(Tarikh ditulis : 20 Oct 2017) Pengenalan Apa yang paling penting dalam hidup kita ini? Atau apakah yang paling terutama perlu kita dulukan dalam hidup ini melebihi segala perbuatan atau perkataan yang lain ? Apa yang kita mahukan ? Apa yang semua manusia mahukan itulah yang terpenting. Jika di kajiselidik atau hasil kajiselidik ramai manusia yang manusia seluruhnya mahukan adalah kesejahteraan, keselamatan, ketenangan, kebahagiaan (happiness) dan keamanan. Ianya lebih penting dari mempunyai harta benda yang melimpah. Sebab ada manusia yang ada harta benda yang banyak namun tidak bahagia. Ada juga manusia yang berharta dan mempunyai anak ramai yang bahagia dan ada yang miskin yang bahagia. Ada juga dari kedua golongan ini yang tidak bahagia. Tanpa kebahagiaan, kesejahteraan, ketenangan jiwa; kekayaan yang kita ada tidak bererti. Bagaimana mahu mencapai apa yang kita mahukan itu ? Setelah kita tahu bahawa yang terpenting untuk kita adalah mencapai ketenangan jiwa, ...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●