Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Apa itu Takdir

Memahami Takdir dengan Sebenar

(Tarikh di tulis : 23 Oct 2017) 1) Umum menganggap bahawa Takdir adalah perjalanan sesuatu perbuatan atau kejadian atau peristiwa tanpa boleh di kawal manusia, dan semuanya sudah di tentukan Allah. Apakah benar pemahaman ini ? 2) Apakah takdir kita sudah di TULISKAN ? Ya,, ianya sudah DI TULIS sebelum sesuatu Peristiwa atau Kejadian itu berlaku. Al-Hadid 57 : 22 مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِى الْأَرْضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَآ ۚ إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ ● Tiada suatu bencana (MUSIBAH) pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan TELAH TERTULIS DALAM KITAB (Lauhul Mahfuzh) SEBELUM Kami 'MECIPTAKAN' kannya (NABRA`AHA). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ● Ayat di atas JELAS menunjukkan sebelum MUSIBAH berlaku, ianya sudah ada tertulis dalam Kitab / Luh Mahfuz. 3) Di mana takdir (fate) kita di tulis ? Ianya di tulis di dalam sebuah BUKU atau Kitab, di gela...