Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Takrifan-takrifan

Takrifan-takrifan

(Date written : 21 Jan 2017) ■ Iman itu Keyakinan tanpa Ragu-ragu kepada yang Benar. Keyakinan kepada Allah, tanda pertamanya ada pada Rasa Takut. (49:15, 8:2) ■ Sebelum yakin, kita perlu Islam - tunduk patuh berserah diri kepada Sistem Peraturan yang di tetapkan. Ada orang hanya Islam tapi tidak beriman atau yakin. Maka mungkin jadi Munafik. (3:83, 4:81) ■ Selepas yakin, kita juga perlu Islam keseluruhannya - tunduk patuh berserah diri kepada Dia, yang menetapkan Sistem Peraturan (Deen). Ada orang yakin tapi masih tidak Islam keseluruhannya. Syaitan ada dalam kategori ini, walau dia takut kepada Allah. (2:208, 8:48) ■ Rasa Takut kepada Allah hanya datang apabila kita berilmu. Berilmu bermaksud mengenal kebenaran. Inilah takrif ULAMAK. (2:31-32, 35:28) ■ Makanya Berilmu dulu, mengenal Kebenaran dulu, baru boleh Beriman, baru boleh yakin, dan bukan sebaliknya. (3:190-191) ■ Jika Islam itu perbuatan fizikal, maka iman atau yakin itu perbuatan qalbu. Ianya perlu 'masuk...