Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Apa Allah nak dari kita

Apa Allah nak dari kita

Apa Allah nak dari kita? =================== (Date written : 27 Nov 2013) (2nd Update : 30 Nov 2013) (Revised a bit : 03 Feb 2014) (Last update : 30 Oct 2016) Yang SENTIASA kita kena lakukan. 1) Mengenal DIA dan MENGESAKAN DIA dengan sebenar-benarnya terutama sekali MERASAKAN WUJUD MUTLAK DIA (Zat) sentiasa YANG MELIPUTI segala sesuatu, beserta Sifat-sifatNya, Perbuatan (Af'al) DIA, Nama-nama (Asma) DIA. Yang Terutama kena kita kenal adalah YANG MEMBERI MANFAAT dan MUDHARAT adalah DIA semata-mata, bukan yang lain. Lagi yang kita kena tahu dengan JELAS, Semua yang Nyata atau yang Ghaib, di Langit, di Bumi atau antara keduanya, termasuk kita dan perbuatan kita, adalah DIA PUNYA. Lagi, DIA sahaja Yang MENGURUS segala-galanya, TIDAK PERLU PERTOLONGAN siapapun dan apapun. DAN kita perlu juga sangat SEDAR, semua URUSAN pun MILIK DIA, KEPUNYAAN DIA. Apa maksudnya? Hakikatnya bukan kita kontrol. Ramai orang tak tahu penting nya bab ni, sebelum membuat amal-amal yang lain...