(Date written : 19 Jan 2018) Pengenalan Di zaman ini, orang yang mengaku Islam, terlalu lama duduk dalam bergolongan atau berpuak-puak. Kebanyakan manusia yang tidak menggunakan fikiran dengan betul akan mudah di pengaruhi bergantung kepada sejauh mana atau sebanyak mana mereka mendengar dan memahami hujah-hujah manusia lain. Dalam Islam, kita di larang berpuak-puak kerana Islam itu mengajak kepada Tujuan Pengabdian kepada Ilah Yang Satu, maka bagaimana boleh terjadi banyak puak ? Jawapan mudahnya - puak yang ramai ini wujud kerana dengki dan mengikut-ikut sangkaan tanpa berfikir atau meng'aqali secara mendalam. Ali 'Imran 3 : 19 إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلٰمُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايٰتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ● Sesungguhnya DEEN disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali SES...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●