Langkau ke kandungan utama

Buah ke Bidadari

 (Date written : 26 Oct 2020)

(Last update : 29 Oct 2020)


Intro


Apa sahaja nikmat yang akan kita dapat semasa dalam Jannah sudah pun di gambarkan dalam Al-Quran - kitab wahyu yang tidak ada keraguan di dalamnya.


Namun, seperti biasa, apabila kita menghalusi akan maksud bahasa Arab yang digunakan dalam Al-Quran secara tartil dan tadabbur, akan kita jumpai betapa tersasarnya terjemahan yang di berikan kepada perkataan Arab tersebut, yang sepatutnya tiada bengkak-bengkok.


Fihima kemudian Fihinna


Mari kita masuk dalam dan perhatikan apa yang saya mahu perkatakan.


Firman Allah :


Ar-Rahman 55 : 46


وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ


● Dan bagi orang yang khuatir akan saat menghadap Tuhannya ada dua Jannah. ●


Ar-Rahman 55 : 48


ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ


● kedua Jannah itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. ●


Ar-Rahman 55 : 50


فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ


● Di dalam kedua Jannah itu ada dua buah mata air yang mengalir ●


Ar-Rahman 55 : 52


فِيهِمَا مِن كُلِّ فٰكِهَةٍ زَوْجَانِ


● Di dalam kedua Jannah itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan.


Fihima yang digunakan dalam 2 ayat di atas adalah merujuk kepada kedua Jannah tersebut yang bermaksud DI DALAM KEDUANYA (NYA = JANNAH)


Ayat 55:52 memberitahu di dalam kedua buah Jannah tersebut terdapat BUAH-BUAHAN yang BERPASANG-PASANGAN.


Sekarang perhatikan ayat ini.


Ar-Rahman 55 : 54


مُتَّكِـِٔينَ عَلٰى فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ


● Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua Jannah itu dapat (dipetik) dari dekat. ●


SEKARANG, perhatikan perpindahan kata adjektif:


Ar-Rahman 55 : 56


فِيهِنَّ قٰصِرٰتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ


● DI DALAM KEDUANYA (FIHINNA), ada QAAS°IRAATU AT-AT°ORFI, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka, dan tidak pula oleh jin. ●


Belajarlah tentang tatabahasa Arab, maka akan kita temui bahawa FIHINNA itu tidak pernah bermaksud SUBJEKNYA adalah 2 Jannah tersebut, MELAINKAN SUBJEKNYA adalah merujuk kepada PASANGAN BUAH-BUAHAN yang berada di dalam 2 Jannah tersebut.


Maka, QAASIRAT TARF adalah menceritakan sifat Pasangan Buah-buahan yang terdapat dalam 2 Jannah tersebut.



Ar-Rahman 55 : 58


كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ


● Seakan-akan permata yakut dan marjan. ●



Rubies (Yaqut) and Coral (Marjan)

Allah, bila memberi GAMBARAN PERUMPAMAAN (seakan-akan), memang untuk kita dapat imagine. Perhatikanlah Yaqut dan Marjan tersebut - itu ke rupa Bidadari atau Buah?

Sekarang kita pergi pula kepada maksud

QAASIRAT T°ARF.

Kata akar kepada QAASIRAT adalah قصر  atau QAS°AR atau memendekkan.

Manakala طفر bermaksud 2 hujung, Sempadan, atau Pandangan Mata (Gaze)

Maka, secara deduksinya, sifat Pasangan Buah-buahan tersebut adalah KELIHATAN DEKAT / PENDEK pada Pandangan Mata,

Dan ianya seakan-akan Batu Permata Yakut / Ruby dan Marjan / Coral / Karang.

---
Kita sambung lagi

Firman Allah:

Ar-Rahman 55 : 62

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ

● Dan selain dari dua Jannah itu, ada dua Jannah lagi ●

Ar-Rahman 55 : 66

فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ

● Di dalam nya (FIHIMA) itu ada dua buah mata air yang memancar. ●

nya merujuk kepada 2 Jannah tersebut

Ar-Rahman 55 : 68

فِيهِمَا فٰكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ

● Di dalam keduanya (FIHIMA) (ada macam-macam) buah-buahan (FAKIHATUN) dan kurma serta delima. ●


Ar-Rahman 55 : 70

فِيهِنَّ خَيْرٰتٌ حِسَانٌ

● Di dalam keduanya (FIHINNA) itu ada KHAIRAATUN HISAN (terbaik dari yang baik-baik). ●

nya kali ini merujuk kepada kedua-dua buah Kurma dan Delima, BUKAN merujuk kepada 2 Jannah tersebut.

Ar-Rahman 55 : 72

حُورٌ مَّقْصُورٰتٌ فِى الْخِيَامِ

● Sentiasa segar terkawal di dalam astaka (dewan terbuka / pavillions)●

[HURUN (CYCLE / RETURNED STATE / ALWAYS FRESH) MAQS°URATUN (RESTRAINED / TERKAWAL) FI (DI DALAM AL-KHIYAM (ASTAKA / PAVILLIONS) ]

Ar-Rahman 55 : 74

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ

● Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka dan tidak pula oleh jin. ●

Sekali lagi, Buah-buah itu yang tak pernah di sentuh manusia atau jin.

===
End.

Ar-Rahman 55 : 78

تَبٰرَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِى الْجَلٰلِ وَالْإِكْرَامِ








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Beza Luh Mahfuz dengan Al-Quran

Beza Luh Mahfuz dengan Al-Quran (Date written : 23 April 2015) (Second update : 1 May 2015) (Last update : 08 Aug 2016) Terjemahan Al-Quran kadang-kadang bila di sebut KITABUN MUBIN sering di terjemahkan sebagai LUH MAHFUZ. Adakah ini benar ? Mari kita TADABBUR. Kitab Yang Menjelaskan atau KITABUN MUBIN Al-Hijr : 1 الٓر ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ وَقُرْءَانٍ مُّبِينٍ ● Alif, laam, raa. INILAH ayat-ayat Al-Kitab IAITU Quran yang MENJELASKAN. ● An-Naml : 1 طسٓ ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْقُرْءَانِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ ● T°aa Siin. INILAH ayat-ayat Al Quran, IAITU Kitab yang MENJELASKAN. ● Al-An'am : 59 وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَآ إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِى ظُلُمٰتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ ● Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui a...