang lebih tahu atau mencari jawapan dengan membaca. Lintas...