(Date written : 27 Jan 2018) Munafik adalah 'pemberian' (hukuman) Allah. Maksudnya Allah tidak pernah menjadikan manusia dengan bersifat Munafik pada asalnya. Munafik itu di dapati pada manusia, kerana HASIL kepada apa yang mereka telah buat. Ada penyebab manusia MENDAPAT Sifat Munafik. Hidup ini penuh dengan Sunnatullah, iaitu Undang-undang Sebab dan Hasil (Law of Cause and Effect) alami. Sesuatu itu terhasil kerana perbuatan atau tindakan sesuatu. Saksikan Firman Allah ini : At-Taubah 9 : 77 فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِى قُلُوبِهِمْ إِلٰى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُۥ بِمَآ أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ ● Maka Allah MENANAMKAN /MENGHUKUM / MENGAKIBATKAN (آعقب) KEMUNAFIKAN pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah MEMUNGKIRI terhadap Allah apa yang telah mereka JANJIKAN kepada-Nya dan juga kerana mereka selalu BERDUSTA (يكذبون). ● Berdasarkan ayat di atas, jelas, Sifat Munafik itu di dapati kerana manu...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●