Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dia Ibuku

Kehilangan

  Kehilangan Di Subuh yang bening Telefon itu berdering-dering Bagai halilintar menusuk bumi Mendengar ibuku sudah tiada lagi Kemanakan ku bawa hati ini Teman baik sudahkan pergi Kesepian rasa bersendiri Terkenang dirinya di Alam Memori Pepohon hijau menggamit kenangan Danau Semenyih menyepi rasa Ku lihat langit dan bumi bertautan Di horizon tak bertepian bertemu mesra Hilanglah sudah tempat bicara Berehat minda Berceritera apa sahaja Yang pahit dan gembira semua ada Di sulam tawa di sini sana Apakah akan ada pengganti Si Dermawan lagi Si Bersih hati Tegas dan bijak meneladani Menggamit kasih sayang alami Sengsara dunia ibu lalui Tanpa keluhan tanpa memaki Pantang mendengar insan derita Pasti dihulur sumbangan pelbagai rupa Pergimu ke Alam Barzakh Menanti Kebangkitan di Alam penuh resah Ku mohon Ampunan dan Kasih sayang Allah Buat ibu yang puas sudah Wahai Allah Tuhan yang Pemurah Bersujud aku memohon Maghfirah Tiada Tuhan selain Engkau mahu ku serah Jiwa dan Raga seluruh ku sembah...