Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Buah atau Bidadari

Buah ke Bidadari

 (Date written : 26 Oct 2020) (Last update : 29 Oct 2020) Intro Apa sahaja nikmat yang akan kita dapat semasa dalam Jannah sudah pun di gambarkan dalam Al-Quran - kitab wahyu yang tidak ada keraguan di dalamnya. Namun, seperti biasa, apabila kita menghalusi akan maksud bahasa Arab yang digunakan dalam Al-Quran secara tartil dan tadabbur, akan kita jumpai betapa tersasarnya terjemahan yang di berikan kepada perkataan Arab tersebut, yang sepatutnya tiada bengkak-bengkok. Fihima kemudian Fihinna Mari kita masuk dalam dan perhatikan apa yang saya mahu perkatakan. Firman Allah : Ar-Rahman 55 : 46 وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ ● Dan bagi orang yang khuatir akan saat menghadap Tuhannya ada dua Jannah. ● Ar-Rahman 55 : 48 ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ ● kedua Jannah itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. ● Ar-Rahman 55 : 50 فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ ● Di dalam kedua Jannah itu ada dua buah mata air yang mengalir ● Ar-Rahman 55 : 52 فِيهِمَا مِن كُلِّ فٰكِهَةٍ زَوْجَانِ ● Di d...